Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.
Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.
Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".
Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.
Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.
Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.
Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.
"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.
Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.
"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini.MalaysiaKini
Komen Seorang Hamba Allah :
Memang sial dah PRDM ni..mmg dh jadi anjing suruhan Najib betul...bila Najib merasuah makan dan berkempen tdk pulak polis2 barua ni menghalang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...