Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Jun 30, 2011

Dr Aziz Bari - kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR..!!

Bersih 2.0 : Agong Boleh Bertindak Terhadap Wan Ahmad, Kata Aziz Bari

SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.

"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.
 
Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan  tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.
 
"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.
 
"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri,"  kata beliau kepada TvSelangor.
 
Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.
 
Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.
 
Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.
 
Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.
 
Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
 
Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.
 
Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".
 
"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.TVSNEWS

Pemuda Pas : Kejayaan Awal Bersih..!! (video)

Tangkapan awal bukti kejayaan Bersih

DSAI-Pecah!!!! Umno Ada Hubungan Dengan Kominis!!!(video)

TVSelangor09 29062011 ANWAR Bersih


Iklan Penaja

Bersih 2.0 : Amaran Keras!!! Daripada Anak - Anak Muda..!!!

SMM gembleng tenaga turun Himpunan Bersih 2.0
   
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 12 badan mahasiswa lain akan menggemblengkan seramai mungkin mahasiswa di seluruh negara supaya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. 

Mereka akan mengerahkan mahasiswa berhimpun secara aman menuntut pilihanraya yang bersih dan adil bersama-sama peserta Himpunan Bersih 2.0 lain dengan patriotisme yang tinggi demi membina masa depan Malaysia yang lebih baik.
Sehubungan itu, SMM menggesa pihak polis supaya menjaga keselamatan peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang dijamin hak untuk berhimpun oleh perlembagaan.

Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab menegaskan, KDN dan pihak-pihak lain turut digesa supaya berhenti daripada menakutkan rakyat dan mahasiswa untuk berhimpun pada 9 Julai ini.
Katanya, SMM juga menggesa SPR agar tidak menutup ruang perbincangan bagi membolehkan sistem pilihanraya di Malaysia sentiasa diperkemas dan dipertingkatkan.

"SMM menyokong penuh perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai 2011 yang menuntut agar dilakukan reformasi pilihanraya bagi memastikan pilihanraya di Malaysia berjalan dengan bebas, adil dan saksama," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Menurut beliau, SMM turut sama menuntut agar reformasi pilihanraya dilakukan dengan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terutamanya mahasiswa dan generasi muda terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya dalam negara ini.

"SMM melihat perhimpunan aman ini sebagai sebagai hak asasi rakyat Malaysia yang dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia 1(a) dan 1(b)."Dalam peruntukan itu dinyatakan dengan jelas tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap, bersuara dan berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata," tegasnya.

Kenyataan beliau itu disokong oleh Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Turut menyokong kenyataan beliau itu, Malaysia Youth and Democratic Students Movement (DEMA), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Sister In Movement (SIM) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).HarakahDaily

Komen : Pertanda Baik Untuk Rakyat Malaysia.. Bersih 2.0 Akan Mencapai Matlamat..Dengan Sokong Yang Padu Ini Yang Membuat Najib Kecup Telornya...Pesanan Untuk Polis...Jaga Keamana...Bukan Jaga Pengkianat2 Kepada Negara...Perlu Menyokong Gerakan Rakyat Ini. 

Rabu, Jun 29, 2011

Polis Anjing Umno...Polis Anjing Umno......Setuju..!!!!!

 
 
Betul Ke Polis Malaysia Ni Anjing UmnoBN?
Setuju atau Tidak... 
Anda boleh Buat undian Di Sini

Iklan Penaja

 

Alasan Polis Dan Media Arus Perdana Itu Adalah Fitnah Semata-Mata..!!

Bersih Usaha Terakhir Desak Pilihanraya Adil, Telus

KLANG, 29 Jun: Perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah jalan terakhir untuk rakyat menuntut sebuah pilihanraya telus dan adil kerana setiap usaha pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan ke arah itu sebelum ini menemui jalan buntu, kata Anwar Ibrahim.
Provokasi polis dan bantahan Umno terhadap perhimpunan aman itu menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak gagal mengamalkan kesederhanaan dan menghormati prinsip asas demokrasi, kata Ketua Pembangkang itu

