Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Januari 16, 2011

Ubahlah Wahai!!!! Rakyat Malaysia Yang BijakSana

Rafizi : Naik Harga Minyak, Kerajaan Langgar Janji Kepada Rakyat


KUALA LUMPUR 16 JAN : Pengumuman rasionalisasi harga minyak, diesel, gas petroleum cecair LPG dan gula oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi atau PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala Disember tahun lalu melanggar dua janji besar kepada rakyat.

Pertama adalah janji reformasi sektor tenaga, terutamanya subsidi RM19 bilion  setiap tahun kepada penjana tenaga bebas atau IPP, dan kedua adalah janji tiada kenaikan harga minyak dan barangan asas selepas kenaikan siri pertama Julai tahun yang sama.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, berkata dua perkara ini menunjukkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak nekad melindungi kepentingan kroni sementara menghapuskan subsidi yang memberi impak kepada rakyat seluruhnya.

Pertikaiannya adalah Perdana Menteri Najib Razak enggan mengemukakan mekanisma penyelarasan subsidi kepada segmen masyarakat yang memerlukan, sebelum menguatkuasakan keputusan untuk menghapuskan subsidi bahan bakar.

"Apabila dalam usaha kita mengurang defisit itu, kenapa rakyat yang dihukum terlebih dahulu? kenapa perbelanjaan RM 15 bilion kepada rakyat yang perlu dipotong sedangkan banyak lagi perbelanjaan lain terutamanya yang diberi terus kepada syarikat swasta, ataupun perbelanjaan kerajaan yang meningkat tidak dikawal? perbelanjaan JPM contohnya RM21 bilion,kenapa tidak dipotong? kenapa kerajaan beri subsidi RM19 bilion kepada IPP dan industri elektrik, kenapa itu tidak dipotong? itu persoalan yang pertama," katanya.

Rafizi berkata demikian di Forum Mahasiswa Malaysia. Minyak: Asasi Yang Dilacur di ibu negara 14 Januari lepas. Beliau menjelaskan Najib dan Pemandu merancang menaikkan harga bahan bakar sebanyak 10 sen setiap enam bulan sehingga akhir tahun 2011.

"Pemandu mengumumkan rancangan untuk mengurangkan subsidi minyak dan LPG ini, iaitu untuk menaikkan 10 sen setiap enam bulan, terbaru adalah bulan 12 lalu. Kalau setiap enam bulan dinaikkan, menjelang akhir tahun 2011 harganya mencecah harga pasaran dan kerajaan tidak perlu bagi subsidi satu sen pun pada rakyat," katanya.

Rafizi dalam hujahnya meminta mahasiswa supaya menilai isu kenaikan harga minyak dari perspektif ekonomi yang luas.

Beliau akur bahawa manipulasi kos minyak memberi kesan buruk pada ekonomi, namun kerajaan bertanggungjawab memberi bantuan kepada segmen masyarakat yang paling terkesan dengan kos kehidupan yang semakin menekan.

Ini kerana kemelut hari ini berpunca dari amalan urustadbir ekonomi yang goyah dan boros.

"Kita tidak boleh bercakap tentang kenaikan harga minyak, tanpa berbincang mengenai kedudukan ekonomi negara. Ekonomi parah kerana kita berhutang banyak. Kutipan cukai setiap tahun antara RM160 hingga RM170 bilion, sedangkan kerajaan berbelanja RM 200 hingga RM 210 bilion setiap tahun. Maknanya ada hutang RM40 bilion. Negara kita mengalami defisit 12 tahun berterusan adalah amat buruk untuk ekonomi. Tiap-tiap kalau kita takde duit lebih, dan asyik berhutang, maknanya lama-lama muflis lah," katanya.

Bagi Parti Keadilan Rakyat, subsidi bahan bakar adalah satu keistimewaan kepada golongan mewah, namun satu keperluan bagi isi rumah yang sekadar mampu mengisi keperluan harian.

Kajian mendapati kenaikan 5 sen untuk bahan bakar, 20 sen untuk gula dan LPG memberi impak kepada kehidupan 40 peratus dari isi rumah nasional.

Kumpulan ini bersamaan 8 juta orang, dan sekadar meraih RM1,500 sebulan. Dianggarkan 80 peratus dari pendapatan mereka digunakan untuk perbelanjaan asas seperti sewa rumah, makanan, sekolah anak-anak, pakaian dan tenaga.

"Kerajaan di Putrajaya, memotong bantuan terus kepada rakyat. Kategori pertama yang dipotong adalah bantuan bahan api seperti subsidi gas, petrol dan juga gas memasak iaitu LPG. Yang ini jumlahnya RM11 bilion setiap tahun. Subsidi kedua adalah subsidi makanan iaitu beras, gula dan gandum tak silap saya, yang jumlahnya RM4 bilion," katanya.TVSNEWS

Komen : Beginilah nasib rakyat di bawah kuasa umnoBN!!! Kepada Rakyat malaysia khasnya yang masih lagi beri sokongan kepada UmnoBN, marilah pakat ubah dan beri sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 untuk kebaikan generasi masa depan.... Kepada pengundi tenang beri signal kemenangan kepada PR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...