Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, April 30, 2011

Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang  melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.
“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.
“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.
“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.
Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.KeadilanDaily

Komen :Puak umnobn ni... amat jahil tentang islam...nama je islam...!!

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Johor

 Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

1 Mei 2011 (Ahad)

Program 1
5.30 -6.30 ptg – Ucapan Penutup Konvensyen KeADILan Johor
Lokasi: Pulai Spring Resort, Jalan Pontian Lama, Kangkar, Pulai

Program 2
8.30 – 10.00 mlm – Perasmian Pejabat KeADILan Negeri Johor
Lokasi: Bandar Baru UDA, Jalan Skudai, Johor Bharu
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

Program 3
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia
Lokasi: Markaz PAS, Kampong Ulu Pulai, Ulu Choh, Gelang Patah
Penceramah:
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
YB Johari Abdul
YB Dr Boo Cheng Hau
YBhg Dato’ Dr Mahfoz Muhammad
YBhg Shmasul Iskandar Mohd Akin

Ayuh..!!!! Warga Johor Beri Sokongan Kepada DSAI..!!!

Sambungan Ceramah DSAI Ampang(video)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 2/4)




Ceramah Perdana DSAI Terkini Ampang(video)

Ceramah Perdana DSAI dan pimpinan PR di Ampang

Jumaat, April 29, 2011

Ni Hasilnya Bala!! Najib Jadi PM (video)

Masjid kecoh, Eskay batal sumpah laknat


Polis..!!! Sekongkol Dengan UmnoBN Apco Yahudi..!!!

Video seks: Polis sekongkol dengan BN, dakwa PKR

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

NONEPada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

NONERakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis “menari mengikut rentak parti pemerintah”.

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.

“Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

“Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR,” katanya.
Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.

Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.

NONEGambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.

Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.

Datuk T merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

azlanMereka menayangkan video itu pada 21 Mac kepada wartawan dan ahli politik terpilih, dengan mendakwa Anwar adalah pelaku dalamnya.

Gandingan itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.

Anwar membuat laporan polis terhadap Datuk T manakala Angkatan Muda Keadilan membuat pertuduhan qazaf terhadap tiga individu itu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Nik Nazmi berkata penyebaran video itu menerusi Internet dan risalah berbentuk lucah adalah cubaan terdesak Umno-BN yang cuba menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.MalaysiaKini

Komen Seorang Hamba Allah : 
Anwar antara manusia pelik @ ajaib di dunia... rambutnya, misai dan janggut buleh tumbuh dgn cepat dlm masa 12 jam sahaja...
21 Feb 2011 rambut pendek, tiada misai dan janggut.
dan
22 Feb 2011 rambut lebat, ada misai dan janggut.
He He He.

DSAI : Saya tak akan tunduk serangan Umno-BN

April 29, 2011
Anwar Ibrahim berkata dalam mana-mana arena politik tidak demokratik, wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 29 April — Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau “tunduk” kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.
“Dalam pemerintahan diktatorial yang tidak demokratik, mana-mana wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk,” katanya lagi.

“Anwar menjadi sasaran, tetapi jika Anwar meninggalkan pentas dan anda mendapat pemimpin baru, maka pemimpin ini akan diserang,” kata beliau dalam temu bual ini yang diadakan kelmarin, sehari sebelum rakaman video seks yang didakwa mirip beliau dimuat naik di laman YouTube.

Dalam temu bual eksklusif ini, Anwar menjelaskan meskipun serangan yang dihadapinya itu sangat “melukai hati” diri beliau dan juga keluarganya, usaha-usaha untuk menamatkan kerjaya politik bukan sesuatu yang baru.
“Ia (satu perbuatan) menghina maruah,” kata bapa kepada enam orang anak dan mempunyai dua cucu ini.
Bagaimanapun beliau menekankan, serangan-serangan itu memperkuatkan azamnya untuk terus menerajui Pakatan Rakyat.

“Jika saya berundur dan melepaskan (jawatan), ini bermakna kita tunduk kepada rekaan (politik) Umno... siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak? Parti-parti Pakatan Rakyat dan pengundi buat keputusan. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini,” kata Anwar.
Anwar dilihat sebagai pengikat kerjasama dan hubungn komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998 dan yang kedua satu dekad kemudian, di mana sama ada Ketua Umum PKR ini akan dipanggil bela diri atau dibebaskan akan ditentukan 16 Mei ini.
“Saya terus diserang, sejak tuduhan pertama pada 1998... ramai tidak dapat membayangkan yang mereka (Umno-BN) (sanggup) mengambil tindakan macam ini, tetapi ia bukan tuduhan yang baru, bukan?” kata bekas timbalan presiden Umno ini.

Anwar berkata, tindakan-tindakan ini, yang beliau sifatkan sebagai terdesak, bertujuan menghentikan usahanya mahu mewujudkan sebuah kerajaan bebas rasuah.
“Sebagai contoh, sebuah pasukan pihak berkuasa berasuah yang cuba mencemarkan anda, menghentikan kempen anda menentang rasuah... adakah anda akan menyerah diri? Itu penekanan saya. Anda perlu ada iltizam dan semangat dalam apa yang anda lakukan,” katanya lagi.

