Katanya, lebih tiga bulan lalu beliau berjanji untuk bersamanya menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.
"Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.
"Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam," katanya lagi.
Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan - berlandaskan undang-undang dan fakta - bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima.
"Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya," katanya.
Anwar berkata, beliau tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku.
"Walau bagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian," katanya lagi.
Anwar mengulangi bahawa kasih sayang Azizah dan keluarga, kesetiaan rakan-rakan PKR, dukungan Pas dan DAP, para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar, "malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya," katanya./SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...