"Sekarang ini isu yang pertama pilihan raya tidak bersih, kita tuntut yang bersih. Kedua perhimpunan aman. Jadi (Kerajaan) patut izinkan," kata Anwar.
Sebaliknya sejak awal minggu ini polis menahan orang awam yang memakai kemeja Bersih, di samping menyoal siasat penganjur Bersih dan pemimpin politk yang menyokongnya di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis.
Tiga puluh ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan reman sehingga 2 Julai di Pulau Pinang ketika mereka meraih sokongan rakyat untuk perhimpunan pada 9 JUlai itu.   
Media arus perdana pula dikerah untuk memaparkan Bersih sebagai gerakan menghidupkan fahaman komunis atau dipergunakan oleh pembangkang bagi  menggulingkan kerajaan.
Anwar berkata segala alasan polis dan media arus perdana itu adalah fitnah semata-mata dan menegaskan Bersih hanya menjurus sepenuhnya kepada aspek tuntutan rakyat mahukan sistempilihanraya yang pincang diperbaiki.  

“Itu kepentingan keseluruhan (Bersih 2.0), untuk meluahkan dengan cara ini kerana semua jalan-jalan lain telah gagal. Kami telah menghantar memo, siri perbincangan, bantahan. Semuanya telah dibuat, penghujahan dengan fakta dan bukti,” kata Anwar selepas berucap pada Wacana Ekonomi di sini pagi tadi.

Justeru beliau menyelar tindakan menangkap aktivis-aktivis NGO termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Micheal Jayakumar   dengan menganggap ianya sebagai usaha mencemari hasrat  rakyat untuk berhumpun secara aman.

"Saya lihat ada kecenderungan untuk mencari alasan untuk buat penangkapan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri  dan mendera orang seperti mana pemimpin-pemimpin PSM termasuk ahli parlimen Dr Jayakumar. Itu tidak adil," tambah Anwar lagi.TVSNEWS



Iklan Penaja

Selasa, Jun 28, 2011

Jom Layan Video Puak2 Pemuda Umno Mabuk..!!! (video)

Umno Youth 'threatened' to torch PKR HQ

DSAI Bongkar!!! Umno Yahudi Arah Polis!! (video)

'Expect pre-emptive arrests of Bersih leaders


Iklan Penaja

Sungguh..!! Bangsap!! Puak2 Jahanam Umno Apco Ni..!!


Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

NONEDalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

NONE"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.NONERozan (kiri) membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

"Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.MalaysiaKini

Isnin, Jun 27, 2011

Sasterawan negara Datuk A Samad Said Kesal Dengan Polis Malaysia..!!

Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata'

Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.
Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."
"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana. 

NONE"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.
"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.
Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu. 

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa."Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga. 

"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. 

Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.
Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.
"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.
"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.
"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.MalaysiaKini


Iklan Penaja

Bersih 2.0: Suhakam mahu UmnoBN benar himpunan aman 9 Julai

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.
Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.“Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan,” katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.
Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0.TheMalaysiaInsider

Polis Umno Sudah Gila..!!! Soal Siasat Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said

bersih_2

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR : Tindakan polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Bersih 9 Julai ini, merupakan satu bentuk intimidasi dan bertujuan menakutkan rakyat.Peguam yang mewakili beliau, Fadiah Nadwa Fitri berkata demikian mengulas tindakan polis menyoal siasat Pak Samad berhubung kehadirannya pada pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.Menurut Fadiah, pada majlis tersebut A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan pak samad antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul Unggun Bersih.

“Soal siasat ini tidak bersebab dan bukanlah sesuatu yang munasabah. Tiada apa kesalahan yang dilakukan pak Samad selain daripada menyokong gerakan untuk sistem pilihan raya yang telus dan adil”
“Ini jelas menunjukkan polis telah menyalah gunakan kuasa untuk mengekang gerakan ini dengan taktik berniat jahat dan intimidasi,” jelas Fadiah kepada Keadilandaily.com.