Sehari selepas temu bual ini, rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Anwar dimuat naik di YouTube, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

Anwar juga berkata beliau tidak mahu fokus perjalanan politiknya diganggu oleh penyebaran tuduhan video seks yang dipertontonkan pada 21 Mac lalu.
“Saya tidak mahu dialih pandangan dengan pendedahan video, ia didedahkan ketika dekat dengan pilihan raya Sarawak.

“Di Sarawak, saya berkempen selama 13 hari ketika serangan Umno begitu tinggi, menggunakan video... tetapi ia bukan pilihan untuk serah diri sekarang, bukan sekarang,” kata Anwar lagi.
“Saya perlu teruskan (perjuangan),” katanya lagi.

Keluarganya menurut Anwar lagi, adalah sumber kekuatan beliau sepanjang berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dan mereka sentiasa menyokongnya dalam keputusan seharian sebagai ahli politik.
“Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka,” katanya lagi.
“Azizah, anak-anak saya... meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri, mereka anak Anwar dan Azizah,” kata beliau dengan senyuman.TheMalaysiaInsider

Komen : Tahniah!!!! DSAI teruskan perjuangan jangan layan puak2 jahanam umno tu.....

Khamis, April 28, 2011

Media Umno Kena Belasah Teruk Oleh DSAI.

Anwar gives statement over sex video screening

Wahai!!!! Rakyat, Tukar Kerajaan Untuk Memerangi Rasuah!!!


Berpunca daripada pemimpin atasan

SHAH ALAM – Pas berpendapat satu-satunya cara untuk memerangi rasuah di negara ini dengan berkesan adalah menukar kerajaan sedia ada kerana gejala ini bermula dari peringkat atas kepimpinan negara.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pelbagai cara telah digunakan, seperti membelanjakan wang yang banyak serta masa yang panjang untuk membanteras rasuah, tetapi ia masih tidak mencukupi.

Menurutnya, seperti dalam banyak kajian sebelum ini, pakar-pakar merumuskan bahawa 45 peratus punca rasuah adalah daripada kepimpinan teratas, 35 peratus daripada sistem yang digunakan dan 25 peratus daripada orang ramai.

“(Adalah jelas) faktor terpenting kenapa terjadinya rasuah adalah kerana pemimpin itu sendiri melakukannya. Oleh itu perubahan mesti dibuat dari peringkat atasan.

“Dalam konteks Malaysia, satu-satunya cara memerangi rasuah adalah dengan menukar kerajaan sedia ada. Jika perkara ini tidak boleh dilakukan, jangan mimpi gejala rasuah ini boleh diselesaikan,” katanya.

Nizar menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi walaupun kerap disorak oleh hadirin yang tidak setuju hampir setiap kali beliau kaitkan politik dengan rasuah, tetapi ada kalanya beliau menerima tepukan dan suara-suara tanda sokong apabila beliau memberi contoh beberapa kes di beberapa tempat di negara ini yang beliau anggap sebagai rasuah.

Bekas Menteri Besar Perak itu juga bertegas jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya dipilih Parlimen, bukannya Perdana Menteri dan dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

Katanya, jika jawatan ini dipilih oleh Parlimen, maka profil individu bakal menjawat jawatan tersebut boleh diperiksa sepenuhnya untuk memastikan badan ini benar-benar bebas dan memuaskan hati semua pihak.

“Selepas Parlimen membuat keputusan memilih individu yang paling layak, barulah nama itu dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan, tetapi hari ini tidak begitu.

“Saya pernah duduk di dalam Majlis Raja-Raja. Mereka cuma perkenankan tanpa bertanya kenapa memilih individu tersebut,” katanya.

Menurutnya, semua jawatan penting seperti Ketua Polis Negara, Ketua Peguam Negara dan kesemua jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan perlu melalui cara ini.

Nizar, yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, turut memberi amaran kepada kerajaan supaya mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku di negara-negara Arab di mana rakyat bangkit menentang kerajaan yang penuh dengan rasuah.

“Apabila rakyat bangun menentang seperti yang berlaku di Timur Tengah, jangan pula kerajaan menyalahkan Pakatan Rakyat (PR). Jadi kita perlu ubah dari atas,” katanya.SinarHarian

Komen : Tahniah!!! YB Nizar.... Setuju 100% untuk menhapuskan rasuah di malaysia...umno mesti di hapuskan di bumi malaysia ini.....

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Jelajah Parlimen Ampang

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

29 April 2011 (Jumaat)
Program 1
8.30 – 12.00 Mlm -_Jamuan Makan / Ceramah Perdana
Lokasi – Dataran Belia Kampong Sungai Putih, Lembah Jaya Utara, Ampang
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Zuraida Kamaruddin
4. YB Tien Chua
5. YB Khasim Abdul Aziz

Program 2
9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana
Lokasi – Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Zuraida Kamaruddin
4. YB Tien Chua
5. YB Khasim Abdul Aziz

Ayuh!!!!!... Warga ampang beri sokongan kepada DSAI...!!!

Polis!!! Restui Fitnah Jahat Umno!!!! Panas!!

Video Fitnah: Polis restui blogger Umno-BN

 KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.
“Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,”

“Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?,” katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud ‘kerjasama’ di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.
“Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN,” ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim.

“Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya?
“Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan.

“Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan,” kata Surendran.KeadilanDaily

Komen : Woii Polis...!!! jelas sekali...... Anjing!!! umno yahudi..!!!!

Haram!! Baca Dan Beli Utusan..!!!

23 Jamadilawwal 1432H,

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.-Kd Sumber : SINI


Komen : Jom!!!! Rakyat Malaysia..... Jangan tonton, beli dan baca media kerajaan umno bn yang semakin terdesakkkk...!!!!1

Rabu, April 27, 2011

Panas!!!! Sah!!! Bukan DSAI Terima Kasih Kepada Yang Dedahkan Video Ini.!!

Ulasan GB

Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.

Lihat:



Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar.

Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim!


Sumber : SINI

Wooiii Polis!!!! Tangkap Segera!! individu, blogger sebar video fitnah ni..!!


AMK desak polis tangkap individu, blogger sebar video fitnah


CYBERJAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mendesak pihak polis mengambil tindakan segera terhadap individu dan blogger pro BN kerana menyebar video seks fitnah, yang dikaitkan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AMK menamakan pengguna youtube  ‘thepowercam’, blogger Pisau.net dan Papagomo, antara individu yang memuat naik dan menyebarkan video tersebut, dalam usaha meneruskan tuduhan fitnah terhadap Anwar.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, tindakan itu wajib dilakukan untuk membuktikan komitmen pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam menangani penyebaran bahan kes yang masih dalam siasatan.

“Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim perlu menjalankan fungsinya.Pihak SKMM perlu menyiasat dan mendakwa pihak yang membocorkan bahan kes dan menyebarkannya di internet.
“Sehingga hari ini, blog-blog tersebut masih menyiarkan video itu, manakala komen dan ulasan pelayar web berbentuk lucah dan menghina.

“Persoalannya, kenapa mereka masih terus mengaitkan video tersebut dengan Anwar? Dari mana mereka dapat video tersebut, sedangkan orang pertama yang menyiarkan video itu mengakui, hanya dia dan pihak polis yang mempunyai bukti tersebut,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, Rozan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kertas siasatan yang dibuka susulan aduan AMK Malaysia pada 5 April lalu mengenai aduan terhadap blogger-blogger pro BN di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, hari ini.

“Tetapi, kertas siasatan tidak dapat diserahkan kepada saya kerana ia adalah maklumat sulit,” kata Rozan sambil menambah, beliau juga tidak digalakkan untuk memaklumkan nama pegawai SKMM yang mengendalikan kertas siasatan tersebut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika disabit kesalahan, mereka yang terlibat berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM 50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Rozan tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan saman fitnah terhadap penyebar video tersebut sekiranya siasatan SKMM mendapati mereka bersalah.

“Ia bergantung kepada perkembangan siasatan sama saman fitnha akan dimulakan. Kita perlu memastikan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu disiasat terlebih dahulu,” ujarnya.KeadilanDaily

Woii Polis!! Buat Kerja Tu Biar Baik2 Jangan Duk Jadi Anjing UmnoBN..!!

Polis mahu lindungi Datuk T, usaha kenakan Anwar- Shamsul

 KUALA LUMPUR: Pihak polis sekali lagi berdolak-dalik dalam isu video seks palsu, apabila mengeluarkan kenyataan yang menjurus usaha untuk mengenakan tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terbaru, kenyataan polis yang diumumkan Timbalannya yang baru dilantik, Datuk Khalid Abu bakar bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan pelaku yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendirian polis itu dilihat cenderung menyebelahi Trio Datuk T, sedangkan polis telah membuat kenyataan untuk menyiasat ketiga-tiga saspek tersebut sebelum ini.

“Apakah mereka mempunyai keistimewaan? Daripada pemerhatian kita, setiap kali Rahim dan yang lain mengeluarkan kenyataan, ia ‘disambut’ oleh pihak polis, sama ada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah atau pun Timbalannya.

‘Perkara ini adalah percubaan kepada keadaan untuk membina persepsi di kalangan orang ramai, sedangkan kes tersebut masih dalam siasatan. Ini menguatkan hujah kita bahawa dari awal lagi kes ini jelas bermotif politik.
“Apa yang kita lihat, kenyataan polis seolah-olah mengugut pengadu (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Menurut Shamsul, polis menerusi Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah, 18 April lalu mengesahkan kemungkinan untuk mengenakan tindakan terhadap Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video lucah- mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Bagaimana pun, sehingga kini Trio tersebut yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan bendahari Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, masih belum dikenakan tindakan.

Tindakan tidak konsisten
Dalam pada itu, Shamsul mempersoalkan kenyataan polis yang tidak konsisten, apabila mendedahkan kepada media mengenai maklumat separuh masak yang mengelirukan orang ramai.
Dalam laporan Berita Harian bertarikh 21 April 2011, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, video tersebut dianalisis oleh sebuah agensi penyiaran yang tidak dinamakan dan kononnya berpangkalan di Korea Selatan.

Manakala pada hari ini, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin seperti dilaporkan Bernama memaklumkan, video tersebut dianalisis oleh pakar tempatan.
“Yang mana satu sebenarnya? Kenyataan yang dikeluarkan oleh polis tidak konsisten dan mengelirukan. Dalam hal ini, wujud dua set undang-undang. Satu untuk Barisan Nasional dan satu lagi untuk Anwar Ibrahim.
Malah kata Shamsul, keterangan yang diberi Eskay sebelum ini, juga bercanggah dengan kenyataan yang dibuat pihak polis.

