Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Ogos 13, 2011

Najib Dan Rosmah..Tidak Wajar DiContohi - Peguam, N Surendran

Surendran Bidas Sikap Bacul Najib, Rosmah Enggan Ditemubual


SHAH ALAM 13 OGOS : Keengganan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberikan kerjasama untuk ditemubual oleh pihak pembelaan dalam kes fitnah liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merencatkan perjalanan kes itu.

Bahkan menurut peguam, N Surendran, sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya juga tidak wajar dicontohi kerana sebagai saksi yang relevan, mereka sepatutnya membantu mempercepatkan perjalanan kes.

"Sebagai seorang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib patut memberi tauladan yang baik kepada semua dengan bekerjasama terhadap proses perundangan,"katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Surendran bahkan dengan tegas membidas sikap sesetengah pihak yang mendakwa pasukan peguam bela Anwar sengaja mahu melengah-lengahkan kes dengan mahu menembual 15 saksi termasuk Najib dan Rosmah.

Namun tegas Surendran, sememangnya menjadi hak kepada pasukan peguam bela untuk menembual saksi-saksi dalam kes ini bagi menyiapkan diri menghadapi perbicaraan kelak.

Bahkan katanya, kegagalan pasukan pendakwaraya menyediakan saksi mengikut tarikh yang diminta oleh pasukan pembelaan juga turut melambatkan perjalanan kes.

"Kes ini sepatutnya sudah boleh berjalan tetapi ia terpaksa ditangguh disebabkan saksi-saksi masih belum ditemuduga. Ini salah siapa? Salah pihak pendakwa dan saksi-saksi yang enggan bekerjasama bukan salah kumpulan pembelaan dan Datuk Seri Anwar,"katanya.

Beliau turut menyelar individu-individu yang mengulas mengenai perkara ini namun tidak memahami mengenai proses perundangan dalam sesuatu kes jenayah dan memberi ulasan bermotif politik semata-mata.

"Proses perundangan perlu dijalankan secara sempurna, ini bermakna tertuduh mempunyai hak untuk membuat rayuan, meminta dokumen, jika tak dibenarkan berhak untuk merayu sehingga ke mahkamah tertinggi dan sebagainya,"jelas beliau.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada 8 Ogos lalu membenarkan permohonan Anwar untuk menembual 15 saksi termasuk Najib, Rosmah dan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

Namun Najib dan Rosmah semalam yang hadir ke mahkamah semalam enggan memberikan kerjasama untuk menjadi saksi pembela dan ditemubual.

Najib antara saksi penting yang ditawarkan oleh pihak pendakwaraya kerana beliau ada bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, dua hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat.

Beliau turut bertemu pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar seperti mana yang didedahkan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira ketika perbicaraan Mac lalu.

Justeru itu, Surendran melahirkan kekesalannya dengan sikap bacul Perdana Menteri yang enggan bekerjasama untuk menjadi salah seorang saksi pembela dalam membantu menyelesaikan kes ini dengan segera.

"Jika ada komen daripada media bahawa mereka dengan beraninya pergi ke mahkamah saya rasa ini memang satu berita yang tak tepat, mereka bukan secara berani menghadiri tetapi telah dipaksa dan bila dipaksa pun enggan bekerjasama,"kata Surendran merujuk kepada laporan media arus perdana yang menyanjung kesudian Najib ke mahkamah tanpa mengira pangkat beliau.

Selain Najib dan Rosmah, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof juga enggan ditembual pasukan peguam bela Anwar. TVSNEWS

 Iklan Penaja
Kongsi Untung Sesama Pelangan..!!!

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!

2 ulasan:

  1. orang buat salah..... mana ada keberanian...

    BalasPadam
  2. Setuju tu berani kerana benar, takut kerana salah...ha haha ha ha..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...