Gantung: Ekonomi negara jahanam, Apco untung |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tindakan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara dan menguntungkan Apco Worldwide, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Katanya, Anwar (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah sebahagian dari Ahli Parlimen yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara. "Pasaran dan masyarakat perniagaan tempatan dan antarabangsa melihat sendiri bagaimana penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan," kata beliau. Menurut Mahfuz, perkara itu boleh mengakibatkan terancamnya rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini. "Jika penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan, ia boleh menyebabkan masyarakat perniagaan dan para pelabur dihantui kebimbangan bahawa mereka juga boleh dizalimi sedemikian dan perkara itu dengan sendirinya menghakis serta menjejaskan rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan tidak bertanggungjawab. Umno dan Barisan Nasional (BN), katanya, sanggup mensabotaj ekonomi negara semata-mata untuk memuaskan kehendak mereka. "Akhirnya, apabila ekonomi negara menghadapi krisis kepercayaan dan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa terhadap sistem keadilan negara ini jatuh merudum, Apco jugalah yang akan mendapat untung kononnya dengan melaksanakan usaha-usaha perhubungan awam dan komunikasi untuk memulihkan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa dan para pelabur," katanya. Mahfuz yakin, rakyat negara ini akhirnya akan sedar bahawa kebanyakan tindak-tanduk Umno BN akhirnya hanya menguntungkan firma Yahudi Zionis itu.HarakahDaily |
Komen : Setuju sangat dengan Datuk Mahfuz Omar.. ayuh turun bagi penerangan kepada rakyat malaysia di kampung2 khasnya orang2 melayu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...