Fadiah yang mewakili pertubuhan Lawyers For Liberty juga berkata,  beliau  kesal kerana banyak tangkapan dilakukan polis ke atas orang awam kerana memakai T Shirt Bersih, yang bukan merupakan satu kesalahan jenayah.“Ianya sama seperti memakai baju kuning. Adakah ianya juga menjadi satu kesalahan? Mereka bukannya mengancam keselamatan dan membuat huru-hara,” ujar beliau.
A Samad Said  akan hadir di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 2.30 petang ini untuk memberi keterangan.Turut dipanggil Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang diwakili oleh peguamnya, Pura Valen.KeadilanDaily

Iklan Penaja

DSAI Ulangi!! Petrol Boleh Di Turunkan..!!


Ikrar Anwar selepas tawan Putrajaya

KUBANG PASU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan menurunkan harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir, sering berlaku kenaikan harga minyak sedangkan negara ini adalah negara pengeksport minyak dan mempunyai sumber bahan mentah itu yang mencukupi.

“Atas nama kerajaan rakyat Malaysia dan dengan izin Allah SWT, dengan ini saya isytiharkan berkuat kuasa sekarang harga minyak di seluruh negeri diturunkan. Ikrar ini akan saya lafazkan selepas 24 jam memegang tampuk pemerintahan,” katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya dalam siri lawatan sehari ke daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap di Kedah, semalam.

Anwar berkata, itulah perkara pertama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam setelah berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu hanya mampu dicapai sekiranya jentera pilihan raya parti komponen PR kuat dan ‘menyerang’ parti lawan dengan bijaksana.

Menurutnya, walaupun dirinya dihimpit dugaan besar apabila dikaitkan dengan isu video seks, namun beliau nekad mahu terus bersama PR menuntut perubahan pentadbiran yang lebih adil di negara ini.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan terima ujian ini. Yang penting kita tumpu perhatian pada isu kebebasan dan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya.SinarHarian 


Iklan Penaja


SPR, BN Jangan Sombong..!!!

SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0, Kata Dr Haron Din

KUBANG PASU 27 JUN : Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya tidak sombong dalam menerima sebarang teguran serta pandangan rakyat berhubung sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini.

Malah katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Umno-BN perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan realiti sebenar persepsi rakyat terhadap mereka.

Paling mudah, Dr Haron mengulas mengenai Undi Pos yang sehingga kini dipertikaikan ketelusannya oleh banyak pihak. 

"Undang-undang pilihan raya pun tak adil. Kalau kita tanya mengapa ada Undi Pos, mereka kata sebab ada yang tak boleh mengundi, tak apalah. Bila tanya mengapa tak boleh buka dan bilang terus, mereka kata tak boleh sebab kena simpan di Pejabat SPR. Buat apa nak simpan? soalnya.

"Ada benda yang tak adil, sebab itu kita minta supaya mereka adil tetapi mengapa mereka tak beri. Bila ditanya sudahkah mereka melihat perbuatan ini baik atau buruk, mereka jawab baik. Baik bagaimana kalau begitu?," tegas beliau ketika berucap sempena sambutan 50 Tahun PAS Cawangan Kampung Kodiang lama di sini, kelmarin.

Dalam ucapan ringkas itu, turut mengingatkan semua pemimpin agar terus kekal dengan prinsip keadilan yang digenggam erat oleh agama Islam.

Katanya, kerana ketidakadilanlah rakyat mempersoalkan peranan kerajaan sehingga tercetusnya ketidakpuasan hati dikalangan rakyat hari ini.

Malah ujarnya, kerana ketidakadilan itu jugalah gabungan masyarakat sivil telah melancarkan himpunan raksaksa pada 9 Julai ini yakni Bersih 2.0 bagi meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Menurutnya lagi, keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu jelas menunjukkan bahawa ketidaktelusan sistem pilihan raya di negara ini di mana beliau tewas tipis dengan majoriti 300 undi tetapi mendapat lebih 500 undi rosak di peti undi tertentu.

Dr Haron Din yang bersaing Ismail Kassim yang juga merupakan adik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen Arau.

Justeru Haron mengutarakan hadis Nabi Muhammad S.A.W sebagai peringatan kepada pihak berkuasa yang pecah amanah dan menipu rakyat.