Antaranya Eskay memaklumkan bahawa kejadian tersebut membabitkan seorang pelacur warganegara China di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Manakala pihak polis pula menyatakan pelaku wanita dalam video seks tersebut adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta dan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.

“Polis sepatutnya meneruskan siasatan terhadap ‘Trio Datuk T’, bahkan sehingga hari ini, laporan Qazaf terhadap mereka bertiga telah dibuat. Namun tiada sebarang tindakan diambil.
“Ini adalah percubaan Barisan Nasional untuk meneruskan siri-siri serangan terhadap Anwar. Selepas kes fitnah liwat gagal, kini mereka bersiap sedia untuk memulakan serangan terbaru,” ujar Shamsul.KeadilanDaily
 
Komen:Polis anjing!!!!! Umno BN!!!!

Selasa, April 26, 2011

Ceramah DSAI Di Perak Terkini..!!(video)

DS ANWAR IBRAHIM DI TELUK RUBIAH (BHGN 4/4: DATO' SERI ANWAR IBRAHIM)




Ceramah Chegubard TerBaru!!!(video)

Chegubard Di Chemor 19 04 2011

Fitnah 2 : 16 may Lepas Atau Panggil Bela Diri(video)

Submissions end, decision on May 16


Komen Dua Orang Hamba Allah :
1.nape depa takut sgt ngan Anwar ek...smpai bwat2 kes fitnah bodo2 cam ni....rakyat msia...u're clever enuf to think that these are all politician lies...saiful tu mude lg kn...x kn la x mampo nk lwan klo btul anwar nk dot2 die...i know Anwar brade kt tmpat yg betul...kgum tgk isteri ngn ank die.....truskn pjuanganmu...

2.kalau aku duduk tempat saifool dah lama aku terajang si nuar ni. Apa la bangang punya saifool. bontot sendiri tak tahu nak jaga ka. Ingat la saiful. kembalilah ke pangkal jalan. taubat cepat sebelum terlambat.
DSAI teruskan perjuangan.... Lawan Tetap.... Lawan

Fitnah Liwat II: Keputusan Anwar bela diri - 16 Mei

Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini yang membicarakan kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NONESelepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguambela Karpal Singh dan Sankara Nair, Hakim Zabidin kemudiannya menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya.
Ia sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun beliau akan membuang kes berkenaan.
Zabidin turut mengarahkan kedua-dua pihak menghantar hujah bertulis pada Jumaat minggu ini.
Sejumlah 27 saksi pendakwaan memberi keterangan yang masuk bagi hari ke-59 hari ini.

Jika Anwar diarahkan membela diri, beliau mempunyai tiga pilihan iaitu memberi keterangan di kandang tertuduh, memberi keterangan dari 'dock' tanpa boleh disoal oleh pihak pendakwaan ataupun memilih untuk berdiam diri.
Semalam pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa profil DNA milik seseorang dikenali "lelaki Y" yang ditemui di dubur pengadu, Mohd Saiful adalah kepunyaan Anwar.

Semalam dan awal pagi ini,kedua-dua pihak peguam bela dan pendakwaraya telah menggulung hujah masing-masing.
Pada hujahnya pagi ini Mohd Yusof berkata keterangan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi tidak boleh diterima.

azlanIni kerana katanya, Dr Osman tidak menjalankan ujian forensik ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Malah, Dr Osman juga minta Saiful pergi ke hospital kerajaan. Dokumen laporan perubatan (Dr Osman) tidak boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Hujah Yusof lagi, sebahagian apa yang diperkatakan oleh Dr Osman adalah tidak benar (aduan bahawa plastik disumbat ke dubur Saiful).

Peguambela utama, Karpal Singh sebelum ini mahu Dr Osman dipanggil sebagai saksi kerana katanya ketidak-hadirannya menyebabkan ada kelopongan yang serius dalam kes pendakwaan itu.

Yusof berkata hanya fakta relevan yang boleh diterima sebagai bukti dan Saiful memang mengadu kepada Dr Osman tetapi hakikatnya beliau tidak membuat laporan polis ketika itu.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.MalaysiaKini

Komen : Kami dari anak muda mendesak!!! kepada najib dan hakim supaya membebaskan dengan segera!!! DSAI...... kalau tidak kami akan turunkan kamu......walaupun dengan apa cara sekali pun.... Anak muda dan rakyat malaysia Mendesakkk..!!!

Fitnah Seks : Harun Din minta dirujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah(video)

Nabi Muhammad SAW tidak guna al-Mubahalah menghadapi fitnah seks

Isnin, April 25, 2011

Fitnah 2 Hujah Lemah!! Dari Kerajaan..!!

Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

NONE
"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."


Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).

Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.


Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.


Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.


Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti.

 
Sumber : SINI

Chegu Bard : Polis Bantu Najib Pulih Imej

SHAH ALAM 25 APRIL : Tindakan proaktif Polis DiRaja Malaysia (SPRM) menyiasat empat individu yang disebutkan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpahnya sengaja dibuat sekarang demi membersihkan imej Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor. 
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Tv Selangor berkata, siasatan yang hanya dibuat selepas 3 tahun akuan bersumpah dibuat oleh Raja Petra ada kaitannya dengan misi memulihkan imej Najib yang tercalar. 

