KUALA LUMPUR 20 JULAI : Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan “terus lawan.”
“Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan,” kata Amizudin kepada The Malaysian Insider.
“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais),” kata beliau.
Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.
“Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat,” katanya lagi.
The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.
Rayuan dijangka difailkan hari ini ataupun esok.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.
Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.
Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.
Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, “sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care.”
“‘Sharpshooter’ diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun ‘sharpshooter’ tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika ‘sharpshooter’ mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan ‘berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf’.”
“Walau bagaimanapun ‘sharpshooter’ akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan,” katanya.TVSNEWS

Komen : Apa la sangat RM400,000 tu kalau semua ahli keadilan derma seorang RM 2... sudah dapat bayar saman tu.... kuasa rakyat bakal jatuhkan kerajaan yang zalim..
Iklan Penaja
Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...