"Mana-mana pemerintah yang boleh menerima, membuat, memilih dan menolak undang-undang Islam mahupun barat. Muslim khasnya, kalau dia tipu rakyat, tak kesahla apa yang dibuat itu rasuah, tipu pilihan raya atau tipu senarai mengundi pilihan raya. Allah S.W.T akan haramkan mereka dari masuk syurga," kata beliauTVSNEWS

Ahad, Jun 26, 2011

Bongkar!! Tun Mamak (Dr M) Agen Yahudi..!!

INFO TERKINI IKLAN, BERITA DAN BISNES.: Bongkar!! Tun Mamak (Dr M) Agen Yahudi..!!: "The MIND!!!: Penyeludupan Zionis Ke Malaysia Kerja Mahathir citer APCO ni citer baru.....cuba tengok fakta2 ini.... 1968, Dr M suda..."

Iklan Penaja

Hasutan Hebat.!! Dari Khairul Anuar Supaya Anak Muda Turun 9 July Ini

Khairul Anuar: Rapat Anak Muda 13.0 AMK


Iklan Penaja

Pas 100% Tidak Percaya!! Dalam Video Seks Fitnah Itu DSAI..!!


Pas tidak terjejas


SHAH ALAM – Pas tetap bersama Pakatan Rakyat (PR) walaupun lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan 99.99 peratus menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, tidak timbul isu Pas akan mengkaji kedudukan dalam PR kerana perjuangan parti itu bersama rakan sekutu yang lain masih belum selesai.

“(Video seks itu) tidak langsung menjejaskan hubungan kami dalam PR kerana pendirian kami jelas bahawa beliau (Anwar) tidak terlibat dalam isu membabitkan video seks.

“Ini kerana yang tulen hanya video dan bukannya individu (dalam video seks itu),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, isu video seks adalah masalah peribadi Anwar.

“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.

“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin diberitahu bahawa dua pakar anliasa pengecaman wajah dari Dartmouth College, Amerika Syarikat mengesahkan daripada kajian mereka bahawa lelaki dalam video itu 99.99 peratus menyerupai Anwar.

Trio Datuk T yang dianggotai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim didapati bersalah menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan 21 Mac lalu.

Mirip sahaja, bukan Anwar

SHAH ALAM - Pas menyangkal kenyataan laporan pakar pengecaman wajah yang menyebut pelaku dalam video seks sebagaimana didedahkan, mirip 99.99 peratus Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, teknik mengubah wajah menyerupai individu tertentu telah dipraktikkan dalam industri penerbitan filem.

“Mereka hanya kata 99.99 peratus mirip, tidak semestinya bermaksud memang itu Anwar.

“Watak Omar Mukhtar yang dilakonkan Anthony Quinn dalam filem Lion of The Desert juga menyerupai Omar Mukhtar sebenar. Jadi, apa nak dihairankan, semua teknik begini boleh digunakan untuk memerangkap seseorang,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun isu itu diberi liputan media di negara ini, ia tidak menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat malahan mampu melonjakkan nama ketua pembangkang itu.

“Ia akan melariskan lagi publisiti Anwar seperti pertambahan undi dalam program realiti televisyen, Maharaja Lawak.

"Bagi saya, ini adalah sebahagian daripada cerita lucu zaman moden,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebarang dokumen dikemukakan berhubung perkara itu malah ia sekadar kenyataan lisan daripada peguam.

“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.

“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.SinarHarian 

Polis Sial Ni..Anjing UmnoBN..!!!

Umno Perkudakan Polis Perangi Kempen Himpunan Bersih 2.0


KUBANG PASU 26 JUN : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan keras polis menahan rakyat yang memakai baju kuning termasuk t-shirt Bersih 2.0 sebagai kezaliman Umno yang memperkakaskan pihak berkuasa itu.


Menurut Anwar, Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut mahupun memerangi himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.
“Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan,” katanya mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0 semalam.


Jumaat lalu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ditahan kerana memakai baju 'Bersih 2.0' dan 'roadshow' himpunan yang sepatutnya berjalan di Uptown Shah Alam dihentikan.
Semalam hampir 70 aktivis termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar ditahan berikutan kempen ini.


28 ditahan di Ibu Pejabat Polis Ledang, 38 di Ibu Pejabat Polis Kepala Batas dan lima orang dilaporkan ditahan di Kapar.


