Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Julai 09, 2011

Saya Ada Cara Sertai Himpunan Bersih 2.0 - DSAI


KUALA LUMPUR 9 JUL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan turun bersama rakyat dalam himpunan Bersih 2.0 hari ini.


Anwar menyakatan beliau mempunyai cara dan akan hadir ke Stadium Merdeka dan menyokong himpunan awam berkenaan.


"Saya nak ke Stadium Merdeka esok (hari ini). Adalah caranya nak ke situ," kata beliau kepada hadirin di Program Tazkirah Perdana di Bandar Tun Razak di sini semalam.


Anwar merupakan antara 91 individu yang dihalang polis berada di tempat tertentu di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini.


Bersih 2.0 telah digelar sebagai satu pertubuhan haram, diasak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan menggunakan polis dan akta-akta yang zalim seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehingga lebih 200 individu telahpun ditangkap atau didakwa berkenaannya.


Dalam ceramah sama, Anwar mengimbau surah Al-Kahfi yang menceritakan kisah anak muda yang diberi bantuan Allah kerana menolak kezaliman pemerintah.


Anwar turut menyatakan kekaguman dengan anak muda yang berani memperjuangkan hal keadilan dan yakin dengan perhimpunan ini, rakyat akan menyedari kezaliman Umno-BN.


"Kita bukan hamba, kita orang merdeka. Ini kemahuan anak muda kita," tambah beliau TVSNEWS


Iklan Penaja


Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...