Kongres PKR bagi rempuh kubu Umno
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata tujuh kongres sebelum ini di negeri-negeri lain telah menghasilan kesan itu dan berharap perkara yang sama akan berlaku di Johor.
"Jika dilihat sejarah parti, kita telah adakan kongres di lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan di mana PKR dan Pakatan bertambah kukuh.
"Kita berharap kongres yang akan diadakan di Pulai Springs (di Kulai) bermula 25 November ini akan menyaksikan PKR dan Pakatan menembusi Johor yang dikenali sebagai kubu Umno,” katanya.
Saifuddin berkata keputusan mengadakan mesyuarat di Johor adalah berdasarkan sambutan orang ramai di negeri itu terhadap PKR dan Pakatan yang begitu menggalakkan.MalaysiaKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...