Video Fitnah: Sah ada campurtangan Gani Patail- Surendran
KUALA LUMPUR 14 Nov: KEADILAN menganggap wujud campurtangan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam kes video fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Naib Presidennya, N Surendran berkata demikian mengulas pegumuman Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada peguam negara.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dijadualkan memberi keterangan kepada polis dalam kes ini pada Rabu, 16 November 2011, namun kelihatan kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara.
“Perkembangan ini mengesahkan penglibatan Tan Sri Gani Patail dalam siasatan terbaru polis terhadap Ketua Pembangkang,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Minggu lalu, KEADILAN dimaklumkan bahawa polis akan menyiasat berhubung dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan beliau.
Surendran berkata, siasatan terbaru itu bermotifkan politik dan dilakukan sejak 1998 oleh pimpinan Umno, peguam negara dan pimpinan teratas polis.
Katanya, terdapat tuduhan serius pembabitan Gani kerana mereka bukti dan keterangan dalam kes mata lebam Anwar pada 1998/99. Malah katanya, sikap Gani yang memusuhi pembangkang dan menyebelahi kerajaan BN juga merupakan perara yang diketahui umum.
Ia katanya menyebabkan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi arahan pada Julai 2008 supaya Gani tidak mempunyai pembabitan dengan perbicaraan kes fitnah II.
“Apa yang jelas Anwar tidak mempunyai harapan mendapat keadilan dalam tindakan terbaru polis terhadap beliau.
“Tindakan tanpa belas dan memalukan, gangguan dan ugutan terhadap Anwar Ibrahim mesti dihentikan. Kerajaan BN harus sedar bahawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia memerhatikan dan menghakimi tindakan mereka,” kata Surendran.KeadilanDaily
Ruang Iklan Bijak Anda..!!!!
Product HayatAcaiBerry..Terkini..!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...