Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Mac 12, 2011

Anwar: Hanya calon berwibawa untuk Sarawak

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan ketua parti itu di Sarawak, Baru Bian untuk memilih hanya calon-calon yang berintegriti tinggi pada pilihan raya negeri yang bakal menjelang.

Pada ucapannya yang bersemangat pada konvensyen PKR di Batu Kawah, berhampiran Kuching, Anwar berikrar akan menolak calon yang tidak berwibawa.

NONEKatanya, pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah kebolehan mereka memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

"Isunya bukan Cina, India, Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia, melantik orang yang berwibawa yang tidak curi wang rakyat," katanya.

Katanya, tugas pemimpin bukan mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus tetapi adalah melaksanakan agenda membela rakyat.

"Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini," katanya.

Anwar berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri itu salah satu penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat.

azlan"Sebab itu, masa dia (Lim Guan Eng) ambil alih Pulau Pinang, (kewangan negeri) itu defisit, kerugian negeri dari segi pendapatan sejumlah RM1 billion, dua tahun dia urus Pulau Pinang, pendapatan hasil Pulau Pinang ada lebihan RM2 billion ringgit," katanya.

Tambahnya, sebuah lagi negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, kira-kira RM700 juta telah diperuntukkan kepada rakyat negeri berkenaan dalam program-program yang telah disediakan, tetapi masih lagi mempunyai lebihan pendapatan.

"Di Selangor macam mana boleh buat? Pendapatan bertambah, jumlah yang curah pada rakyat ini ratus juta ringgit, setakat sekarang ini kira-kira berjumlah RM 00 juta (dalam program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain) tapi pendapatan bertambah, lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di Malaysia masih Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Konvensyen ini menyaksikan lebih 500 orang hadir dengan keadan penuh sesak.

Turut serta dalam konvensyen itu, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pemimpin Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat.MalaysiaKini

Komen : Setuju dengan DSAI kerana memberi kepada pemimpin dari sarawak untuk membuat pilihan dalam memilih bakal calon untuk PRN sarawak....diharapkan rakyat sarawak akan memberi sokongan yang padu kepada pakatan rakyat....

3 ulasan:

  1. SEBAGAI ANAK JATI SARAWAK, DI DALAM NALURI SAYA BOLEH MEMBAYANGKAN PERALIHAN KUASA AKAN BERLAKU DI SARAWAK. SAYA MEMBAYANGKAN KALAULAH NEGERI ITU DITADBIR DENGAN TELUS PASTINYA RAKYAT SANGAT SUKA. SEMOGA KEMPIMPINAN DISANA MENGAMBIL BERAT DENGAN INTEGERITI CALON, CONTOH DIPILIHANRAYA YANG LEPAS ADA CALON YANG BOLEH DIBELI SEHINGGA WUJUDNYA TANPA BERTANDING DI SAAT AKHIR. TOLONG JANGAN LETAK CALON YANG ORANG TEMPATAN MEMANG SUDAH TAK SUKA NANTI PARTI YANG MENANGGUNG NYA.

    BalasPadam
  2. bn msh kuat lg di sarawak...pakatan kena kerja kuat lagi

    BalasPadam
  3. Rakyat sarawak dan pakatan perlu bergabung tenaga untuk tumbangkan KM...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...