Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Mac 01, 2011

Husam Musa Cabar Tun M Debat!! Ada Berani Ke???

Sedia debat Tun Mahathir

KOTA BHARU - Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa sedia berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai apa yang dikatakan isu pengkhianatan terhadap bangsa Melayu oleh UMNO.

Husam berkata, sebagai orang Melayu yang dilahirkan di Kelantan, beliau memahami terdapat banyak hak oleh orang Melayu negeri ini yang dinafikan oleh bekas Perdana Menteri itu sepanjang tempoh pemerintahannya selama 22 tahun.

“Pendaratan minyak dan gas Kelantan ke Songkhla dilakukan secara sengaja untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja faedah daripada sumber minyak dan gas itu,” katanya dipetik daripada entri blog rasminya, semalam.

Husam berkata, apabila hak rakyat Kelantan yang 95 peratus daripadanya adalah orang Melayu dinafikan, ini bermakna kerajaan Dr Mahathir juga mengkhianati bangsa Melayu.

Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan sekali gus menyebabkan kuasa UMNO tergugat.

“Ketika itulah kerajaan mengubah sempadan pilihan raya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan ‘ketuanan Melayu’ terancam. Angkara siapa? Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun,”katanya.SinarHaraian

Komen : Jangan harap Tun (M) nak debat.....Dah lupa ingatan.....Sebenarnya Tun M bapak pengkianat kepada orang melayu.. setuju dengan Dato Husam Musa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...