"Persoalan isu kes Altantuya ini, semua jentera   Datuk Seri Najib Tun Razak kerajaan dan prosedur siasatan  hanya dilakukan ke arah membersihkan nama Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Penyiasatan sudah dirancang ke arah itu," katanya. 

Malah jelas Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard, jika hendak dilihat dari wawancara Raja Petra bersama Tv 3 awal bulan ini, tidak ada perkara baru yang didedahkan oleh Raja Petra. 
Malah nama-nama yang disebutkan oleh Raja Petra sebelum ini sudah disebut dalam akuan bersumpahnya pada Jun 2008. 

"Jadi dalam bab pengakuan Raja Petra, Raja Petra tidak mengubah apapun  dalam kenyataan bersumpahnya. Malah dia mengulang semula cuma  yang dia menyatakan bahawa dia tidak percaya,  Takkanlah Rosmah hendak pergi malam-malam ke dalam hutan, itu saja.

"Tetapi sekarang ini kenapa dengan hanya dengan kata-kata itu siasatan hendak dibuat balik, kenapa tak siasat dulu, kenapa tak diketengahkan dulu? Kenapa pegawai tentera tersebut  baru digantung sekarang, kenapa dulu tidak digantung. Raja Petra tidak mengubah apa-apapun dalam kenyataan bersumpahnya yang dia sebut lama dahulu," kata Chegu Bard lagi. 

Berita Harian hari ini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar sebagai berkata, empat individu berkenaan- pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin,penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang disiasat mengikut seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.   
     
Jelas Chegu Bard, siasatan berkenaan juga dibuat bagi bertujuan menentang atau melemahkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.  
"Jadi yang saya nampak sekarang ini ialah ini antara pertempuran Najib dan Anwar Ibrahim. Anwar mewakili rakyat marhaen terbanyak dan Najib mewakili Barisan Nasional yang terdiri dari tokoh-tokoh korporat  yang menekan dan menzalimi rakyat.

"Yang saya nampak hari ini ialah dalam isu  Najib cuba membunuh karektor Anwar Ibrahim dengan pelbagai perkara, liwat , isu video dan sebagainya dia juga sedang berusaha membersihkan dirinya, jadi nampak sangat dengan pengakuan sedikit Raja Petra ini Najib nampak cuba putar, aparatus-aparatus digunakan  untuk cuba dan perbaiki imej Najib. Tapi hakikatnya rakyat tetap tidak yakin dengan usaha Najib memburukkan Anwar Ibahim," katanya lagi. 

Tambah Chegu Bard, Najib juga kini kelihatan panik dan terdesak dalam menghadapi isu Altantuya dan pada masa sama menentang pengaruh Anwar Ibrahim. 
“Tetapi hakikatnya Najib, tindakannya untuk mengheret Raja Petra yang baru sekarang beri kenyataan dan kononnya diberi keisimewaan di Bangkok, nampaknya lebih menyerlahkan yang  beliau panik dan cukup terdesak," tambahnya lagi.TVSNEWS

Karpal mahu mahkamah bebaskan DSAI..!!!

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Antara lain, Karpal berkata, keterangan saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan sebaliknya.

Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis. Namun katanya, Saiful tidak berbuat demikian.

Dalam hujahnya, Karpal juga mendesak mahkamah mendakwa Saiful kerana berbohong di mahkamah dengan membuat dakwaan diliwat tersebut di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.
Berikut kronologi perbicaraan:

8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.

9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.

9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.

9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.
“Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri.” katanya.

9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.
“Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan.”

9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.
“Ujian pada akhir kes pendakwaan sepatutnya prima facie . Jika keraguan wujud, pembelaan tidak sepatutnya dipanggil.”
“Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan dipastikan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum,” tegasnya.

9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.
“Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut.

9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.
“Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan,” katanya.

10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.

10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.
Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.
Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama  20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.

10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.

10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.
“Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti,” Karpal.

10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.

‘Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi,” tambah beliau.

10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.

10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.

10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.

10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil,  kes pendakwaan itu perlu ditolak.

Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.KeadilanDaily

Ahli Sains Beri Amaran!!! Bukti DNA boleh dipalsukan..!!!

Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah

Oleh Fiona Macrae
Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.
Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.
Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.
Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.
Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: ‘Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.
Dr. Frumkin — yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti. 
Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.
Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.
Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.
Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.
Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA – satu ‘kod bar’ genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.
Ahli sains ini telah membina ‘perpustakaan’ yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari ‘perpustakaan’ untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.
Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.
Mereka memberi amaran: ‘Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.
‘DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.’
Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:
‘Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.’
‘Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.’
Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: ‘Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.
‘DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.’
—–
Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul “DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn” tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009. Sumber : SINI

Fitnah Liwat 11: Karpal Singh memulakan hujah

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.
"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.
"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.
Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.
Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.
Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.MalaysiaKini

Ahad, April 24, 2011

Berita Lawatan DSAI Perak (video)

Tvselangor 24042011 Rakyat Khair Perlu Sedar Dari Terus Diperbodohkan BN


Tvselangor 24042011 Anwar Rakyat Mampu Berubah Tolak Politik Jahat Bn

DSAI Seru PM Kembali Ke Pangkal Jalan(video)

Tvselangor 24042011 Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan

Kenyataan Mustafa Ali Yang Sebenarnya..!!(video)

What did Mustafa say that so irked Azmin?


