Pakatan kesal Umno peralat hudud demi politik
Pakatan Rakyat kesal Umno-BN memperalatkan isu hudud sebagai permainan politik, sedangkan pemimpin mereka tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius, kata Ketua Pembangkang Daruk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, lebih malang lagi, apabila media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.
“Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.
“Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Anwar, yang juga adalah ketua umum PKR, perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.
Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, katanya. perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi.
Justeru, Pakatan akan berpegang pada pemuafakatan yang tertera dalam Buku Jingga.
Maqasid al Syariah
"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153," katanya lagi.
Menurut Anwar lagi, meskipun beliau menghormati keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mahu melaksanakan hudud, namun ia mesti tertakluk kepada beberapa perkara.
“Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.
“Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua.
“Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut,” katnya.
Anwar berkata Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan perubahan buat rakyat negara Malaysia dan oleh itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama semua wakil dari parti komponen.
Manakala keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153," katanya lagi.
Menurut Anwar lagi, meskipun beliau menghormati keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mahu melaksanakan hudud, namun ia mesti tertakluk kepada beberapa perkara.
“Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.
“Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua.
“Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut,” katnya.
Anwar berkata Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan perubahan buat rakyat negara Malaysia dan oleh itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama semua wakil dari parti komponen.
“Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka,” katanya.
Info Terkini!!! Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Dato Seri Anwar Ibrahim
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!Menyokong Perjuangan DSAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...