Jikalau kes liwat I dianggap sebagai benar oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, tetapi kes liwat II ini kepercayaan itu telah berkurangan.
Mungkin hanya pencacai dan penyokong totok UMNO saja tetap mempertahankan fitnah mereka bahawa Anuar memang terlibat dalam perbuatan liwat.
Sekarang mereka boleh mempersendakan rakyat pro Pakatan Rakyat kerana Anuar kini dalam mahkamah UMNO. Apa saja yang ingin mereka perbuat mereka boleh lakukan. Mereka yang melakukan konspirasi boleh memperbodohkan rakyat tapi bukan semua.
Rakyat sekarang bukan seperti rakyat dizaman Tun Mahathir memerintah "yes bos". Hari ini rakyat sudah pandai menilai undang-undang yang digunapakai dalam mahkamah.
Sebenarnya kes liwat II ini adalah permainan terakhir yang akan digunakan sebaik mungkin oleh orang tertentu dalam kerajaan Barisan Nasional. Mereka sedar bahawa rakyat sudah rasa marah terhadap permaianan peguam negara dan hakim mahkamah terhadap Anuar. Apa saja kutukan dari rakyat, mereka mendiamkan diri saja tanpa bertindak.
Isu kepala lembu, rakyat tidak bergaduh sesama sendir. Isu kalimah Allah juga tidak menarik perhatian rakyat Malaysia yang beragama islam untuk mengamok. Kemudiannya gereja dan masjid dikotori, dirosakkan dan dibakar namun isu itu diambil sambil lewa oleh rakyat.
Diteruskan lagi dengan meletakkan kepala babi dalam kawasan masjid/surau agar perasaan orang melayu yang beragama islam bangkit mengamok, namun ianya juga tidak menjadi.
Mengapa mereka mahu membangkitkan perasaan permusuhan diantara rakyat..? Tujuannya tidak lain hanyalah untuk melaksanakan akta dharurat... seperti 13hb. Mei 1969. Jika pekara itu berlaku maka Barisan Nasional akan terus memerintah lagi tanpa ada pilihanraya.
Memang jelas mereka akan menggunakan sebaik mungkin kes liwat II ini untuk membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap sistem kehakiman Malaysia. Mereka tahu rakyat juga tahu bahawa apa yang berlaku dalam mahkamah adalah tidak adil dan berat sebelah. Tapi mereka tidak peduli, apa yang mereka fokaskan bukan kes liwat itu tetapi perasaan rakyat dan penyokong Anuar.
Mereka mahu penyokong Anuar memberontak kerana membantah cara pengadilan yang tidak adil. Mereka mahu penyokong melakukan sesuatu yang lebih serious. Maka akta dharurat dan operasi lalang dapat dilaksanakan. Begitu mudah...?
Ini adalah jalan cerita yang diharap akan berlaku dari ahli pemikir Najib Razak. Namun perlu diingat bahawa dalam UMNO masih ada ahli UMNO yang simpati terhadap nasib Anuar. Mereka juga adalah penyokong setia Anuar disuatu masa dahulu.
Percayalah kata mereka, Demi Allah jika Anuar terpenjara sekali lagi kerana kes liwat paslu II ini parti UMNO pasti huru-hara sepanjang hayatnya...
Sumber : Hamba Allah Yang Memberi komen Di blog Kerajaan Rakyat
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...