Berikutan kebuntuan berhubung agihan kerusi di kalangan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat di beberapa negeri, pemimpin PKR mengingatkan DAP supaya tidak "menang bertempur tetapi kalah perang".
Dalam satu kenyataan media hari ini, naib pengerusi Pemuda PKR Chan Ming Kai mengingatkan bahawa pilihan raya umum akan datang adalah 'perang yang getir' bagi Pakatan Rakyat yang perlu diperjuangkan secara kolektif oleh semua parti-parti komponennya.
"Oleh itu, tumpuan tidak seharusnya ke atas kawasan-kawasan individu, tetapi dilihat secara keseluruhan.
"Sebagai contoh, jika PAS bertanding terlalu banyak kerusi, MCA akan menggunakan isu negara Islam untuk menakut-nakutkan pengundi Cina daripada menukar kerajaan dan konsep yang sama digunakan ke atas DAP.
"Jika DAP bertanding di terlalu banyak kerusi pula, Umno akan membidas parti gabungan lain sebagai bonekanya dalam usaha merampas undi Melayu," katanya.
Sekiranya Pakatan berjaya menguasai kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina tetapi kehilangan sokongan pengundi Melayu, Chan berkata, semua ahli parlimen Cina gabungan itu akan menjadi pembangkang dan sejarah pilihan raya umum tahun 1969 dan 1990 akan berulang.
"Jika itu senarionya, apa makna menang hanya di kawasan-kawasan individu?" soal beliau.
Chan, yang juga timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak berkata imej berbilang kaum partinya itu mempunyai kelebihan berbanding dengan politik perkauman parti-parti komponen BN.MalaysiaKini
Komen : Hebat!!!! naib pengerusi Pemuda PKR Chan Ming Kai...
Menyokong Perjuangan DSAI
Jersi Bola Malaysia Untuk Di Jual....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...