Ketika seorang pelajar universiti menunggu sesi pendengaran tatatertib kerana menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu, keikhlasan kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipersoalkan.
Apakah ini, soal ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam, langkah perdana menteri untuk meminda AUKU bagi membenarkan kebebasan akademik yang lebih besar?
"Komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib, kononnya mahu meminda Seksyen 15 AUKU dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong," katanya
Menurut Anwar lagi, perkembangan membabitkan Adam Adli (kanan), mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU, sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.
Beliau menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa dan mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU.
Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut, tegas Anwar, jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.
Insiden itu berlaku pada 17 Disember lalu apabila kira-kira 500 orang - kebanyakannya pelajar - berarak ke ibupejabat Umno di Kuala Lumpur menuntut kebebasan akademik.
Di sana, Adam (kanan) telah menukar seketika bendera yang memaparkan wajah Najib dengan sepanduk kebebasan akademik.
Walaupun didesak, tetapi Adam enggan memohon maaf dan unversitinya telah mengarahkannya hadir di sesi pendengaran tatatertib on 9 Januari. Adam turut menerima ugutan dan hampir diserang ekoran tindakannya itu.
Pada 24 November, Najib berjanji di Parlimen untuk meminda Seksyen 15 AUKU, yang akan mengangkat larangan penglibatan pelajar dalam parti politik, kesatuan sekerja dan petubuhan lain./MalaysiaKini

KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...