Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Januari 01, 2012

Siapa lemahkan Melayu?

 Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran disemat di hati, semualah menjadi penentu kepada kejayaan kelak.

Mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:

Siapa telah memerintah negara selama 54 tahun, tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?

Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang kemerdekaan Melayu dari tahun 1948 hingga 1957?

Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?

Siapa memberitahu seluruh rakyat raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada 1993?

Siapa menghasut agar semua harta raja-raja disiasat dan dirampas pada 1993?

Siapa melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada 1988?

Siapa hancurkan Umno Lama ditubuhkan tahun 1946 dan ganti dengan Umno Baru pada 1988?

Siapa melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti Melayu melalui proses persempadanan semula sejak 1999?

Siapa memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?

Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 bilion daripada RM52 bilion saham DEB semenjak 1970?

Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M kepada Brunei?

Siapa menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas dengan mudah?

Siapa menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?

Siapa memberikan lesen judi bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?

Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak Melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 bilion dan 8 tahun, sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?

Siapa membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebihi RM25 bilion?

Siapa menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar penggunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh negara?

Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran hanya menguntungkan para peniaga berterusan?

Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil elektrik tinggi, berbanding negara jiran yang bukan pengeluar minyak?

Siapa bertanggungjawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan gini coefficient 0.492 yang kedua tertinggi di Asia di mana kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin?

Siapa menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?

Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuh raya tinggi, sedangkan kutipan cukai jalan dan saman, mampu menampung pembinaannya tanpa tol?

Siapa membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehingga 15 kali gaji tahunan, berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya lima kali gaji tahunan?

Siapa membenarkan syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?

Siapa untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka dengan anak syarikat Felda yang rugi besar?

Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu, tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?

Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim "marginal oil fields" (lapangan minyak pinggiran).

Siapakah yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke paras 60 dari 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada 2003?

Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, batu api dan pengkhianat agenda Melayu sebenar, dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar./SinarHarian
Oleh : NURUL IZZAH ANWAR
Tarikh : December 27, 2011

Kempen Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...