Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Julai 19, 2011

Himpunan rakyat pengaruhi keputusan PRU-13

KOTA BHARU, 19 Julai: Bayangan kebangkitan rakyat pada Mac 2008 sebenarnya sudah dapat dikesan setahun lebih awal berdasar kepada beberapa siri perhimpunan rakyat.
Perhimpunan anjuran Bersih 1.0 pada 2007 kemudian diikuti demontrasi Hindraf ternyata memberi isyarat awal kerajaan BN tergugat.

Setahun kemudian telahan itu menjadi kenyataan apabila BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen, kecundang di empat negeri kepada Pakatan Rakyat dan Kelantan terus kekal di bawah PAS.
Dan isyarat itu seperti berulang kembali pada 9 Julai lalu. Kali ini nampak mementum lebih hebat dengan kehadiran mencecah ratusan ribu biar pun dihalang sejak awal kerajaan BN menggunakan pasukan polis.
Sifir itu sudah menjadi tanggapan mudah bagi mana-mana penganalisis politik untuk melihat apa yang bakal berlaku pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Di Kelantan kaedah sama digunakan apabila perhimpunan lebih 15,000 petugas PAS dari peringkat cawangan di seluruh Kelantan diadakan di Semerak, Pasir Puteh pada 2007.
Pantai Bisikan Bayu ketika itu sendat dengan lautan manusia berkopiah dan bertudung labuh. Ruang sebuah resort di situ tidak dapat menampung kehadiran begitu ramai petugas pilihan raya PAS.
Sebuah treler terpaksa digunakan bagi menghantar tikar untuk peserta himpunan tersebut.

Sebelum itu pada 2004 perhimpunan serupa yang dikenali sebagai Ijtimak Pilihan raya PAS Kelantan dicadang diadakan di Bukit Bunga, Jeli, namun tidak mendapat kerjasama polis, difahamkan hasil campur tangan Umno.

Ijtimak terbabit diadakan setiap kali menjelang pilihan raya umum. Dan kali ini ijtimak serupa akan diadakan di Pantai Geting, Pengkalan Kubur, Tumpat pada Jumaat ini.
Dianggarkan lebih 20,000 petugas pilihan raya PAS dari seluruh Kelantan akan berkampung di tempat rehlah terbabit bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Jurucakap ijtimak, Mohd Yassin Yusof berkata, kuliah mingguan di Medan Ilmu pada pagi Jumaat dipindah ke Pantai Geting sempena ijtimak kali ini.
Katanya, program bermula jam 8.30 pagi dengan kuliah pembukaan disampaikan tokoh jemputan. Kemudian pada 9.30 pagi kuliah khas disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas itu diadakan ucapan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Acara penutup dijangka disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
”Program ijtimak diadakan setiap kali menjelang pilihan raya umum. Pada ijtimak lepas diadakan di Semerak. Dan sebelum itu diadakan di stadium ekoran pembatalan program awal di Jeli,” katanya di sini.
Program berkenaan merupakan antara gerak kerja PAS Kelantan menjelang diadakan pilihan raya umum.
Ia diadakan selepas pelancaran jentera pilihan raya PAS Kelantan pada 17 Mei lalu di Putik.
Dan sekarang jentera pilihan raya PAS di setiap kawasan sedang digerakkan.

Manakala pada 30 Julai ini program Himpunan Anak Kelantan akan diadakan di Puchong Perdana, Kuala Lumpur.
Mohd Yassin yang juga Setiausaha Eksekutif Perhubungan PAS Negeri berkata, kehadiran pada setiap ijtimak menjadi petanda awal momentum pilihan raya umum ke-13.HarakahDaily

Iklan Penaja


Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...