Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Disember 14, 2010

Isu Wikileaks : Anwar Saman Akhbar, Dr Mahathir


KUALA LUMPUR 14 DIS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan Wikileaks.

Peguamnya, Sankara Nair berkata telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini.
                                                                
“Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.

“Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” kata Sankara kepada Malaysiakini.

Walaupun umum mengetahui Mahathir dan Lee sering tidak sependapat, namun ironinya dalam kes fitnah ke II ke atas Anwar, Mahathir kini bersetuju dengan kenyataan seterunya itu.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.

Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'" lapor portal itu lagi.

Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.TVSNEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...