Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Oktober 27, 2011

Pengamal Media Harus Terbuka

 SHAH ALAM – Pengamal media perlu lebih terbuka dalam melaporkan sebarang isu terutama membabitkan isu yang memberi impak kepada masyarakat supaya ia tidak mempolemikkan tanpa maklumat tepat mengenainya.

Moderator Wacana Sinar Harian siri ke-8, Hudud, Dilema dan Pelaksanaannya, Dr Maszlee Malik berkata, usaha Sinar Harian membawa isu penting untuk dihayati masyarakat adalah satu yang perlu dicontohi media lain.

“Walaupun kali ini saya rasa reaksi peserta di dalam auditorium kurang hangat, tetapi peserta wacana kali ini adalah paling sopan. Saya rasa amat selesa dan berharap agar suasana majlis ilmu begini berterusan,” katanya yang sebelum ini pernah mengendalikan Wacana Sinar Harian siri ke-4 bertajuk Fitnah, Ancaman Umat Akhir Zaman.

Beliau yang juga pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, rakyat berhak untuk mendengar dan melihat sendiri pandangan berbeza dikupas pemimpin daripada parti berlainan.

“Setakat ini, tidak banyak saluran mendengar pandangan daripada semua pihak, apa yang Sinar Harian laksanakan tidak dipraktikkan dan ditonjolkan media lain. Kita faham mengenai kekangan sesebuah media untuk bersikap terbuka, tetapi sudah tiba masanya untuk rakyat dapat maklumat yang adil.

“Usaha begini akan mencambahkan lagi ilmu dan maklumat yang ada pada mereka, mereka juga tidak hanya tertumpu kepada satu saluran maklumat yang menimbulkan persepsi tidak baik terhadap pihak lain,” katanya.

Beliau berkata, usaha ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan proses transformasi dilakukan termasuk transformasi media supaya lebih terbuka dalam setiap laporan.

Akibatnya, kuda berkenaan terpaksa diserahkan kepada agensi berkaitan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Laporan Audit juga mendapati, terdapat risiko yang diambil Perpustakaan Negara Malaysia menggunakan bangunan tambahan bernilai RM46 juta telah diduduki selama 11 bulan tanpa Perakuan Menduduki Bangunan (CFO).

“Bangunan itu telah diduduki sejak Ogos 2010 dan sehingga akhir bulan Julai 2011 masih belum mempunyai CFO. Pegawai Penguasa telah mengeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 31 Mei 2010, sepatutnya kontraktor bertanggungjawab mengemukakannya Pelan Lukisan Siap Bina satu bulan selepas tarikh tersebut, bagaimanapun kontraktor hanya mengemukakannya kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menyerahkan kepada PNM pada 25 Febuari 2011.

“Sebagai perunding, arkitek bertanggungjawab untuk memohon CFO daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimanapun Audit mendapati sehingga akhir bulan April 2011 bangunan tambahan itu belum mendapat CFO,” katanya.

Sinar Harian akan memaparkan lagi Laporan Audit Negara 2010 esok.

Kongsi2u Mesin Wang Untuk Anda..!!   

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...