Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Julai 04, 2011

Patuhi Titah Agong: Mufti Kelantan

KOTA BHARU-Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad menasihatkan pemimpin dan masyarakat mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang Sabtu ini.

“Sudah tentu titah Yang di-Pertuan Agong perlu dipatuhi, apalagi hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tuanku Mizan dalam satu kenyataan semalam bertitah mengingatkan agar sebahagian rakyat yang ghairah berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara hendaklah dipastikan tuntutan itu tidak membawa kemusnahan kepada negara.

Baginda turut mengingatkan agar rakyat tidak tidak-terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagai sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Mengulas mengenai perhimpunan tersebut, Mohd Syukri berkata, Islam mengajar umatnya menjaga keharmonian kestabilan dan keselamatan dalam kehidupan.

Katanya sekiranya, berlakunya pertembungan antara kebaikan dan keburukan dalam melaksanakan sesuatu amalan, masyarakat harus meninggalkan perkara yang membawa kemudaratan kepada umat Islam.

“Perkara yang mudarat ini bukan sahaja fizikal (tubuh badan), tetapi ia turut merangkumi ekonomi, keselamatan dan lain-lain lagi,”katanya.

Ditanya terdapat dakwaan perhimpunan itu berlandaskan demokrasi, Mohd Syukri berkata, demokrasi dan kebebasan itu tidak mutlak dan mempunyai ikatan tertentu sebagaimana sebuah kereta api yang bergerak mengikut laluan di relnya.SinarHarian

Iklan Penaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...