Malah 'roadshow' Bersih 2.0 di Dewan Assam Jawa, Kuala Selangor semalam turut diganggu Polis.
Anwar yang ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dan Pejabat Keadilan Cabang Kubang Pasu petang semalam menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN.


“Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning, jual baju Bersih pun dianggap kesalahan,” katanyaTVSNEWS

Komen : Ayuh!!!! rakyat malaysia..melayu,cina,india dan lain2...kita turun beramai2 pada 9 july ni.... kita tengok polis anjing tangkap semua rakyat yang datang......

Iklan Penaja

Sabtu, Jun 25, 2011

PR Mahu Ambil Alih Teraju Negara.!!-DSAI


LENGGONG 25 JUN : Pakatan Rakyat (PR) perlu terus bergerak dengan yakin demi meraih sokongan rakyat dan seterusnya menyingkirkan Umno-Barisan Nasional (BN) dengan mengambilalih teraju kepimpinan negara.

Tindakan sebegitu perlu dilakukan demi memperbetulkan segala kepincangan yang dilakukan selama ini oleh Umno-BN yang telah berkuasa lebih 53 tahun lamanya.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR perlu memantapkan strategi di samping mendengar suara rakyat yang dahagakan perubahan.

“Saya menaruh harapan yang cukup besar.. jangan kita anggap susah. Selain Cina dan India, orang Melayu ada cabarannya. Kita kena buat kerja sikit bawa perubahan untuk kebaikan kita. Kena buat... jangan kita pertahankan yang ada (Umno-BN) dan kalau Allah takdirkan berlaku (menang PRU)…Insya-Allah,”kata Anwar ketika berucap dalam Ceramah Pakatan Rakyat di hadapan kira-kira 4,000 hadirin di sini malam tadi.

Menurut beliau, PR semakin hampir dengan sasaran yang ditetapkan bagi menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dan sekiranya sokongan rakyat terus kepada
gagasan itu, tidak mustahil kerajaan pemerintah akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Keyakinan itu sebelum ini disuarakan Anwar pada Konvensyen Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa PR hanya memerlukan lima peratus sahaja lagi sokongan rakyat untuk menakluk Putrajaya.   

Namun katanya, beliau juga yakin, Umno-BN akan menggunakan seluruh kekuatan dan cara untuk memberi gambaran yang buruk terhadap Pakatan Rakyat.

Jabatan kerajaan yang berada di bawah kawalannya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan digunakan sebaiknya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada
parti pemerintah.

“Tok Guru Nik Aziz misalnya sudah 20 tahun Menteri Besar, tanah dia tak ambil, balak tak ambil, kontrak tak ambil. Itu pun mereka (Umno) kata dia rasuah.

“Yang makan (rasuah) banyak-banyak ni… lepas semua. Yang komisyen kapal selam RM500 juta tak nampak,” katanya.

Menurut Anwar, PR sudah menunjukkan perubahan di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dengan memberikan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat.

Nasib dan ekonomi rakyat kian terbela dengan adanya inisiatif-inisiatif seperti dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Gusar dengan perubahan dan perkembangan ekonomi negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat, Umno-BN katanya terus menyerang dari pelbagai sudut termasuk mengaitkan keperibadian beliau dengan perbuatan tidak bermoral.

“Sebut pasal ambil tanah orang… tidak, ambil saham bumiputera…tidak, ambil balak…tidak.. maka dia selak kain. Ini politik selak kain kerana mereka tidak ada cara lain,” katanya.

Oleh yang demikian kata Anwar, rakyat perlu memberikan sokongan kepada PR bagi mengambilalih pentadbiran negara daripada Umno-BN kerana apa yang berlaku ketika ini ialah yang kaya terus kaya apabila kerajaan mengambil sikap mengagihkan kekayaan negara kepada kroni-kroni mereka sahaja.

Ekoran daripada itu katanya, masalah rasuah semakin berleluasa dan perkara itu perlu ditangani supaya tidak menjadi semakin parah.TVSNEWS


Iklan Penaja

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.MalaysiaKini

Peguam Wakili Rahim Ada Agenda Politik..!!(video)

TVSelangor09 24062011 Peguam Wakili Rahim Ada Agenda Politik - AMK


Iklan Penaja

Kah kah kah..Kesian Dato T kena dakwa...Bukti kamu ni golongan orang2 yang jahat..!!!

