PAS mendakwa cadangan Dr Mahathir Mohamad supaya pilihan raya umum dilewatkan, sebenarnya memberikan mesej khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN (jika pilihan raya dilangsungkan segera)," kata naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz (kiri) mendakwa, bukan sahaja Dr Mahathir, malah dalaman Umno juga kini melihat Najib sebagai beban.
Keadaan ini, tambah Mahfuz, sama dengan keadaan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Dr Mahathir didakwa terlibat memberikan tekanan.
"Cuma pentadbirannya berbeza," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara.
"Dia (Dr Mahathir) cuba mengambil masa supaya Najib berundur sebelum pilihan raya. Dia jadi mastermind."MalaysiaKini
Komen : Umno terkubur kerana perbuatan pemimpin2nya sendiri.....
Menyokong Perjuangan DSAI
Iklan Penaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...