KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jentera Pakatan di setiap peringkat di seluruh negara supaya segera menyebarkan belanjawan alternatif yang dikemukakan Pakatan Rakyat.
Ini katanya penting bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengan belanjawan yang bakal dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat ini.
“Sebelum ini, ada beberapa dasar dan agenda pakatan diciplak oleh Datuk (Seri) Najib dan mendakwa ia dasar mereka.
“Sebab itu, kita bentangkan bajet pakatan lebih awal bagi memberi peluang lebih adil pada rakyat menilai dan membanding bajet pakatan yang kita bentang hari ini,” katanya pada sidang media di parlimen sebentar tadi.
Oleh itu, kata Anwar beliau akan bermesyuarat dengan pimpinan pakatan rakyat pusat dan negeri mengenainya.
“Kita juga berbincamg dengan pimpinan negeri Pakatan terutamanya di Penang, Selangor, Kelantan dan Kedah agar bajet yang kita bentang hari ini segera diedar kepada rakyat di setiap peringkat sesegera mungkin,” katanya.
Antara lain, intipati belanjawan sebanyak RM220 bilion yang dikemukakan Anwar hari ini mengekalkan subsidi sebanyak RM22 bilion untuk rakyat dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini.
Selain itu, ia juga bermatlamat menghapuskan subsidi korporat kepada pemilik penjana tenaga bebas, monopoli beras oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan.
Bayaran bonus diberikan kepada warga emas dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion setahun, manakala suri rumah diberi elaun sebanyak RM1,000 membabitkan peruntukan RM2 bilion.
Bayaran tambahan kepada keluarga kategori miskin tegar diberikan sebanyak RM550 sebulan dan menyelaras bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM550 dari kadar sedia ada iaitu RM300 sebulan.
Sebelum ini, pentadbiran Najib menciplak idea yang dibentangkan Pakatan Rakyat, antaranya memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang menyerupai Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan Anwar.
Najib juga mengumumkan bayaran kepada insentif guru yang meniru idea yang dikemukakan oleh Pakatan menerusi Buku Jingga.
Terbaru, Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA yang dilihat meniru langkah yang telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak sekian lama.KeadilanDaily
Product Power Hari Ini...!!!
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...