Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Ogos 04, 2011

Geran RM1 juta bantah SPR..!!




SHAH ALAM- Kerajaan Negeri Selangor menyediakan geran RM1 juta untuk membiayai usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, geran berkenaan terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan parti politik.


Menurutnya, Kerajaan Negeri memandang serius aduan kepincangan daftar pengundi sedia ada dan senarai daftar pengundi baru.

“Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan di senarai sebagai pengundi amat merunsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, bantahan berkenaan hanya melibatkan kawasan di Selangor memandangkan ia menggunakan dana Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor berpandangan, rakyat mempunyai hak menuntut satu daftar pemilih untuk membuka jalan kepada pilihan raya bersih dan adil.

“Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan ‘bonus’ kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah sebanyak RM 500 seorang sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Sementara itu di SELAYANG, Pas Kawasan melalui Jawatankuasa Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer (JPrD) membuat laporan polis berhubung isu pemberian MyKad serta pendaftaran sebagai pemilih kepada 31 individu disyaki sebagai warga asing atau penduduk tetap dalam kawasan DUN berkenaan.

Penyelaras DUN Taman Templer, Mohamad Abdul Rahman berkata, laporan dibuat berikutan pendedahan dalam beberapa blog dan laman web.

Mohamad yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Badan Perhubungan Pas Selangor berkata, berdasarkan semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua 2011 diterbitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat keraguan pada senarai pendaftaran pemilih baru yang memiliki nombor kad pengenalan menggunakan kod 71 (kod taraf kewarganegaraan/negeri).

“Ia adalah warga negara asing berstatus penduduk tetap diberi taraf kewarganegaraan dan didaftarkan sebagai pemilih baru.

“Kita mensyaki terdapat usaha pihak tertentu mengeluarkan MyKad kepada warga asing berstatus penduduk tetap untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya akan datang,” katanya selepas mengetuai rombongan JPrD Taman Templer ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk membuat laporan polis berkenaan isu itu, semalam.

Menurutnya, justeru pihaknya menuntut polis menyiasat perkara berkenaan secara terperinci dan membongkar kegiatan disifatkan berunsur subversif ini yang mampu mengancam keselamatan negara,” katanya.SinarHarian 


Komen : Tahniah!!! Kerajaan Selangor...!!! Ayuh!!! pakatan rakyat wang sudah ada cepatla bertindak...

Iklan Penaja
 


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...