Lagi 23 hari menjelang himpunan BERSIH 2. Himpunan ini InsyaAllah akan menjadi himpunan rakyat Malaysia yang terbesar penah diadakan.
Jawatankuasa BERSIH ini telah wujud sejak tahun 2007 lagi dimana bertujuan untuk mendidik rakyat menggunakan ruang demokrasi dan mendesak agar regim penguasa menghormati hak rakyat dengan menjadikan Pilihanraya satu proses demokrasi yang adil dan bersih.
Sejak penubuhannya (2007) jawatankuasa ini melalui perbagai program pendidikan kesedaran mendekati rakyat. Dari segi desakan pula telah digunakan perbagai cara dari surat, perbincangan, memorandum, kenyataan media dan banyak lagi. Namun tuntutan ke arah penambahbaikan proses pilihanraya ini bukan saja tidak tertunai tetapi lansung tidak didengar.
Maka BERSIH telah mengadakan Himpunan Rakyat pada Nov.2007 untuk menghantar memorandum kepada DYMM Seri Paduka baginda Yang di Pertuan Agong dengan mengambil kira peranan Tuanku dalam struktur masyarakat. Pada peringkat pemulaan himpunan dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan hanya perwakilan dari himpunan akan ke Istana. Namun pada hari kejadian semuanya bertukar apabila penguasa bukan sekadar mengepung Dataran Merdeka tetapi menyerang tempat - tempat peserta perhimpunan berkumpul. Maka tiak dapat dielakkan himpunan dijalan raya dan akhirnya lebih 100 ribu orang berarak ke Istana Negara.
Kekejaman Polis yang bertindak ganas termasuk merosakkan harta awam amat dikesali. Keadaan 'perayaan kuning' pada awalnya dimana peniaga seronok apabila ramai manusia datang memenuhi kedai mereka khususnya peniaga makanan, namun semuanya bertukar ngeri apabila polis mengganas.
pada ketika itu juga kononya ada juga proksi regim ingin berhimpun konon untuk 'berjihad' nak halang Himpunan Bersih malangnya hingga himpunan Bersih selesai tiada siapa kelompok baju hitam yang dimaksudkan.
Pilihanraya 2008 pun berlansung. SPR mengakui telah membeli dakwat kekal tetapi tidak digunakan saat akhir kerana mungin mengetahui jika dakwat kekal digunakan maka strategi penipuan pengundian berulang tidak dapat dilakukan maka regim Bn akan tumbang.
Sejak itu tuntutan BERSIH terus sepi. SPR mahupun regim sebenarnya punya cukup masa untuk melakukan perubahan demi memenuhi tuntutan BERSIH tersebut. Namun semuanya sepi. Perlu diakui juga ia juga kelemahan PR sendiri dimana mungkin tenggelam sedikit dengan mood kemenangan maka tuntutan BERSIH disejukkan. Sepatutnya pada ketika selepas kemenangan itulah harus diperhebat tuntutan kerana ingat jika diguna dakwat kekal nescaya bukan sekadar beberapa negeri atau menafikan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat tetapi Bn sendiri akan menjadi pembangkang.
Hormat pada ketika itu Syed Shahir (ketika itu Presiden MTUC), Faisal Mustaffa dan Medaline hanya beberapa kerat terus mengaktifkan seketeriat BERSIH dan menggerakkan tuntutan-tuntutan tersebut.
Kini BERSIH dipengerusikan pula oleh Dato Ambiga Srenevasan (Bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia). Bermula seawal hujung tahun lepas mula menggerakkan semula BERSIH. Kini 4 tuntutan telah menjadi 8 tuntutan sesuai dengan latar masa dan keperluan. Ia bukan keputusan Ambiga tetapi keputusan mesyuarat keseluruhan. Ambiga agak kelihatan terlalu berhati-hati, mulanya seperti beliau tidak mahu ke jalan raya kerana percaya mampu berunding dengan SPR mahupun regim demi pelaksanaan tuntutan ke arah penambah baikan proses pilihanraya negara. BERSIH bergerak dari bengkel ke seminar dan forum, pertemuan dengan pihak sepatutnya juga diatur namun semuanya seperti mencurah air di daun keladi.
Maka BERSIH 2 telah mengumumkan oleh kerana tuntutan rakyat tidak didengari maka 9 Julai ialah tarikh keramat kepada semua rakyat Malaysia yang bersetuju dengan 8 tuntutan tersebut perlu bersama di Kuala Lumpur bersama mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong mengadu hal menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Serentak dengan itu selain disambut baik dari perbagai pihak dan segenap penjuru negara termasuk warga Malaysia di luar negara, BERSIH juga cuba dilabelkan dengan perbagai label oleh negatif dan seumpanya. Ingat kita turun ke jalanraya sebagai cara terakhir untuk tuntutan ini didengar.
