Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Oktober 18, 2011

Fitnah II: Empat Saksi Pendakwa Gagal!!!! Cabar Keterangan Pakar

KUALA LUMPUR, 18 Okt- Empat saksi balas yang dikemukakan pendakwaraya hari ini gagal mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai.

Mereka dipanggil pendakwa untuk mencabar keterangan saksi ketujuh peguam bela, Dr Thomas Hoogland bahawa Anwar tidak mungkin meliwat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran kecederaan tulang belakang yang dialaminya.

Keterangan Dr Zaninah, Jude Pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah dibuat secara terbuka manakala Dr Jayaindran pula menerusi rakaman kamera.
Dr Hoogland sebelum ini berkata, Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan itu terhadap Saiful akibat stenosis leher, artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.

Beliau yang menjalankan pembedahan terhadap Anwar di Munich Jerman pada 2004 berkata, Anwar akan berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau berada dalam posisi membongkok dan berlutut.
Hari ini, tiga saksi iaitu Dr Zaninah, Jude pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah turut memberi keterangan berhubung salinan laporan perubatan bertarikh 16 Julai 2008.

Mahkamah diberitahu terdapat dua laporan perubatan iaitu yang pertama ditandatangani Dr Jayaindran dan kedua ditandatangani bersama oleh doktor Hospital Kuala Lumpur, Dr Ee Boon Leong.
“Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland,” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan.

Ketika ditanya mengenai butiran rakaman Dr Jayaindran yang dibuat menerusi rakaman kamera, Sankara enggan mengulas mengenainya.
“Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland,” kata Sankara.KeadilanDaily

Produk Untuk Minda Anak - Anak 

 

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...