Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 13, 2011

Panas!!! Bekas Menteri Umno Nak Mampus Kot..!!!


Beri peluang semua parti muncul di RTM: Zainuddin


SHAH ALAM – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi peluang kepada setiap ketua parti tempoh masa antara 15 ke 30 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang.

Menurutnya, ia adalah langkah yang terbaik supaya rakyat boleh melihat dan menilai sendiri manifesto yang akan dibawa oleh setiap parti pada pilihan raya umum tersebut.

“RTM patut beri mereka peluang pada pilihan raya umum nanti, biar ketua setiap parti jelaskan kepada rakyat manifesto masing-masing untuk tempoh masa tertentu.

“Dengan cara ini semua mendapat peluang dan saya yakin mereka akan gunakan ia dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.

Ditanya mengenai tempoh masa berkempen 21 hari dalam tuntutan Bersih 2.0, Zainuddin menjelaskan Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini pernah meletakkan tempoh berkempen selama sebulan seperti tahun 1969 lalu.

Katanya, tempoh berkempen yang terlalu lama ini boleh menyebabkan parti politik dan calon-calon boleh menaikkan pelbagai sentimen jika tidak berhati-hati sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini.

“Atas sebab perkara yang berlaku pada tahun 1969 telah menyebabkan SPR meletakkan tempoh kempen yang lebih singkat, kerana setiap parti biasanya ada organ sendiri yang sentiasa berkempen sepanjang tahun.

“Sekarang kita tidak memerlukan tempoh kempen yang lama, kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur hanya sekejap dengan penerbangan dan jalan yang selesa. Dulu biasanya perjalanan lebih lapan jam,” katanya.SinarHarian


Iklan Penaja


Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)

2 ulasan:

  1. Dah buang tabiatlah tu.

    BalasPadam
  2. sudah lah mamak sekor ni... cakap dalam al-jazera pun macam budak boddoh... host suruh komen dia pulak nak bawak bertengkar... apa punya banganglah mamak sekor ni...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...