Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Januari 19, 2011

Taniah!! dan Syabas kepada cikgu Mala

Normala tidak gentar

SENAI – Pas optimis mampu memberi kejutan pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 30 Januari depan walau siapa pun calon yang diumumkan Barisan Nasional (BN) hari ini.

Keyakinan itu disuarakan calon Pas, Normala Sudirman yang yakin akan ‘angin’ perubahan dalam undian penduduk di situ.

“Kita sudah maklum dan sinonim politik di Malaysia yang menyatakan bahawa Johor dikatakan kubu kuat Barisan Nasional dan itu adalah persepsi lama. Insya Allah pada PRK DUN Tenang ini, saya yakin pengundi akan buat perubahan.

“Kita menghormati kenyataan yang dibuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kita jadikan itu sebagai satu usaha yang lebih kuat dan tidak mengambilnya sambil lewa sekali gus berazam berusaha memenangi dengan momentum yang lebih optimis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Normala yakin angin perubahan telah berlaku dengan respons positif yang diterima beliau sewaktu menemui kaum Tiong Hua di Tenang untuk memberi buah limau Mandarin sempena perayaan Tahun Baru Cina awal Februari depan.

Ditanya mengenai pertembungan dua guru seperti yang diuar-uarkan media, Normala menganggapnya sebagai pengiktirafan kepada pendidik kerana golongan itu juga pernah menjadi pejuang dalam mencapai kemerdekaan.

“Saya tidak gentar malah sambut baik siapa pun calon yang akan diumumkan pihak satu lagi. Saya percaya dengan pertolongan Allah, kejayaan akan jadi milik saya.

Sementara itu, sokongan suami Normala, Makrof Abd Mutalib, anak-anak dan keluarga serta sanak-saudaranya juga menjadi penguat semangat beliau.

Makrof ketika ditemui :Sinar Harian: berkata, ini satu tanggungjawab besar untuk isterinya namun beliau yakin Normala mampu menjalankan amanah serta kepercayaan yang diberikan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) .

“Sebagai suami, saya tidak menghalangnya dan akan membantunya dari pelbagai segi,” katanya.SinarHarian

Komen : Taniah!! dan Syabas kepada cikgu Mala, Kami pasti dengan kerja yang baik dan kuat kemenangan milik Pakatan Rakyat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...