'Sembang-Kedai 1M'sia' - DAP buat laporan polis
Klip video 'Sembang Rakyat – Kedai 1Malaysia' yang disiarkan di laman web Youtube merupakan satu penipuan dan fitnah ke atas DAP, kata setiausaha politik kepada setiausaha Agung parti itu, Zairil Khir Johari.Katanya, klip video itu bukan sahaja langsung tidak berasas tetapi berniat jahat serta berunsur hasutan.
Sehuhungan itu, Zairil (kiri) membuat laporan mendesak polis menyiasat pembikin video berkenaan di Balai Polis Tun H S Lee di Kuala Lumpur petang ini.
“Realitinya, harga barang dikawal secara langsung oleh kerajaan BN dengan adanya inflasi, subsidi, pengawalan harga minyak, gula dan sebagainya,” katanya.
Menurut Zairil kenaikan harga barang dan inflasi berlaku kerana ketirisan dan kepincangan dalam dasar dan urus tadbir ekonomi Malaysia, dan tidak ada kena-mengena dengan kaum atau agama.
“Di samping itu, syarikat yang mengawal industri gula pula adalah Felda, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Faktor-faktor yang menyumbang kepada inflasi adalah kuasa pasaran antarabangsa yang berada di luar kawalan, dan juga ketidakcekapan dalam urustadbir ekonomi negara kita,” katanya.
Video yang dihasilkan atas atas nama 1Malaysia itu menuduh DAP sebagai dalang yang menyuruh semua peniaga Cina menaikkan harga barang supaya rakyat sengsara.
Ia dimuatnaik oleh orang yang menggunakan nama gelaran Kawasaki9722, yang bertujuan menggunakan sentimen perkauman dengan menuduh DAP mewakili peniaga-peniaga Cina menaikan harga barang di Malaysia.
Menurut Zairil pihak yang menghasilkan video berkenaan cuba menipu rakyat Malaysia dengan fakta yang dangkal serta membangkitkan api perkauman.
Justeru beliau memberi contoh subsidi gas yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit setiap tahun diberi kepada penjana tenaga bebas (IPP) yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia makin meningkat.
“Bukankah tujuan pemberian subsidi itu untuk mengurangkan beban rakyat? Satu lagi contoh polisi yang menguntungkan syarikat besar dan membebankan rakyat adalah monopoli beras, yang dikawal oleh Bernas, sebuah lagi GLC.
“Oleh kerana monopoli yang mengekang pasaran beras ini, hasilnya harga beras import di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding harga beras import di Singapura!” katanya.
Kata Zairil, kebertanggung-jawaban bagi masalah inflasi harus dipikul oleh kerajaan persekutuan yang dikuasai BN dan bukan mana-mana pihak lain, terutamanya DAP.
Oleh itu beliau mempersoalkan bagaimana pula DAP boleh dikatakan terlibat untuk menjatuhkan BN dengan bersekongkol dengan peniaga-peniaga Cina, walhal DAP semenjak penubuhannya tidak menetapkan sebarang dasar berunsur perkauman seperti yang dilakukan kerajaan BN.
Zairil secara terbuka meminta rakyat menilai sendiri video propaganda murahan tersebut.
Berdasarkan kualiti terbitan klip video tersebut, beliau berkata, jelas ia bukan terbitan sembarangan tetapi telah dibuat secara profesional dengan peralatan dan peruntukan yang mencukupi.
“Dalam erti kata lain, klip video ini adalah angkara pihak-pihak tertentu yang mempunyai sumber kewangan yang besar,” katanya, merujuk kepada mutu persembahan video itu yang dikatakan menyerupai drama iklan syarikat-syarikat korporat besar di negara ini.MalaysiaKini
Komen : Dap wajib ambil tindakan keras!!! kerana terang-terang memfitnah parti DAP.... sungguh jahat geng-geng jahanam umnobn yahudi ni.....
Iklan Penaja
Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...