Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Disember 26, 2011

kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ pada 28 Disember ini

KUALA LUMPUR 23 Dis: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan melancarkan kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ pada 28 Disember ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

Menurutnya, itu antara resolusi yang dicapai Pemuda PR dalam mesyuarat yang dipengerusikannya malam semalam.
“Kempen bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ ini kita lancarkan bersama Pemuda Pakatan dan NGO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 11 pagi 28 Disember ini.
“Perincian lanjut mengenai jelajah ini akan kita maklumkan pada hari itu,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, sebanyak 500,000 risalah yang mengandungi fakta sebenar mengenai kes Fitnah 2 sudah tersedia untuk diedar sepanjang jelajah itu.
“Sepanjang jelajah ini kita juga berharap risalah mengenai kes Fitnah II yang kita edar ini rakyat membacanya seterusnya memahami dengan baik serta bersama mengedarnya kepada kenalan seramai mungkin.
“Ini penting kerana kes ini kerap diputar belit media arus perdana, jauh sekali memberi liputan adil kepada Datuk Seri Anwar,” tegasnya.
Menurutnya, jelajah itu berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh negara dengan kemuncaknya ialah perhimpunan rakyat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.
“Oleh itu, kita mengalu-alukan rakyat hadir beramai-ramai dan datang seawal mungkin pada perbicaraan itu sebagai tanda solidariti kita bersama pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegasnya.

Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN kini berdepan kes Fitnah kali kedua dengan keputusan itu akan diumum pada 9 Januari depan, selepas melalui perbicaraan selama hampir dua tahun.
Kes yang disifatkan mengulangi konspirasi Umno-BN itu bermula beberapa hari selepas Anwar mengumumkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Permatang Pauh pada Ogos 2008.KeadilanDaily

Kempen Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...