KOTA BHARU 19 SEPT : Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.
Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Husam mendakwa tiga artikel bertajuk "Husam telah menipu sahabat dan rakyat" , "Sebelum kita lupa Normala Sudirman" dan "Husam itu pembohong" memfitnahnya.
Syed Azidi didakwa secara tidak tepat dan tidak benar mengaitkan Husam sebagai penipu dan perosak negeri Kelantan.
Tulisan itu antaranya berkaitan dakwaan kerugian Kelantan ekoran pemberian tanah hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa menerima pulangan setimpal selama 99 tahun, pembelian semula Bazar Tok Guru bernilai RM 23 juta dan kerugian apabila terpaksa membayar pampasan kepada UDA Holdings Berhad.
Husam berkata, jika dibaca hasil tulisan tersebut, secara jelasnya, ia memburukkan plaintif dan memfitnah kerana artikel itu menuduh dirinya seorang pembohong.
Penyiaran artikel itu juga didakwa:
Dengan niat untuk menjatuhkan maruah plaintif dan menjejaskan kredibiliti plaintif sebagai seorang wakil rakyat.
Segala perbuatan defendan, samada perbuatan atau tinggalan, sehingga tersiarnya dan tersebarnya berita fitnah adalah tidak berasas, berunsur fitnah dengan niat jahat, melulu dan berniat jahat menjatuhkan maruah plaintif sebagai pimpinan PAS, wakil rakyat dan exco Kelantan.
Dengan maksud yang jelas menggambarkan bahawa plaintif pemimpin yang menyalahgunakan jawatan dan kuasa sehingga menipu rakyat Kelantan.
Imej baik plaintif telah terjejas di mata masyarakat.
"Walaupun plaintif melalui peguam caranya telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut agar defendan memohon maaf secara terbuka daripada plaintif dan membayar ganti rugi yang amat minimal bagi perbuatan fitnah dan tohmahan yang telah dilakukan oleh defendan, namun defendan masih gagal/enggan dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi tersebut," writ saman itu dipetik.

Sehubungan itu, Husam memohon Syed Azidi (kanan) membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman blognya dan memadam ketiga-tiga artikel - bertarikh 27 Januari, 3 Februari dan 3 Julai lalu - serta mengiklankan permohonan maaf itu dalam harian bahasa Melayu selama sehari.
Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, melampau, punitif, dengan kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Husam juga memohon injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.
Husam yang juga naib presiden PAS diwakili peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.-Malaysiakini

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...