Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, September 21, 2011

Fitnah 2 : Mohd Yusof Peguam Kerajaan Umno Kelirukan Mahkamah..Bangsappp!!!!!!

Pakar DNA: Pendakwa kelirukan mahkamah

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan dengan pakar DNA, Dr Brian McDonald disoal balas untuk hari kedua.

Semalam, pihak pendakwa mempersoalkan kredibiliti McDonald dengan mengemukakan kepada mahkamah beberapa testimoninya dalam kes-kes lain.

dr brian mcdonald sodomy llMcDonald juga mengakui membuat kesilapan apabila dia berkata sewaktu pemeriksaan utama bahawa adalah salah bagi ahli kimia Dr Seah Lay Hong melakukan ujian asid phosphatase pada calitan kapas yang diperolehi dari mangsa.

Beliau bersetuju dengan Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung penemuan dalam sebuah jurnal bahawa sperma boleh bertahan di dalam dubur selama 113 jam.

Bagaimanapun, McDonald tidak bersetuju dengan pihak pendakwa apabila ditunjukkan penemuan sebuah hospital Thailand bahawa air mani boleh bertahan selama 19 hari di dalam kemaluan seorang wanita.

Pihak pendakwa dijangka selesai menyoal-balas McDonald hari ini.

LAPORAN LANGSUNG

9:58am: Prosiding bermula di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

9:59am
: Pakar DNA, Dr Brian McDonald berada di kandang saksi untuk disoal balas oleh Peguamcara 11 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Yusof menyoal McDonald tentang pengekstrakan dan sama ada dia pernah melakukan prosedur seumpama di makmalnya.

McDonald berkata, dia tidak mempunyai makmal kerana dia hanya seorang perunding.

Yusof menekankan bahawa McDonald memberi keterangan berdasarkan pengalaman peribadinya, tetapi saksi itu berkata dia tidak faham soalan tersebut.

10:02am: Yusof bertanya kepada McDonald sama ada dia telah membuat tuduhan bahawa prosedur yang dilakukan oleh Seah tidak sempurna.

McDonald tidak bersetuju dengan kenyataan itu, dan menjelaskan bahawa (dia berkata) Seah tidak melakukan prosedur tertentu untuk memisahkan sel.

Saksi itu mendakwa bahawa DNA itu datang dari sel epithelial, bukan DNA sebenar orang yang sepatutnya.

azlan10:10am: Yusof mengemukakan soalan-soalan berdasarkan kepada artikal McDonald yang digunakan di mahkamah.

10:11am:
Yusof berkata, jika seseorang itu tidak melakukan slaid, maka seseorang itu tidak dapat melihat sel-sel di bawah.

McDonald bersetuju.

10:28AM:
Yusof menegaskan bahawa Seah telah menjalankan proses pengekstrakan dengan betul.

McDonald tidak bersetuju dengan ini.

Yusof berkata Seah menemui spermatozoa dalam dubur Saiful sebelum proses pengekstrakan.

McDonald menjawab terdapat dua jenis sel dan dua penyumbang. Seah mesti membuktikan bahawa jenis sel menghasilkan DNA yang betul.

10:34am:
Yusof memberi tumpuan kepada prosedur slaid yang perlu dilakukan selepas pengekstrakan.

McDonald membaca perenggan yang menunjukkan ia perlu dilakukan.

Berlaku tikam lidah.

10:37am:
Yusof menegaskan bahawa McDonald telah mengelirukan mahkamah. Peguam Sankara membantah, dengan berkata ia adalah dakwaan yang tidak adil.

10:39am: McDonald berkata Yusof silap dalam mencadangkan bahawa prosedur slaid tidak perlu dilakukan.

10:40am:
McDonald berkata, seseorang itu perlu melakukan slaid untuk menyediakan proses penjelasan yang bermakna.

10:41am: Sekarang, McDonald menuduh Yusof mengelirukan mahkamah. "Anda perlu mengambil slaid pada proses yang berbeza."

10:43am: McDonald mendakwa Seah tidak melakukan slaid selepas proses pengekstrakan pertama.

10:46am: Yusof berkata, terdapat hanya satu profil slaid tunggal dari calitan kapas bahagian atas dubur B7.

McDonald menambah, dikatakan begitu.

Yusof berkata, ia datang dari pecahan bukan sperma donor (Saiful).

10:50am: Yusof berkata jika terdapat DNA lain daripada sel-sel bukan sperma, ia juga akan muncul.

McDonald berkata ya.

10:54am:
McDonald berkata pada calitan kapas B9, ada profil seseorang yang tidak dikenali yang tidak dilaporkan.

"Ia bukan milik Saiful atau Lelaki Y."

11:00am: Yusof bertanya bagaimana sperma Saiful telah dijumpai dalam dubur sendiri.

11:02am:
Yusof berkata jika terdapat mangsa rogol dan liwat berlaku selepas itu, anda juga akan mempunyai DNA mangsa daripada pelakuan liwat. Bagaimana ini boleh berlaku dalam kes Saiful, kerana dia adalah seorang lelaki?

McDonald berkata dia melihatnya dalam keputusan yang diberikan oleh Seah. Ada DNA Saiful.

11:05am: Yusof minta rihat sekejap.

11:43am: Prosiding mahkamah bersambung. Yusof bertanya mengenai akreditasi makmal forensik Petaling Jaya.

11:47am: Yusof menunjukkan dokumen yang diperlukan.

11:48am: McDonald menjelaskan bahawa terdapat satu transisi daripada ESCLAP Legacy kepada program antarabangsa.

"Terdapat beberapa perkara yang anda perlu patuhi untuk memperolehi akreditasi ISO 17025.

"Makmal ini tidak diakreditasi kepada ISO 17025."

Yusof: Apakah makmal ini tidak cekap?

McDonald: Akan ada kesannya, kerana ia boleh menyebabkan tanggapan makmal tidak cekap.

11:53am:
McDonald berkata, pensijilan antarabangsa adalah sehingga bulan bulan depan, tetapi ujian calitan kapas telah dilakukan pada tahun 2008.

11:55am: Yusof bertanya McDonald sama ada dia bersetuju bahawa program Perintis bermula pada bulan April 2009.

McDonald berkata, dia tidak mengetahui maklumat yang tepat.

11:57am:
Yusof: Apakah akreditasi merupa isu dengan makmal Petaling Jaya pada tahun 2008?

McDonald: Saya tidak tahu, kerana tiada siapa yang melakukan pemeriksaan ke atas makmal tersebut sejak tahun 2005.

12pm:
Yusof berkata bahawa sejauh 2008, makmal Malaysia itu diakreditasi di bawah program antarabangsa.

McDonald: Saya tidak mempunyai maklumat tersebut.

Yusof: Tidak ada sebab untuk anda membangkitkan isu ini?

McDonald: Sesuatu dibangkitkan, bahawa makmal itu diakreditasi di bawah ISO 17025. Tetapi tidak.

12:05pm:
Yusof menunjukkan kepada McDonald nota prosiding. "Seah berkata makmal itu diakreditasi dengan ESCLAP 2005."

12:15pm: Sidang mahkamah ditangguhkan sehingga jam 2.15 petang untuk memberi McDonald masa untuk mencari di mana Seah berkata makmal itu diperakui ISO 17025.

MalaysiaKini

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE! 

Menyokong Perjuangan DSAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...