Komen : Bodoh!! Punya Media Umno!!! Jom Boikot!!!! Klik SINI

Terlalu Benci!!!! 30 Orang Sertai Keadilan..!!

30 orang sertai KEADILAN Cabang Bukit Gelugor

Walau dicerca, difitnah, KEADILAN terus mendapat sokongan rakyat

Di sebalik rentetan fitnah yang menjadi-jadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini, seramai rakyat bersimpati dan menunjukkan sokongan dengan menyertai parti pimpinan tokoh itu – KEADILAN.

Buktinya, seramai 30 orang pelbagai kaum dan lapisan usia secara rasmi menyertai KEADILAN Cabang Bukit Gelugor dalam majlis makan malam di Tapak Pesta Sungai Nibong, malam ini bersamaan 22 April..

Majlis itu bersempena sambutan ulang tahun ketiga cabang berkenaan.
Borang penerimaan disampaikan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.KeadilanDaily

Komen : Orang melayu, cina ,india dan sewaktu dengannya akan akan bangkit!!!! dengan fitnah yang amat jahat ini....umnobn akan hancur... dengan sendirinya kerana perbuatan2 jahat pemimpin2nya......

PAS-PKR Perlu Melahirkan 10 Anwar..!!

 
anak_muar
 
Anwar Ibrahim kini berada diambang yang amat bahaya dalam hayat politik beliau apabila UMNO dilihat semakin kejam dan tidak bertimbang rasa terhadap Anwar Ibrahim dalam usaha mengekang dan membunuh karier politik Anwar Ibrahim.UMNO yang begitu takut bayangan Anwar tidak ada pilihan lain selain terpaksa menggunakan kaeadah yang amat bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

Esok lusa kita tidak tahu apa akan jadi dengan nasib Anwar namun boleh mengagaknya berdasarkan tindakan UMNO sejak kebelakangan ini semakin tidak bertimbangrasa terhadap insan bernama Anwar Ibrahim.Oleh itu gabungan PR khususnya PAS dan PKR perlu dalam keadaan yang cukup bersedia apabila sesuatu diluarjangkaan menimpa Anwar.

Anwar adalah insan yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai lambang kesedaran dan perubahan kematangan rakyat terhadap dunia politik negara. Anwar adalah insan yang cukup berwibawa dan teruji sebagai pemimpin apabila didatangkan dengan pelbagai ujian dan musibah yang dasyat serta mengaibkan.Namun sebagai pejuang perubahan Anwar tetap berani dan kental menghadapi semua dugaan tersebut walaupun ia pahit.

Oleh itu PR dari saat ini sudah membariskan sejumlah barisan pemimpin yang mempunyai semangat keberanian dan kental seperti Anwar Ibrahim dalam menggalas tugas berat berhadapan dengan kerenah pemerintah seperti UMNO dalam usaha melakukan perubahan kebaikan terhadap Agama, Bangsa dan Tanah Air..Allahuakbar... Sumber : SINI

Sabtu, April 23, 2011

Pencacai Upahan UMNO: Berkokok Berdegar-degar, Ekor Bergelumang Tahi...

Oleh Muhammad Sanusi

Bukan rahsia lagi UMNO dan sekutunya menelan duit GLC macam Seri Temin, malah sejak didedahkan dalam DUN pada 4 April lalu, belum ada pemimpin maupun pencacai UMNO termasuk penulis upahan mereka tampil menolak dokumen beraudit itu. Semuanya tunduk tak berani bersuara, takut nama depa pun ada kat mana-mana dokumen lepas ni.
Ada yang celupar memaki hamun pemimpin kerajaan dan pemimpin PAS kononnya tidoq, main teloq, pemalas, pokka hijau, haramjadah dan seumpamanya. Dituduh tak reti mentadbir, mentaliti pembangkang, perabih duit rakyat, menjahanamkan GLC dan mencari 'maru' bila menjolok di Sidang DUN.
Bila didedahkan tukang maki hamun itupun menerima duit yang tak ketahuan sebab dari Seri Temin dalam jumlah yang banyak, (RM42k pada 2007 dan RM1k pada 2005), maka dituduh kita serang salah orang pulak. 'Pipit' saja kata depa. Hah! Pipit makan besaq macam tu ka...

Persoalan Pokok dokumen yang didedahkan dalam Sidang DUN itu ialah RM 8 juta duit Seri Temin dibelanjakan untuk kepentingan UMNO, pemimpin UMNO, aktiviti parti UMNO dan pencacai UMNO. Ini baru satu syarikat. Tidak mustahil ada banyak syarikat lain lagi yang dilanyak sedemikian rupa!

Ada pencacai UMNO kata saya pulak suka cari salah orang. Betulkah? Dokumen itu sudah siap dua tahun dulu... Tersimpan begitu saja... Bukan tak mahu dedah, dah report SPRM dua tiga kes, tapi senyap begitu saja. Kita sabar sajalah. Mungkin mereka telah bertaubat, dan Allah akan ampunkan mereka.

