KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini selepas ditangguhkan sebanyak dua kali.
Perbicaraan itu yang kini memasuki peringkat penggulungan sepatutnya bersambung pada 8 dan 9 Disember lepas tetapi ditangguhkan ke 12 dan 13 Disember.
Sebelum itu, ia sepatutnya mula bersambung semula pada 23 dan 24 November tetapi ia ditangguhkan ke 12 dan 13 Disember.
Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, perbicaraan itu ditangguhkan kerana peguam Anwar memerlukan lebih masa untuk menterjemah transkrip pakar yang mengandungi istilah-istilah perubatan.
“Ada banyak perkataan dan jargon saintifik berkaitan kesihatan dalam keterangan pakar yang memerlukan masa untuk penterjemahan,” kata Sankara.
Penggulungan hari ini dijangka akan dimulakan oleh pasukan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia kemudian diikuti oleh penggulungan dari pasukan pendakwa raya.
Pendakwa raya sebelum ini memanggil 27 saksi dan peguam bela pula memanggil tujuh saksi, termasuk Anwar sendiri.
12.53 tengah hari: Mahkamah ditangguh ke jam 2 petang
12.51 tengah hari: Karpal selesai menggulung hujah selepas berhujah selama 44 minit. Beliau mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.
12.30 tengah hari: Persoalan kedua yang perlu diberi perhatian oleh Hakim Zabidin, kata Karpal, adalah keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh. Menurutnya, ia perlu diambil kira dalam penghakiman kerana ia mengandungi rujukan terhadap bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah sepanjang perbicaraan.
12.43 tengah hari: Karpal menyifatkan Saiful ibarat seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan yang kononnya datang daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat. Menurutnya, Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. Justeru, mahkamah perlu mengkaji semula kredibiliti Saiful sebagai saksi, kata Karpal.
“Kredibiliti SP1 (Saiful Bukhari) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” kata Karpal.
12.25 tengah hari: Karpal turut menarik perhatian mahkamah kepada Saiful yang berulang kali memfitnah kononnya beliau diliwat secara paksa namun, kata Karpal, keterangan beliau di mahkamah membuktikan sebaliknya.
Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat, kononnya kejadian berlaku untuk menyelamatkan diri, katanya.
12.17 tengah hari : Karpal berkata antara persoalan utama yang perlu diambil kira Hakim Zabidin dalam penghakimannnya kelak adalah kesaksian tertuduh, Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana, saksi kedua pembela, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mengesahkan Saiful pernah memasukkan objek plastik keras ke duburnya sendiri.
12.10 tengah hari: Peguam Karpal Singh memulakan hujah penggulungan. Menurutnya, ulasan Najib terhadap keterangan Anwar dari kandang tertuduh pada Perhimpunan Agung Umno lalu adalah campur tangan berat terhadap proses keadilan. Najib, kata Karpal, perlu didakwa kerana menghina mahkamah.
12.07 tengah hari: Mahkamah mula bersidang.
12.04 tengah hari: Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di galeri awam mahkamah. Mahkamah padat dengan orang ramai.
11.55 pagi: Galeri awam hampir penuh dengan wartawan, ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dan orang awam.
11.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah dengan pakaiaan lengkap Parlimen diiringi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut tiba pada masa yang sama adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, dan Naib Presiden N Surendran.
KeadilanDaily
AMANAT DS ANWAR IBRAHIM MENJELANG PRU13 (wajib baca)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...