Dua hari selepas itu, pejabat timbalan perdana menteri melalui setiausaha sulit kanannya turut mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.Berbekalkan surat dan tandatangan Najib, kempen dibuat oleh pengajur bergelar ustaz berkenaan ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.Harakahdaily melaporkan, sumber memberitahu, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 hingga RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta dalam masa setahun.
Portal itu turut memetik laporan akhbar Harian Metro yang menyiarkan kes ini melalui laporan muka depan mereka bertajuk “Lebai RM200J”.Bagaimanapun sumber Harakahdaily memberitahu, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini melalui lebih 200,000 orang peserta.Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter, jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam.“Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara ini.“Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka,” kata sumber itu. KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...