Oleh: anak_muar
"Maafkan saya jika tajuk diatas agak dilihat keterlaluan dan menakutkan khususnya pihak Pakatan Rakyat,namun itulah perkara yang perlu dibimbangkan oleh semua pejuang-pejuang PKR-PR tidak lupa juga khususnya ahli keluarga Anwar Ibrahim.Serangan demi serangan fitnah bertali arus terhadap Anwar sudah tidak terbendung lagi oleh pihak yang memusuhi beliau.
Segala macam fitnah telah dihamburkan kepada Anwar Ibrahim selama ini namun pejuang keadilan dan perubahan Istimewa ini tidak pernah gentar dan mengalah akan bencana fitnah yang terus menerus menimpa beliau.Anwar telah difitnah dengan puluhan tuduhan yang pelbagai tajuk dan kategori namun semua itu kelihatan gagal menghalang dan melemahkan semangat Anwar sebaliknya beliau kelihatan lebih bersemangat dan berani untuk terus berjuangan melakukan perubahan terhadap negara walaupun ancaman terhadap beliau dilihat sudah hampir kepada mengancam nyawanya sendiri.
Namun baru-baru ini Anwar telah menyatakan sekali lagi bahawa hidup matinya bukan ditentukan oleh politik tetapi di tangan Allah SWT.Beliau menyerahkan untung nasib hidupnya kepada Allah SWT.Itulah kehebatan dan keberanian insan yang telah teruji dan terus diuji iaitu Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun keadaan terkini dilihat semakin membimbangkan apabila mendapati pihak yang amat memusuhi Anwar sudah mula melakukan serangan fitnah tanpa belas kasihan lagi.
Pihak musuh menggunakan segala macam cara bagi mematikan karier politik Anwar.Jika segala usaha dan strategi dalam mengekang kebangkitan Anwar dilihat masih gagal dan tidak berkesan maka tiada lagi jalan akhir selain menghentikan hayat Anwar.Mungkin orang lain sudah lama mati diserang penyakit jantung atau barah otak kalau hidup berterusan dengan fitnah dan ancaman namun ia sedikit tidak menjejaskan Anwar malah masih terus tersenyum dan tetap tenang.Ini yang membuatkan pihak musuh sudah mati akal dan bingung dengan ketahanan yang ada pada diri Anwar.
Pendek kata,bagi pihak musuh menghentikan Anwar adalah bermakna mematikan nadi perjuangan PR.Pihak musuh tidak gentar dengan PAS,DAP mahupun PKR yang mereka gentar dan takutkan adalah batang tubuh Anwar Ibrahim sahaja.Pihak musuh Anwar sudah bermasalah besar sejak 13 tahun lalu dengan beliau.Mereka sudah tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan Anwar dalam tempoh 1 atau 2 tahun ini.Maka tunggu dan lihat sahaja babak dasyat buat Anwar selepas ini.Siapakah sebenarnya musuh Anwar? Saya pon masih bingung dengan diri sendiri dan keadaan sekarang.. bersambung...Sumber : SINI
Agen DSAI, anda masih buta dan tuli. Banyak petunjuk telah di beri Allah berkat sembahyang hajat mega yang kamu lakukan sendiri. DSAI you are checkmate !
BalasPadamTanpa Nama 14april2011 11:38......siapa yang buta dan siapa yang tuli. Petunjuk apa yang kamu kata..tolong sebut..adakah petunjuk video seks yang direka oleh puak celaka umno?
BalasPadamKesian dengan orang ini...antara hak dan batil dak tak dapat nak beza..mudah-mudahan mendapat petunjuk dan hidayah.
jangan marah2 agen, jalankan saja tugas anda. duit masyukkkk ... mana ada agen didunia ni yg tak bergaji, semua digaji, dapat komisen bonos tahunan lagi. kalau anda berjaya jalankan tugas dengan cemerlang mengikut skrip yg diberi, pasti imbuhan lagi besar menanti! cayalah ...
BalasPadamsemuga Allah melindungi anwar dan keluarga dari segala bahaya . moga allah panjangkan umur beliau dan semoga segala berkesudahan dgn baik spt perjalanan hidup nabi yusof a.s....dapat memerintah negara setelah melalui ujian getir dalam hidup....itulah semangat seorang pejuang tulen
BalasPadamSalam. Cuba teliti dan kajilah dari sudut fakta tentang apa yang dah berlaku pada saudara Anwar. Lihatlah dari mata hati (akal yang waras berpandukan pada paksi iman). Ambillah segala bentuk pandangan dari semua pihak. Kalau kebenaran dan keredhaan Tuhan yang dicari. Pastinya saudara/i akan melihat kebenaran. Pastinya saudara/i akan merindui beliau bila apa yang menjadi tajuk di atas benar - benar berlaku.
BalasPadamtulislah apa2 yg anda mahu tentang pemimpin pujaan anda, tak siapa yg boleh menghalang.
BalasPadamtapi minta maaf kalau dikatakan, untuk membandingkan Nabi Yusof as. dengan anwar adalah seperti bidalan Melayu "jauh panggang dari api", malah terlalu lebih jauh dari itu.
takkan sama 'manusia pilihan Tuhan' dengan manusia yg diangkat oleh manusia lain sebagai 'anugerah Tuhan', walau apa hujah yg diberi bagi yg mengerti tetap tidak akan dapat menerimanya walau sesaat pun.