Tapi bila mereka mula menyerang dan memaki hamun tanpa had, tak sanggup kita baca segala fitnah dan cerita karut yang direka, maka hakikat sebenar yang kita 'lupakan' demi keharmonian dan memfokus masa depan, meronta-ronta untuk dilepaskan. Biar dokumen itu yang menjawab tohmahan jahat mereka.

Cuba teliti dokumen 2 mukasurat itu, ke mana wang itu pergi? Cuba teliti senarai panjang penerima, siapa yang ambil? Itu Laporan Audit dan telah diberi teguran keras oleh Ketua Audit Negara. Kita bukan menyerang orang, tapi hanya memberi jawapan kepada persoalan yang depa juga timbulkan. Kita juga yang salah!?? Ish! Ish! Ish!

Saya seorang ahli PAS, seorang pegawai (setiausaha) yang menanggung satu amanah, seorang pemimpin di peringkat saya, saya berkewajipan mempertahankan pemimpin, jemaah, parti dan majikan saya. Saya wajib bercakap benar, membetulkan fakta dan tuduhan yang salah, memberi peringatan dan menjawab sebarang tuduhan melulu.

Ini skop kerja saya....saya buat kerja saya sebaik mungkin, berdasarkan kemampuan yang ada.

Ada pihak telah membuat laporan kepada SPRM tentang hal penyelewengan ini, kita tunggulah apa hasilnya! Sesuai dengan pencacai yang memaki hamun pemimpin saya, ini pepatah lama... Berkokok berdegar- degar, ekor bergelumang tahi...
 
RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah

Saya merujuk kenyataan Pengerusi UMNO Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dalam Sinar Harian hari ini muka surat U3.

Saya mengalu-alukan sokongan beliau terhadap siasatan SPRM ke atas penyelewengan wang anak syarikat kerajaan (GLC) sewaktu Barisan Nasional memerintah kedah.

Namun begitu, saya kesal dengan kenyataan beliau yang menyatakan hanya menggunakan ‘sedikit peruntukan syarikat terbabit’ untuk menampung kehadiran pemimpin kerajaan persekutuan adalah tidak salah. Soalan saya ialah atas perkiraan apa wang berjumlah RM8 juta (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Sahaja) dikatakan jumlah yang sedikit? Jumlah ini telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan lisan oleh YB Kuala Ketil di Sidang DUN pada 4 April lalu.

Tambahan pula, laporan audit telah menyatakan wang itu digunakan untuk aktiviti parti politik UMNO, antaranya seperti berikut:



Berdasarkan laporan ini, ternyata perbelanjaan wang syarikat Seri Temin Dev. Corp. (M) Sdn Bhd (STDC) tiada kena mengena dengan sambuatan pemimpin kerajaan pusat ke Kedah, sebaliknya adalah perbelanjaan untuk aktiviti parti politik UMNO.


Berkaitan kenyataan beliau bahawa kerajaan PR juga melakukan perkara yang sama dengan mereka, ia adalah satu tuduhan melulu semata-mata. Sebagai makluman, Program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera pada bulan Mac lalu adalah program kerajaan, yang dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ia adalah platform menjelaskan dasar-dasar, pencapaian, dan perancangan Kerajaan Negeri, bukan program parti seperti yang didakwa oleh UMNO. Mana boleh samakan perbelanjaan program seumpama itu dengan penggunaan wang anak syarikat kerajaan sehingga mencecah RM8 juta hanya untuk aktiviti parti UMNO?

Sehubungan itu, saya menggesa pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasrkan peruntukan undang-undang yang ada. Saya juga berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat penilaian dan pendirian dalam isu berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih. Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh regim lama yang terpaksa diatasi oleh kerajaan sekarang.

MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
 
Sumber : SINI

ANALISIS Wira Arjuna Cukup Masak Dengan Mainan Umno-BN (Burukan DSAI)

Kenapa Umno-BN terus cemari nama baik Anwar?


TV3 dilaporkan sudah hampir selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan-tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketua pembangkang itu bergelut dengan dakwaan terbabit dengan video lucah uyang didalangi Datuk T.

nallakarupan interview 231107 respondLaporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S Nallakarupan (kiri) membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber-sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

“Kemungkinan besar dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar,” kata sumber itu memberitahu penulis tanpa mengulas lanjut.

Kebanyakan dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir-butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, bahawa kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nallakarupan, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar akan diperhebatkan di TV3 dan media arus perdana kawalan Umno selepas pilihan raya Sarawak.

NONEWalaupun pilihan raya negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya Umno, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, PKR memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.
Terbukti benar
Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

NONEJusteru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan Umno memetik sumber-sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video Datuk T sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio-metrik.

Semua “fakta-fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

NONEPerkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video Datuk T.

Pada masa sama, individu-individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan-tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan Umno, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar?

Jawapannya berkait dengan pilihan raya umum ke-13 dan pemilihan Umno yang akan datang. Kedua-duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Razak.

NONEPara strategis Umno menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik-beratkan soal agama dan moral – justeru Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu-talu dalam hasrat Umno untuk memberi isi kepada persepsi itu.
Saingan Muhyiddin

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah Datuk T dimainkan di kem-kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

NONEPengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan presiden Umno akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan Umno masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan-garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem-kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

azlanKunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

azlanHanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu , Najib akan mendapat “ilham” untuk memanggil pilihanraya umum.

