Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Disember 25, 2010

Pakatan Rakyat Perlu Bangkit!!! Dengan Buku Jingga Di Tenang.

Pakatan: SPR ‘tunduk’ desakan adakan pilihan raya kecil hari cuti

December 25, 2010
  KUALA LUMPUR, 25 Dis — PAS mendakwa keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang pada hari cuti mingguan menunjukkan agensi itu “akhirnya tunduk” kepada gesaan Pakatan Rakyat selama ini.

Sambil menafikan pihaknya tidak berpuas hati dengan pemilihan hari penamaan calon dan pengundian itu kali ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tetap menyifatkan SPR “double standard” sepanjang pilihan raya kecil diadakan.
Hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang adalah pada 22 Januari iaitu hari Sabtu manakala pengundian, jika ada saingan, akan berlangsung 30 Januari yang jatuh pada hari Ahad.

“SPR memang double standard, itu semua orang tahu.
“Tapi akhirnya SPR tunduk kepada tuntutan yang Pakatan Rakyat buat selama ini yang mana kita mahu pilihan raya kecil diadakan pada cuti umum.

“Ini menunjukkan SPR telah tunduk kepada Pakatan Rakyat, ia juga menunjukkan SPR sudah mula mengamalkan demokrasi seperti mana yang sepatutnya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
PAS akan mewakili Pakatan Rakyat manakala Umno pula membawa cabaran Barisan Nasional di DUN Tenang kali ini.

PAS sedang menghalusi empat nama manakala Umno-BN pula tujuh.
SPR meramalkan peratusan keluar mengundi dalam lingkungan 80 peratus berbanding 74 peratus 8 Mac 2008.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.
Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008, malah ia juga yang pertama sejak pilihan raya kecil DUN Tambatan yang diadakan pada 1989.

DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis yang berjirankan kerusi Parlimen Pagoh yang bersempadankan kawasan Parlimen Pagoh di sebelah barat, Parlimen Sekijang di utara dan negeri Pahang di sebelah timur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, SPR yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sentiasa menyusahkan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat apabila pilihan raya kecil diadakan.

“Bila pilihan raya kecil diadakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, SPR akan menyusahkan pengundi apabila umumkan ia diadakan pada hari bekerja.

“Tapi bila ia diadakan di negeri Barisan Nasional (BN), SPR umumkan pada cuti umum pula. SPR sahaja nak menyusahkan Pakatan Rakyat,” katanya sambil merujuk dengan beberapa pilihan raya kecil yang telah diadakan sebelum ini termasuk di Bagan Pinang, Galas, Manek Urai dan Kuala Terengganu.
Harakahdaily pula memetik Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menyifatkan tindakan SPR menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, jelas memperlihatkan sikap “double standard” badan itu.

Beliau berkata, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada pilihan raya kecil DUN Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.

Katanya, apabila berdepan pilihan raya kecil di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07%).
Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.TheMalaysiaInsider

Komen :  SPR adalan cawangan umno yang kita semua tahu....Yang penting Pakatan Rakyat perlu turun berhabis-habisan memberi penerangan dan masa untuk menyerang balas.Kami pasti sekiranya maklumat tentang "buku jingga" Pakatan Rakyat sampai kepada pengundi, PR akan menang di Dun Tenang ini dan memberi tamparan hebat kepada umnobn.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...