Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, November 19, 2011

Petanda Umno terdesak ..!!!!!!!!!!!!

PETALING JAYA: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan sekumpulan murid dari kawasan Parlimen Ampang dipaksa ke pejabat Umno untuk menerima bantuan persekolahan RM100
“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” katanya.

Kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku walaupun KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan surat pekeliling Kementerian Pendidikan mensyaratkan pentadbir sekolah menjemput pemimpin BN setempat untuk penyampaian bantuan RM100 itu.

Zuraida berkata,  sumbangan itu sepatutnya disalur terus kepada sekolah, sebaliknya ia disampaikan Ketua Bahagian Umno Ampang, Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang, Jalan Bukit Belacan.
Menyifatkan perbuatan sebagai petanda Umno terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi, beliau mendapat maklumat murid-murid itu dari Sekolah Rendah Kebangsaan Ampang.
“Umno terdesak dan hilang punca. Mereka cuba untuk tunjuk baik tetapi nampaknya strategi itu memakan diri,” katanya.KeadilanDaily

1 ulasan:

  1. dinegeri perlis umno/bn perintah diberi terus oleh guru sekolah.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...