Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Oktober 12, 2011

Fitnah Umno Liwat II: Musa, Rodwan Tak Akan Dipanggil


Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan sepina Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tampil sebagai dalam perbicaraan kes liwat, pihak pembelaan hari inimemutuskan untuk tidak memanggil dua lagi saksi.

azlanDua orang saksi yang dijadualkan dipanggil adalah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Tindakan yang mengejut ini disahkan hari ini oleh peguam Anwar, Sankara Nair.

"Kami telah memaklumkan kepada pihak satu lagi (pendakwaan) berhubung keputusan itu.

"Tidak ada gunanya memanggil kedua-dua mereka kerana mahkamah tidak membenarkan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk tampil," katanya ketika dihubungi.

Perbicaraan dijadualkan bersambung Isnin ini.

Pada 6 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak sepina yang menuntut pasangan itu untuk hadir sebagai saksi pembelaan.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

Sepina meminta perdana menteri tampil itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun 2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. MalaysiaKini

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...