Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Oktober 23, 2011

Bersih 2.0 Jauh Lebih ‘meriah’ Berbanding Himpun - Sinar Harian


Himpun dingin


SHAH ALAM - Hebahan melalui media elektronik, media cetak serta blog, forum, Facebook dan Twitter pada awalnya menjanjikan sambutan hangat daripada umat Islam untuk menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hakikat sebaliknya terjadi pada petang 22 Oktober, apabila hanya kira-kira 8,000 pembela agama dapat meluangkan masa, tenaga dan wang dan memenuhi bahagian penjuru Stadium Shah Alam.

Di manakah yang lain? Mana lagi 92,000 umat dijangkakan hadir? Inilah realiti harus dihadapi oleh mereka yang ingin berjuang untuk agamanya.

NGO sebenarnya bukan seperti parti politik yang tersusun jenteranya, banyak ongkos untuk menaja setiap yang hadir, sekurang-kurangnya dari tambang dan wang saku.

Ada juga sesetengah laporan membuat perbandingan perhimpunan Bersih 2.0 jauh lebih berjaya sambutannya. Tetapi, harus diingat, Himpun dan Bersih 2.0 adalah dua peristiwa berbeza. Bersih disertai ramai ahli politik berpengaruh, se terusnya berupaya mempengaruhi pengikutnya daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama. Itulah menyebabkan Bersih 2.0 jauh lebih ‘meriah’ berbanding Himpun.

Tambahan pula, ada tulisan-tulisan sesetengah individu aktif agama memberi persepsi tersendiri terhadap usaha Himpun.

Walau bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian mendapati, Himpun tetap berjaya dengan misinya, apatah lagi terdapat beberapa orang bukan Islam turut hadir.

Antara pemimpin turut serta ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebelum ini, Sekretariat Himpun telah mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 kerana mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan mewakili sekitar empat juta ahli dan pengikut.

Pengerusi bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak terlalu mengharapkan jumlah kehadiran peserta yang ramai dan berpuas hati dengan program yang berjalan lancar serta memenuhi matlamat.

“Saya tidak pandang jumlah hadirin yang hadir, sebaliknya mesej yang mahu disampaikan itu berjaya pada hari ini (semalam),” katanya pada sidang media selepas program tamat.SinarHarian
Kongsi2u Mesin Wang Untuk Anda..!!

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...