Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Februari 07, 2011

Najib dan umnoBN akan berkubur!!!! Di Selangor!!

Kaedah Umno di Perak tak berjaya di Selangor
KUALA LUMPUR, 7 Feb: “Apakah tindakan ini merupakan fasa kedua dalam usaha BN merampas balik Negeri Selangor?” tanya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Kita tahu bahawa semenjak Najib menjadi Pengerusi Umno Selangor, maka tindakan-tindakan biadap membelakangkan kerajaan negeri dan Sultan sendiri semakin menjadi-jadi,” tulis Khalid di dalam blognya.
Katanya, perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri diusahakan dengan begitu bersungguh-sungguh dan semestinya ada perancangan durjana di sebaliknya.

Menurutnya, bukan sekadar untuk menempelak kerajaan negeri dan Sultan, tetapi semestinya ada perancangan yang lebih dari itu.

Tambahnya, tindakan terbaru ekoran krisis perlembagaan melihat bagaimana Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie pula diarah melapor diri ke balai polis pada hari Khamis untuk terus didakwa pada hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ianya satu tindakan yang begitu laju dan cepat tidak seperti kebiasaan di Malaysia.

Katanya, pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas Shuhaimi adalah tuduhan menghasut yang sekiranya didapati bersalah boleh membawa hukuman penjara dan/atau denda yang memungkinkan kerusinya terpaksa dikosongkan.

Ianya, kata beliau bermula dari tulisan Shuhaimi di blognya yang mana, sekiranya dibaca, jauh lebih ‘kecil’ isunya dibandingkan dengan apa yang pernah dinyatakan dan dilakukan oleh Umno terhadap institusi Sultan Melayu di beberapa negeri sebelum ini.

“Tidak perlu saya ulangi tindakan pemimpin Umno yang telah menjadi pengetahuan umum semenjak sidang Dun Selangor yang lalu.

“Namun apa yang ingin saya timbulkan ialah persoalan perancangan jahat pihak Umno BN yang sentiasa berusaha untuk menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan selain dari mereka,” ujarnya.

Mereka, ujarnya menggunakan segala agensi kerajaan untuk menggagalkan kerajaan PR pilihan rakyat seperti pernah mereka lakukan di Perak.

Dewasa ini, katanya seolah-olah perkara yang sama sedang mereka lakukan di Selangor dan melalui kaedah yang seakan-akan serupa.

“Persoalannya, adakah perancangan jahat yang sama sedang diaturkan oleh Umno BN untuk Negeri Selangor?” soalnya.

Setelah menghalang pengembalian kuasa dan peranan Sultan dan Menteri Besar dan seterusnya melantik SUK pilihan mereka, maka soalnya lagi adakah ini merupakan fasa kedua perancangan jahat BN untuk menjatuhkan kerajaan PR di Selangor.

“Kita yakin, insya Allah bahawa kaedah yang digunakan mereka di Perak tidak akan berjaya di Selangor,” tegasnya.

Malahan, katanya tindakan itu akan menyebabkan rakyat Selangor semakin menolak Umno dan BN kerana mereka menyedari kejahatan tindakan Umno dan BN dalam peristiwa seperti ini.

“Kita juga yakin bahawa YB-YB kita di Selangor tidak akan dapat dibeli atau ditipu semudah itu, lebih-lebih lagi apabila mereka semua menyedari betapa rakyat telah berkorban untuk mempertahankan kemenangan PR di Selangor,” ujarnya lagi.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, Shuhaimi didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blognya pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Jika didapati bersalah, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.HarakahDaily

Komen : Umno ingat rakyat bodoh..... YB Khalid andalah perjuang yang tidak akan rakyat lupa.Najib dan umnoBN akan berkubur!!!! Rakyat sudah benci apa yang terjadi di negeri perak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...