INFO TERKINI IKLAN, BERITA DAN BISNES.: Kah kah kah..Kesian Dato T kena dakwa...Bukti kamu...: "Kah kah kah... Walauapa pun fakta apa pun kamu beri...kami rakyat malaysia tidak akan percaya dengan kamu....!!!!! Kami mahu Pakatan Rakyat ..."

Iklan Penaja

Ceramah Terkini!! Azmin Ali (video)

Azmin Ali: Hanya Di Malaysia, Bomoh Digunakan untuk Menetapkan Tarikh Pi.






Iklan Penaja

Lakaran DSAI di penjara dalam buku baru Zunar


Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menerbitkan buku terbaru, yang antaranya memuatkan lakaran wajahnya sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkiflee, kerja seni "istimewa" dari koleksi peribadinya itu dilukis ketua pembangkang ketika merengkok dalam penjara Sungai Buloh pada Ogos 2001.

NONE"Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat 'cartoonology' iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974," katanya.

Buku tersebut, Even My Pen Has a Stand (Hatta pen saya punya pendirian) merupakan buku keempatnya terbitan Kinibooks, anak syarikat kumpulan Malaysiakini.

Sebelum ini dengan syarikat yang sama, beliau menerbitkan Cartoons On Tun… and Others (2005), 1Funny Malaysia (2009) dan "Cartoon-O-Phobia (2010)."

Koleksi kartu politik dalam buku terbaru ini pernah disiarkan dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan dalam laman web antarabangsa Cartoonmovement.com.

NONETurut dimuatkan kali ini kartunnya yang dilukis ketika berada dalam lokap polis pada 24 September tahun lalu berikutan penerbitan buku Cartoon-O-Phobia, tambah Zunar.

Dalam kenyatannya semalam, Zunar berkata Even My Pen Has a Stand dipilih sebagai tajuk untuk menegaskan pendiriannya yang "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir" selepas ditangkap dan diugut.

'Saya ditangkap lagi'

"Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat," katanya.

Justeru, tidak hairan, isu-isu utama yang disentuh dalam buku itu berkaitan Altantuya Shaariibu, isu Scorpene, perdana menteri dan isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, isu perkauman, kebangkitan rakyat Mesir, 'FLOM' dan pilihan raya Sarawak.

NONESebelum ini enam buku Zuhar diharamkan.

Buku-buku itu Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun 1, Isu Dalam Kartun 2 dan Isu Dalam Kartun 3.

"Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi (saya) ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamadun," katanya.

Katanya, tangkapan dan ugutan terhadap kartunis Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke-19 adalah perkara biasa, tetapi dalam dunia moden sekarang, kartunis editorial diiktiraf sebagai ejen demokrasi.

NONE"Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!" katanya.

Buku baru itu setebal 104 muka warna penuh dan boleh turut diberi dalam talian dengan harga RM25.00 senaskhah.

Ia dijadual dilancarkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada 2 Julai depan.MalaysiaKini

Iklan Penaja

Bersih 2.0 : Haram..!! Pihak Polis@Perserta Membuat Provokasi..!!


SHAH ALAM: 23 Jun: Adalah haram bagi mana-mana pihak, tidak kira peserta demonstrasi ataupun polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Oleh itu, kata beliau, sesiapa yang mahu menyertai demonstrasi seperti Bersih 2.0 hendaklah berazam tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, mencederakan sesiapa, dan memaki hamun.

Sebaliknya, kata Dr Asri, mereka harus melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati dengan cara yang aman.

“Pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan, katanya.

Dr Asri berkata, sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.
“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan,” katanya.

Beliau berhujah demikian dalam kolumnya di portal Malaysiakini hari ini berhubung isu perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai depan.
“Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh
Perlembagaan.

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya,’ kata Dr Asri lagi.

Bagaimanapun beliau bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkan perhimpunan itu dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum, “sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya”.

“Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.
“Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan,” kata beliau.

