Memo Bantah AUKU Diserah Pada Timbalan Menteri, Suhakam
KUALA LUMPUR, 17 DIS : Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hari ini telah menyerah satu memorandum berhubung gesaan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta kekangan kepada golongan Akedemik kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 11, Datuk Saifuddin Abdullah dan SuhakamSebelum itu kira-kira 450 Mahasiswa dan anak muda yang dikelola oleh Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan himpunan secara aman dengan berarak dari Masjid Jamek dengan membawa pelbagai sepanduk menuju ke Jalan Raja Laut.
Kemudiannya kira-kira jam 2.30 petang, wakil BEBAS, Ahmad Safwan Anang serta beberapa pemimpin parti Politik dan NGO menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam Md Shaani Abdullah di pejabat Suhakan.
Sambil itu gerakan mahasiswa ini turut berucap kepada orang ramai sambil mendeklamasikan beberapa buah sajak karya A Samad Said di perkarangan Pejabat Suhakam.
Walaupun terdapat ramai anggota polis berada di sepanjang pergerakan demontrasi aman tersebut namun mereka telah memberi kerjasama sambil mengawal pergerakan lalu lintas dengan baik.
Dari Pejabat Suhakam, Perhimpunan yang bertemakan "Bebaskan Akademik" ini bergerak semula ke Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Ibu Pejabat Umno dan menyampaikan memorandum yang sama kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 11, Datuk Saifuddin Abdullah.
Antara pemimpin-pemimpin yang turut serta terdiri dari MP Batu, Tian Chua, Pengarah perundangan PKR, Lateefa Koya, Setiusaha PSM, S Arutchelvam dan Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip
Sementara itu pada paginya, Pengarah Komunikasi PKR, NikNazmi Nik Ahmad telah mengadakan persidangan meja bulat bersama Saifuddin untuk mencari jalan penyelesaian berhubung tindakan kerajaan yang enggan membebaskan mahasiswa dari cengkaman AUKU.TVSNEWS
Rakyat Malaysia Mendesak!!! Bebaskan Anwar Ibrahim Pada 9/01/2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...