Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Disember 02, 2011

PAS heret bil Perhimpunan Awam ke mahkamah

PAS hari ini memfailkan semakan kehakiman ke atas terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

NONEDalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) dan dua anggota parlimennya di Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur pagi tadi, parti itu menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

PAS juga memohon perintah larangan supaya responden daripada terus melakukan tindakan itu.

Manakala perintah mandamus dipohon supaya responden menarik balik rang undang-undang atau memindanya turut dipohon sebagai alternatif.
NONETiada perintah kos dipohon kerana ia melibatkan kepentingan awam, kata peguam Hanipa Maidin yang mewakili ketiga-tiga pemohon.

"Anak guam saya membuat permohonan ini kerana walaupun responden memiliki hak eksekutif, ia bertindak tidak selaras dengan ketinggian perlembagaan," katanya yang juga peguam PAS.

Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (Kuala Krai).

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Hanipa berkata, fasal 4 rang undang-undang itu yang melarang protes jalanan, bertentangan dengan perkara 10 perlembagaan persekutuan.

Perkara lain yang dibangkitkan berhubung larangan terhadap kanak-kanak bawah 15 tahun menyertai atau menganjurkan perhimpunan.

Permohohan itu dianggap percubaan pertama di Malaysia dan bakal menjadi kes rujukan di masa depan kerana belum pernah berlaku dalam sejarah kehakiman negara ini.

NONEBagaimanapun, jelas Hanipa, kes yang hampir sama pernah difailkan di England.

Mahkamah belum menentukan tarikh permohonan itu akan disebut.

Sementara itu, Mohamad berkata, jaminan daripada ucapan menteri tidak boleh dijadikan asas untuk menerima rang undang-undang itu.

"Jaminan menteri tidak tercatat dalam rang undang-undang ini," katanya.MalaysiaKini

 Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

1 ulasan:


  1. arrayah.info
    - Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertentangan Al-Quran dan Sunnah

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...