Sehubungan itu, Dr Asri berkata, SPR hendaklah menunaikan tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turun ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman,” kata beliau.

Bagaimanapun beliau menegaskan memelihara keamanan adalah syarat utama keharusan mengadakan demonstrasi, “jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak”.

Beliau mengemukakan hujah bahawa demonstrasi jalanan ini pernah berlaku di zaman Rasulullah.

Katanya, Nabi Mohammad s.a.w. pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya membuat bantahan di jalan.

“Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

“Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”.

“Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

“Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”.

Hadis berkenaan, kata Dr Asri, diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih.TVSNEWS

Iklan Penaja


Khamis, Jun 23, 2011

Halang Bersih: Najib Peralat Suara Esktrim – DSAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperalat suara ekstrim untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan, kata  Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Anwar, kumpulan itu yang dilindungi kerajaan dan Umno, bertujuan menghalang usaha yang dilakukan NGO itu bagi menuntut pilihan raya yang lebih bebas dan adil.

“Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrim yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih.

“Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai,” katanya.
Beliau mengulas ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wartawan yang menerima ancaman berhubung perhimpunan berkenaan.

“Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong inisiatif Bersih mengadakan himpunan secara aman supaya rakyat disedarkan agar wujud perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini,” kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan parlimen hari ini.

Merujuk jawapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan sistem biometrik, Anwar berkata ia bercanggah dengan jawapan yang diberikan menteri di parlimen.“Jawapan Menteri berbeza dengan kenyataan SPR. Pengerusi SPR kata ia (sistem biometrik) telah dijalankan. Menteri kata ia sedang diteliti dan akan dirujuk kepada jemaah Menteri.“Persoalannya, siapa yang minta sistem biometrik ini?,” soal Anwar.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tuntuan Bersih 1 yang masih tidak dilaksanakan, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar undi,  tempoh kempen yang saksama dan status ‘care taker goverment’Katanya, Pilihan Raya Negeri Sarawak yang menelan kos sebanyak RM1.18 bilion merupakan bukti jelas penyelewengan jentera kerajaan, selain sekatan terhadap media oleh Barisan Nasional.

“Kita membuktikan rasuah dan penyelewengan. Kenapa SPR diam apabila kerajaan pusat membelanjakan RM 1.18 bilion. Kita telah senaraikan apa yang dimaksudkan melalui memorandum dan bukti-bukti. Mana SPR?” soalnya.KeadilanDaily

SPR..!!! Perkakas Umno-BN - DSAI


KUALA LUMPUR 23 JUN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja gagal mempamerkan kredibiliti sebagai agensi berkecuali malah dilihat semakin cenderung menjadi perkakas kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ini kerana menurut beliau cadangan yang diajukan Pakatan Rakyat bagi merombak beberapa polisi dalam pilihan raya ditolak sepenuhnya dengan alasan luar bidang kuasa agensi itu.


Justeru Anwar mengulangi pendirian bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti sebagai insiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpuan secara aman.
Katanya program itu memberi ruang kepada rakyat untuk menyedari bahawasanya perubahan perlu dilakukan dalam sistem pilihan raya sepertimana yang berlaku padaPilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"Kempen negeri Sarawak, SPR diam walaupun diakui kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM1.18 bilion daripada kerajaan Persekutuan. Katakan, setengah bilion kerajaan negeri dan setengah bilion kerajaan BN."Mana SPR, mana kebebasan media, mana laporan penipuan dari segi pendaftaran pengundi yang pernah kita bangkitkan dahulu melalui memorandum yang dibangkitkan oleh PR dan Bersih?" soal beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 yang diketuai oleh bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevesan termasuk gabungan beberapa buah NGO seluruh negara.
Pada hari yang sama Pemuda Umno dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) turut akan mengadakan demostrasi jalanan bagi menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Umno-BN.

Anwar kemudian berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak yakin akan kewibawaan SPR setelah beberapa siri pendedahan dan rasuah dikenalpasti namun agensi itu gagal bertindak.
"Ini SPR kata bukan bidang kuasa mereka. Bidang kuasa dia hanya untuk ikut arahan pimpinan Umno-BN."Ugutan yang dibuat pelbagai pihak termasuk polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Perkasa menghina usaha murni tersebut dan menghina etnik Cina. Ini kita anggap keterlaluan dan jelas pentadbiran Najib nampak membiarkan perkara ini tanpa sebarang teguran," ujar beliau lagi.

