Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, April 18, 2011

Umno Lawan Umno....Panas!!!!

Ketua cawangan Umno bidas kepimpinan negeri

Umno cawangan Kg Mutiara yang mengadakan mesyuarat agung tahunannya di sebuah kedai kopi di Pulau Pinang semalam dengan kehadiran 22 daripada 357 anggotanya membidas kepimpinan negeri kerana mengabaikan ahli-ahlinya serta melayan mereka sebagai “anak tiri”.

NONEKetua cawangan itu, Rose Akhmar Ahmed dalam ucapannya penangguhannya berkata beliau kecewa dengan cara ahli parti dilayan sejak 2008. Dakwanya, cawangan itu juga tidak dijemput menghadiri sebarang program dan aktiviti anjuran Umno sejak tahun berkenaan.

Katanya pemimpin Umno cawangan Kg Mutiara termasuk dirinya tidak juga diumaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Pulau Pinang baru-baru ini, termasuk berucap kepada orang ramai di Balik Pulau.

"Kami rasa terpinggir dan tidak dihargai; tiada sesiapa yang menghubungi kami atau minta membincangkan isu dengan kami, walaupun kami telah menulis beberapa pucuk surat kepada mereka dan membuat salinan kepada perdana menteri,” kata Rose Akhmar.

"Jika pun mereka terlalu sibuk untuk baca surat-surat itu, mereka boleh serahkan tugas tersebut kepada pegawai-pegawai... kenapa tidak hiraukan kami seperti ini?” katanaya.

NONEDitanya sama ada beliau menyedari sebab tertentu ahli cawangan berkenaan dilayan sedemikian, Rose Akhmar berkata kemungkinannya adalah kerana beliau agak krtikal terhadap bekas ketua bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail (atas, berbaju merah). Cawangan Kg Mutiara terletak di bahagian itu.

Rose Akhmar menjadi tumpuan pada Ogos lalu apabila beliau membuat laporan polis di Butterworth mendakwa kepimpinan Umno Pulau Pinang gagal memaklumkan ahlinya mengenai AGM bahagian Bukit Bendera.MalaysiaKini

Komen Seorang Hamba Allah :
umno kg aku ni hahah aku tak kenal pun mamat ni, umno kg aku ni ramai adik beradik sj.. pendapat org lain depa rejact.. mat ismail pemecah belah org kampung..bolot projek masjid asal 1.2mil kos naik jd 4mil.. macam haram melayu macam ni.

1 ulasan:

  1. Umno tempat aku pun 2 x 5.Bila buat pemilihan
    siap bertumbuk.Bila bapak kalah anak datang
    tumbuk pemenang.Haru! haru!Pemimpin tak nak
    berubah memang patutlah sebab ada kepentingan tapi
    yang peliknya merekax dibawah tu tak ada akal ke
    nak berfikir.Dapat dua tiga ratus terus sanggup
    hidup susah selama lima tahun.Bila pemimpin beli
    kereta repair rumah merungut.Bila pemilihan pilih
    dia lagi sebab dapat dua tiga ratus.dah tu susah
    lima tahun lagi.merungut.bila pemilihan pilih dia lagi.so on so on and so on.Sebab tu aku
    berani cakap yang puakx ini jenis lembu depan
    mereka.Tahu apa yang peliknya.Mereka tak marah pun. MB mereka sendiri cakap Bengong,Bebal,
    Bahalul,Bodoh dalam dewan terkena pada orangx
    sendiri.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...