Apa tuntutan BERSIH ? Ada 8 perkara :
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Ada sesiapa rakyat yang mampu menerangkan tuntutan yang mana salah dan bersifat negatif tidak baik pada negara dan rakyat. Maka kenapa pula BERSIH perlu ditentang. Sewajarnya semua parti politik seharusnya bersama dalam tuntutan BERSIH ini kecuali mereka yang ingin memasuki pilihanraya tetapi mahu menang secara tipu.
Perlu ditegaskan kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Setakat ini semua bersetuju untuk menjadikan pilihanraya sebagai jalan terbaik menukar kerajaan. Sebaliknya proses turun ke jalanraya ini sebagai praktik demokrasi - hak berhimpun dan menyatakan pendapat yang dijamin oleh Perlembagaan.
Regim melelalui proksinya sama ada Perkasa atau Pemuda Umno atau apa saja front sejak dari awal pengumuman cuba membuat perbagai helah untuk menggagalkan himpunan. Perkasa telah menawar diri untuk berhimpun sebagai menentang BERSIH. Namun gertakan Perkasa ini telah menjadi lelucon hebat. Mungkin sedar dengan perkara ini maka Pemuda Umno telah membuat pengumuman semalam ingin turut berhimpun dan juga nak hantar memorandum juga kepada Istana Negara.
Sebelum itu pemuda Umno membuat laporan polis dan menggerakkan perbagai pihak buat laporan kononya himpunan ini akan sebabkan huru hara, peniaga rugi dan seumpamanya. Rupanya semua itu alasan menggunakan hujah rakyat sahaja. Melihat ugutan mereka tak menjejas kelancaran mobilisasi dan promosi BERSIH 2 maka mereka pula membuat u - turn dengan mengumumkan yang mereka turut nak berhimpun sekali.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin ucap tahniah kepada pemuda Umno dengan keputusan tersebut. Cuma bunyinya macam sedikit 'rimba' kerana nak berhimpun kerana orang lain berhimpun. Apa tujuan himpunan mereka ? Apa tuntutan mereka.... belum fikir lagi cuma umum dulu sebab nak halang BERSIH 2 atau saja nak bantu polis untuk buat tangkapan pencegahan sahaja.
Pemuda Umno nak menentang BERSIH ? Maka akan adalah dua himpunan BERSIH akan berdepan dengan KOTOR.
Selaku manusia yang mengangkat hak yang dijamin perlembagaan seharusnya kita jangan menghalang Khairy dan exco pemuda elitnya untuk berhimpun. Seharusnya polis bertindak cekap dengan menjadi 'fasilitator' . Seliakan mana kawasan dan laluan yang seharusnya dilalui BERSIH dan anti BERSIH (KOTOR). Jika ini berlaku lancar Malaysia sudah mula menapak ke depan dari kematangan enggunaan hak dan memperteguh demokrasi dan akan lebih dihormati. Peniaga akan gembira kerana jualan mereka akan lebih laris. Semua dinasihati letak kereta diluar K.Lumpur guna pengangkutan awam, maka pengangkutan awam pun akan laku. DBKL pula disaran ambil deposit dengan pihak yang nak berhimpun siapa dikawasan yang ditetapkan mereka berhimpun dan laluan mereka merosakkan harta awal maka deposit akan tidak dipulangkan.
Soalnya sejauh mana kematangan kita, ia akan diuji. Berhimpun seramai mungkin dengan mood perayaan. Kempenkan tuntutan kita... siapa akan dipilih rakyat maka tentukan dikotak undi.
Kepada Ambiga dan Khairy .... amacam.... ?? atau jika benar Khairy bukan alat untuk provokasi dia juga boleh bersikap matang dengan piliha tarikh lain.
Apapun ugutan polis dan siapa sahaja kami di pihak SAMM mendokong untuk meneruskan sahaja semua perancangan. SAMM sudah mula mengumpulkan 'marsyal-marsyal' yang berpengalaman dan yang baru dan terlatih secara praktikal untuk memastikan semuanya berjalan lancar. SAMM sudah mengeluarkan 1000 kemeja T BERSIH, 500 stiker kereta dan 10,000 risalah dengan perbelanjaan kami sendiri untuk membantu mobilisasi BERSIH. che'GuBard sendiri sudah lebih dua bulan hampir setiap hari turun berceramah ke seluruh negara untuk tujuan mobiliasi BERSIH.
Lagi 23 hari BERSIH dua sudah tidak boleh dielakkan....
Cuma kali ini tak tertekan seperti himpunan BERSIH 2007, kerana pada masa itu terpaksa dalam masa 3 bulan 5 kali berulang alik dari Seoul ke Kuala Lumpur utnuk sama menjayakan BERSIH 2007. Ada yang janji nak bantu cover tiket penerbangan pergi balik yang terkahir tetapi ermmmm hampeh sekarang dah jadi ahli parlimen pun kah kah kah....
Iklan Penaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...