Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Januari 02, 2012

Najib Razak kena PENAMPAR. Kah Kah Kah Kah!!

Bekas ADUN UMNO Pulau Manis, Mohd Ariff Sabri Aziz yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, dan Aspan Alias, Veteran UMNO menyertai DAP. Kah Kah Kah Kah!!
Isu saya yang dispekulasikan akan menyertai DAP membuatkan pihak tertentu marah-marah dan yang marah-marah itu seorang dua memang saya kenali. Saya tidak bercadang untuk menjawab dan melayani mereka ini kerana seperti yang saya katakan mereka ini masih bercabang kencingnya dan belum lagi kenal yang mana satu tangan kanan untuk menyuap nasi dan yang mana satu tangan kiri untuk beristinja’.

Bagi pihak yang mengkritik saya ini, mereka tidak ada isu untuk membahaskan apa yang telah saya perkatakan selama ini: tentang apa yang terlalu kurang dalam UMNO. Mereka ini belum pun pandai menyebut nama UMNO itu tetapi bercakap mempertahankan UMNO itu seolah-olah mereka telah lama mengenali UMNO dan perjuangannya.

Saya ini kononnya bangkrap politik dan telah menjadi barang ‘reject’. Kalau lah betul apa yang dikatakan terhadap diri saya itu saya hairan kenapa isu ini diperbesarkan sedangkan saya ini adalah barang ‘ reject’ dan bangkrap politik.

Saya ingin menyatakan dengan terang dan jelas. Yang telah bangkrap ialah UMNO dan yang sedang di ‘reject’ ialah UMNO dan keseluruhan sekutunya. Mereka yang kononnya pejuang ini harus berfikir bukankah UMNO hanya tinggal 56 kerusi sahaja di Semenanjung dan 13 kerusi sahaja di Sabah. Jumlahnya hanya 69 semuanya. UMNO telah kalah dalam banyak kerusi dan akan kalah banyak lagi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Siapa yang kena ‘reject’ ini? Kalau UMNO kena ‘reject’ tentulah ada sebabnya. Orang seperti saya bukan suka-suka hendak ‘reject’ UMNO tetapi oleh kerana keadaan yang membuatkan UMNO itu terpaksa di ‘reject’. Saya perhatikan pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong-penyokongnya yang membela membabi buta ini hanya mahu mendengar apa yang mereka hendak dengar sahaja.

Segala hujjah kami tidak pernah dibahaskan dengan cara baik, sebaliknya melakukan ‘name calling’ yang tidak berbudaya dan beradab dengan bahasa yang sangat hina dan membosankan. Oleh kerana mereka tidak mampu memberikan perbahasan yang baik mereka terpaksa menyerang orang seperti saya dengan kata-kata nista. Membina budaya kotor merupakan satu kejayaan besar UMNO.

Sesungguhnya apabila seseorang yang berbahas dalam hal politik itu menggunakan bahasa kasar dan ‘name calling’ seperti yang kita dengar sekarang, secara automatik parti dukungan mereka akan di ‘reject’ oleh rakyat kerana cara itu merupakan ‘self defeating’ bagi mereka sendiri. Menggunakan perungkapan kotor itu bukan bahasa dan adab Melayu. bagaimana nak kita katakan UMNO itu pejuang Melayu sedangkan bahasa dan budayanya pun bukan budaya dan bahasa seorang Melayu.

Menyertai mana-mana parti adalah perkara biasa yang berlaku dalam sistem demokrasi. Menyertai DAP yang begitu telus itu bukannya pengkhianat seperti yang dilabelkan kepada saya dan Ariff. Untuk pengetahuan mereka yang masih lembut ubun-ubun ini, menggunakan wang rakyat yang berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anak itu adalah pengkhianat negara. Menyalahgunakan wang pinjaman mudah untuk memelihara lembu untuk negara itu adalah pengkhianat. Wang yang mudah didapati kerana pengaruh menteri itu telah di gunakan untuk membeli kondo mewah di Kuala Lumpur dan Singapura adalah kerja khianat kepada negara.

Pemimpin-pemimpin yang telah diberi gaji oleh rakyat tetapi masih mencari wang tambahan melalui rasuah itu adalah pengkhianat negara Sesiapa yang menyokong pengkhianat ini adalah dua kali ganda pengkhianatannya kepada negara.

Menggunakan wang zakat jika tidak termasuk dalam asnaf yang lapan itu adalah pengkhianat. Membawa wang ke luar negara yang berjumlah 1 trillion ringgit itu adalah pengkhianat negara. Membeli kelengkapan pertahanan dengan menambah harga belian untuk rasuah itu adalah pengkhianat yang tidak ada tolok bandingnya.

Memecah belahkan rakyat itu juga pengkhianat. Rakyat sekarang mahukan perpaduan tetapi berpadu di luar UMNO dan kalau ada usaha untuk memecah belahkan rakyat yang mahukan perpaduan itu adalah pengkhianat.

Kalau DAP itu parti haram macam PKM, bolehlah mereka yang menyertainya sebagai pengkhianat. Tetapi DAP adalah parti halal. Kalau saya mengambil keputusan untuk menyertai parti itu, kenapa dianggap pengkhianat? Bukankah DAP adalah satu parti yang berdisiplin dan jelas ketelusannya. Bukankah rakyat selama ini marah kepada UMNO kerana tidak ada ketelusan. Apa sahaja yang dilakukannya oleh pemimpin UMNO mesti ada ufti untuk pemimpinnya. Itu adalah pengkhianat kerana memakan wang rakyat secara rasuah.

Kita mesti ingat, agama kita kata sesiapa yang makan rasuah itu serupalah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Itu sebabnya saya tidak berhenti-henti menulis pasal rasuah ini. Rasuah bukan isu kecil. Banyak negara di mana kepimpinannya jatuh kerana rasuah. Rakyat mereka sayangkan harta benda mereka dan tidak berkompromi dengan rasuah ini. Itulah sebabnya parti LDP Jepun tumpas di tangan rakyat setelah berkuasa selama 5 dekad kerana rasuah dan rasuah di Jepun itu adalah kecil jika dibandingkan rasuah di sini.

Jika rakyat masih boleh menerima perasuah sebagai pemimpin kita maka kita telah berkonspirasi dengan perasuah dan berdosa besar. Itu pendirian saya. Dosa yang sedang saya tanggung pun tidak terkira, takkanlah nak tambah lagi dengan dosa yang sama seperti memakan daging saudara kita sendiri itu lagi.

Sesiapa yang mengkritik saya secara semborono itu, adalah mereka yang merelakan negaranya di runtuhkan oleh mereka yang di sokong mereka. Mereka menilai upah yang mereka terima dari pihak yang ingin mempertahankan kejahatan mereka dari menjaga masa depan negaranya./ Aspan Alias 

KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

1 ulasan:

  1. Asslamualaikum... hanya nak perbetulkan sedikit.... memakan daging saudara sendiri itu adalah perbuatan mengumpat , bukannya rasuah. Sila ambil perhatian. Wassalam. I do this for the sake of Allah, please do not feel angry.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...