Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Disember 13, 2010

Tian Chua: Kaji Balik Hubungan Dengan Singapura


SHAH ALAM 12 DIS: Naib Presiden PKR, Tian Chua menggesa Putrajaya merungkai balik hubungannya dengan Singapura selepas polis dan kepimpinan republik itu menghina kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dan pembangkang dengan pelbagai tuduhan melulu dan tanpa bukti.

Tian berkata pendedahan Wikileaks yang mendedahan pemimpin Singapura mencemuh Datuk Seri Najib dan membuat dakwaan tidak berasas terhadap Anwar menyerlahkan sikap sebenar negara jiran itu terhadap Malaysia.

"Wwikileaks bukan dedah tentang Anwar. Wikileaks mendedahkan pandangan Singapura terhadap Malaysia. Isu Anwar satu hal, tapi yang lebih saya rasa marah
adalah pendedahan ini menunjukkan jiran kita Singapura yang kerajaan Malaysia anggap sebagai 'kawan baik', dan kita bagi tanah KTM kepada mereka, jiran kita
telah menyebarkan maklumat palsu dan pandangan negatif kepada dunia," kata Ahli Parlimen Batu.

Tian berkata beliau terkejut dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh polis dan pemimpin Singapura mengenai pemimpin politik Malaysia dalam Umno-BN
mahupun pembangkang.

"Dalam kes ini umum tahu apa yang didedahkan dalam wikileaks ialah "diplomat Singapura telah memberi secara konsisten banyak berita mereka yang negatif
terhadap pemimpin-pemimpin Malaysia termasuk pemimpin BN dan pembangkang. Ini tindakan yang tidak sopan dan sangat menghina kepada negara jiran.

"Kalau kita lihat mereka bukan saja menyatakan Malaysia ini huru hara, kurang cekap dalam pentadbiran disebabkan pemimpin kita tak pandai. Ini bagi saya
telah menginsafkan semua pemimpin baik kerajaan mahupun pembangkang," jelasnya.

Tian berkata tindakan pemimpin Singapura untuk membuat kenyataan melulu terhadap Anwar dibuat tanpa bersandarkan bukti, dan hanya menyerlahkan keangkuhan negara itu yang sering dikritik kerana mempunyai sistem kehakiman yang condong kepada kerajaan.

Dalam isu Anwar, Singapura menuduh bahawa "pemimpin BN telah menyediakan satu perangkap yang menyatakan mereka (BN) punya niat jahat untuk perangkap Anwar dan menuduh Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

"Saya anggap ini datang dari seorang pemimpin negara tanpa melalui apa-apa verifikasi atau tanpa menyiasat secara betul, tetapi disampaikan maklumat ini
kepada sebuah negara yang lain. Ini menunjukkan betapa angkuh sikap pemimpin Singapura," katanya lagi.

Tian berkata Singapura harus menjelaskan kenyataannya itu dan yang lebih penting memohon maaf atas tindakan itu sambil menuntut Singapura mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk kerajaan Malaysia.TVSNEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...