Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Oktober 11, 2011

Terbongkar Lagi!!!! Rakan Dedah: Saiful Gila kuasa Dan Glamor

KUALA LUMPUR: Selepas watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan didedahkan oleh bekas rakan sekampusnya, Mohd Najwan Halimi ketika perbicaraan Fitnah II minggu lalu, beberapa lagi rakan pengadu itu mendedahkan sikap sebenar Saiful.

Keadilandaily menemubual bekas rakan sekampus Saiful dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten), namun mereka enggan identiti  didedahkan kerana bimbang ia membabitkan kes berprofil tinggi.
Menurut seorang rakan yang mengenalinya, Saiful merupakan seorang yang gila kuasa, sukakan publisiti dan bercita-cita besar dalam politik. Malah katanya, sepanjang beliau mengenali Saiful, pemuda itu juga memiliki sifat panas baran.

“Saiful ini seorang yang panas baran dan sejak universiti lagi dia memang orang yang bermatlamat (dalam politik),” ujarnya yang pernah tinggal berhampiran pangsapuri yang didiami Saiful.

Katanya lagi, Saiful sendiri pernah menceritakan keterujaannya apabila bertemu dengan pemimpin politik tertentu.
“Dulu dia (Saiful) teruja lepas jumpa orang atasan tertentu, katanya senang, lepas ni kalau ada ‘connection’ masa depan lebih cerah,” katanya.

Menurut sumber terdekat yang lain, personaliti Saiful berubah selepas menang dalam pemilihan perwakilan pelajar di Uniten.
Sumber itu mengatakan Saiful juga sukar dihubungi kerana kerap tidak hadir ke kelas, dipercayai kerana masalah peribadi.

Ketika ditanya apakah mudah untuk perwakilan pelajar bertemu ahli politik, sumber itu berkata ia adalah sesuatu yang mustahil bagi seorang rakyat biasa seperti Saiful.
“Mustahil untuk rakyat biasa nak bertemu mana-mana Menteri inikan pula Perdana Menteri. Paling kuat pun kalau dapat jumpa hanyalah pegawai khas,” kata beliau.

Minggu lalu, peguam bela Datuk Seri Anwar menampilkan bekas rakan sekampus Saiful, Mohd Najwan Halimi yang mendedahkan watak sebenar pengadu itu di mahkamah.

Dalam keterangannya, Najwan memberitahu Saiful merupakan pemimpin pelajar yang gilakan publisiti dan penyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008, sebelum memohon bekerja di pejabat Ketua Pembangkang.

Menurut Najwan, Saiful sangat benci kepada Anwar malah telah memuat turun gambar Ketua pembangkang itu di laman sosial Friendster dengan meletakkan kapsyen ‘Anwar pemimpin munafik’.
Najwan juga meberitahu mahkamah, Saiful juga banyak bergambar dengan pemimpin Umno-BN seperti Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Azalina Said serta Datuk Khairul Anaz Jusoh, pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Saiful sebelum ini pernah bertemu Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008.

Ketika kes ini pertama kali mendapat liputan meluas media, Najib menafikan  beliau berjumpa dengan Saiful sebelum mengakui ada bertemu pemuda itu menerusi pegawai khasnya, Khairul Anas.

Pada mulanya, Najib memberikan alasan Saiful datang memohon biasiswa bagi membiayai pengajian dalam kursus latihan penerbangan meskipun Saiful tidak menghabiskan pengajian di Uniten.

Kemudian Najib memberitahu bertemu saiful empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.KeadilanDaily

Video Najib Tipu Rakyat 1 Malaysia... jom layan......



Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI

2 ulasan:

  1. macam perangai bik mama aje....

    BalasPadam
  2. Kalau baran macam mana duburnya, 'MACAM-MACAM ADA'. Dan kalau baran, kenapa dia tak hempok je Anwar seandainya perkara seumpama itu berlaku.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...