Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, September 19, 2011

Isu Pinda Jalur Gemilang Tidak Pernah Dibangkit - DSAI


ALOR SETAR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bangkitkan isu meminda Jalur Gemilang dalam sebarang mesyuarat Majlis PR.

“Tidak ada seorang pun pemimpin PR bawa isu ini dalam mesyuarat. Itu hanya kenyataan seorang dua sahaja ia dianggap tidak matang untuk dijadikan isu,” katanya.

Anwar mendakwa, isu PR mahu meminda Jalur Gemilang sengaja dimainkan Umno untuk digambarkan kononnya ia dicadangkan PR.

Anwar mengulas laporan sebuah akhbar kelmarin, yang mendedahkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan dalam laman sosial Facebook menegaskan pembangkang akan menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Adun DAP itu juga didakwa menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya, kerana mendakwa bendera Malaysia kelihatan seperti bendera Barisan Nasional (BN) berbanding Malaysia.

Anwar berkata, berikutan itu, pemimpin PR dinasihatkan supaya lebih berhati-hati membuat kenyataan supaya tidak diputarbelitkan media yang dikuasai Umno.

“Sebab itu, dalam PR kita perlu berjaga-jaga terhadap media pro-Umno atau puak yang menyokong parti itu, bimbang kenyataan saya diputar belitkan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya kenyataannya disalah tafsir, beliau tidak mempunyai saluran untuk membuat kenyataan balas kerana tidak diberikan kebebasan untuk bersuara.

“Sudahlah saya dizalimi nak jawab dalam media pun tak ada ruang yang bebas. Sebab itu, kadang-kadang saya enggan ulas dakwaan tidak berasas, tetapi jika ditanya, saya jawablah,” katanya.SinarHarian

Komen : UmnoBN Kuat Menipu....Jangan Undi UmnoBN..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Menyokong Perjuangan DSAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...