Terbaru Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa daftar pemilih SPR menunjukkan wujudnya pengundi hantu di rumah yang didiami ibunya sendiri.
Dalam perkembangan lain Anwar berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan ekonomi lebih serius dengan wakil-wakil syarikat, badan bukan kerajaan dan pakar ekonomi pada bulan hadapan bagi membincangkan isu kesan gaji minima kepada paras gaji dan masalah tenaga kerja berhadapan dengan tekanan kenaikan harga barang.

Perkara lain yang turut dimuatkan termasuk kekangan kos tenaga kepada ekonomi Malaysia, langkah praktikal berdepan dengan prospek harga minyak yang tinggi serta reformasi pendidikan tinggi dan ekonomi dan merungkai permasalah tenaga kerja dan mutuTVSNEWS

Iklan Penaja

Majlis Peguam Pun Sokong Himpunan 9 Julai

 Majlis Peguam berkata kebebasan berhimpun adalah hak yang perlu bagi sesebuah demokrasi. Justeru, badan itu menyokong ketiga-tiga kumpulan yang bercadang mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.

NONEPengerusinya Lim Chee Wee berkata kebebasan berhimpun dijamin mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan pihak berkuasa mesti mengambil-kira perkara itu.

Katanya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak sepatutnya menyekat perhimpunan dan mengingatkannya bahawa arwah datuknya, Datuk Onn Jaafar juga pernah turun ke jalanan atas nama demokrasi.

"Perlu diingatkan bahawa Umno yang diketuai oleh Onn Jaafar, yang ketika itu presiden Umno, yang adalah datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, pernah memimpin rakyat turun ke jalanan bagi memprotes pembentukkan Malayan Union.

“Begitu juga dengan pemimpin Umno lain yang juga pernah turun ke jalanan, sebagai contoh menuntut kemerdekaan dan juga menyokong perjuangan Palestin,” katanya.

Lim berkata perhimpunan awam adalah sebahagian daripada sejarah negara sama ada bagi membantah ketidak-adilan seperti yang diami dengan sistem pilihan raya sekarang ini.

“Mereka yang kata protes jalanan bukan sebahagian daripada budaya kita jelas adalah jahil dengan sejarah negara kita yang kaya,” katanya pada sidang akhbar bagi mendesak kerajaan supaya menghormati perhimpunan yang bersih dan aman.MalaysiaKini

Panas Gila.!!!! Menteri Dan Pengarah Jawi Salah Guna Wang Zakat..!!


SPRM diminta siasat kos guaman menteri

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara diminta menyiasat isu wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) digunakan untuk membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes qazaf membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Jamil Khir, kos guaman bagi Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali juga digunakan daripada peruntukan yang sama.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, wang MAIWP tidak sepatutnya digunakan untuk membiayai urusan itu kerana ia hanya boleh disalurkan untuk kegunaan lapan asnaf yang layak.

“Mengikut kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat, sebanyak RM32,000 peruntukan MAIWP yang berupa wang zakat digunakan untuk tujuan itu. Saya mahu tanya, apakah seorang menteri dan pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang layak terima zakat? Sudah tentu tidak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Selain itu, kata Saifuddin, Che Mat yang juga Setiausaha MAIWP turut memohon dan meluluskan peruntukan itu atas namanya sendiri.

“Dari segi tata kelolanya, jelas salah. Dari segi undang-undang, yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta SPRM dan Ketua Audit Negara siasat perkara ini,” katanya.SinarHarian

Iklan Penaja

Himpunan Bersih 2.0 tidak salah - Dr Asri

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan. 




Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.

“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0  yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.
Menurut Asri (gambar), beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.

Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.

“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.TheMalaysiaInsider
 Iklan Penaja

Rabu, Jun 22, 2011

Bongkar!! Sidang Media DSAI Arah PAC Siasat 1MDB (video)

PAC told to probe suspicious 1MDB profits


Iklan Penaja