Sementara menunggu detik, itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.

ANALISIS ini adalah pandang peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna pernah menerajui beberapa media arus perdana dan cukup masak dengan mainan Umno-BN mempengaruhi persepsi orang ramai.

Komen Dua Orang Hamba Allah :
1.Lagi byk UMNO Baru buat fitnah kpd Sdr Anwar Ibrahim, lagi ramai pengundi atas pagar akan memihak pd Pakatan Rakyat...Smlm dlm jamuan Hi-Tea yg dianjurkan oleh PAS Cwg Tampin Bandar ramai jemputan yg dtg dan kebanyakkan org atas pagar.

2.RAKYAT MAKIN BOSAN DAN JELAK DGN PERMAINAN BN/UMNO PASAL SEKS LIWAT LUCAH DAN SEBAGAINYA TENTANG DSAI.... SENANG CERITA KALAU NAK SANGAT KENAKAN DSAI APA KATA BN/UMNO KENAKAN JER ISA TERHADAP ANWAR, KAN SENANG APA SUSAH2 SGT NAK BUAT FILEM LUCAH BAGAI, BANGANGGG SANGAT LA UMNO/BN NIE, KALAU DSAI TAK DE SEKALI PUN PAKATAN RAKYAT TETAP BANGKIT TETAP LAWAN DAN HANCURKAN UMNO /BN YANG BANGANG DAN TERLAMPAU SUKA SANGAT CITER2 LUCAH, BANYAK SANGAT ORG UMNO/BN YG MMG PELUCAH..... PERLU INGAT PERASUAH PUN UMNO SANJUNG, BODOHHHHH.... PR TETAP LAWAN BN/UMNO DI PRU13 NANTI.... HARAP TV3SUKU TV1 TV2 DIUBAH KEPADA TV PORNO MALAYSIA.... PARTI BN SENTIASA BERBAU NAJIS

Fitnah 3 Rakyat Akan marah..!!!

AKHBAR pro Umno hari ini telah menyiarkan di muka depan kononnya watak dalam video lucah yang sengaja disebar dan dibesar-besarkan itu adalah sepadan dengan wajah bapak reformis Anwar Ibrahim. Sepadan bukan bermakna itu sahih Anwar. Sepadan adalah iras-irasan yang bukan hakiki

Laporan dalam akhbar itu juga menyebut polis sudah mengenal pasti di mana video itu diperbuatkan. Ianya dibuat di sebuah kondominum di pinggir Kuala Lumpur, bukan Muangtai. Manakala wanita yang terlibat dalam video berkenaan dikenal pasti sebagai gadis pelajar dari sebuah institusi swasta. Kenapa tidak dikaitkan dengan mana-mana IPTA awam, dari UIA ke UM ke atau UITM rasanya lagi sedap.

Apabila filem lucah itu dibuat di Malaysia maka mulai hari ini bolehlah diikhtrafkan Malaysia sebagai pengeluar filem lucah termahal dan terkelas sekali di dunia. Elok juga kalau festival filem tempatan mengambil kira filem berkenaan untuk menerima apa-apa award. Ia ditonton bukan saja oleh 30 juta rakyat Malaysia termasuk anak-anak di Tadika Kemas, tetapi oleh seluruh penduduk dunia. Apa lagi kalau pemainnya bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menambahkan gimik kehebatannya.

Malang sungguh negara ini, sebab bekas-bekas timbalan perdana menterinya ditohmohakan dengan berbagai tuduhan yang kotor dan cemar. Satu masa dulu bekas TPM Malaysia dikatakan bertanggungjawab ke atas pembunuh beramai-ramai penduduk Memali mukim Siong Kedah. Selepas itu seorang bekas timbalan perdana menteri juga ditohmoh sebagai terlibat dengan pembunuh warga asing. Bekas TPM itu juga dikatakan terlibat dalam berkahlwat dengan seorang artis di sebuah resort di Port Dickson.

Jadi apabila Anwar yang juga bekas TPM dituduh dan dikaitkan dengan video lucah ia seakan melengkapkan kemisterian atau pun nasib malang dan warna huduh terhadap mereka yang bergelar TPM. Bagi Anwar pula pertuduhan itu melengkapkan segala rukun-rukun kejatan yang dilakukannya bagi menimbuskan kerjaya dan nilia juangnya.

Belum dikorek lagi apakah bekas TPM seperti Mahathir, Ghafar Baba atau Tun Razak Hussein juga ada kisah dan cerita sendiri dalam hidup mereka? Muhyiddin Yassin yang kini menjabat jawatan TPM juga harus waspada dan menjaga diri sebaik mungkin kerana beliau juga mungkin terkena tula jawatan itu.

Kata laporan akhbar pro Umno nombor 2 itu, polis tidak fokus kepada penyiasatan jam Omega yang dikatakan milik Anwar itu. Bagaimana pun jam itu sudah dikenal pasti ianya dibeli di Taiwan. Kata polis kerana ia sudah lama di beli (2004) dan tiada maklumat pemiliknya susah untuk menentukan jam itu kepunyaan siapa.

Bila polis berkata demikian semacam sudah ada kekenduran dari pihaknya dalam isu video lucah ini. Dalam kasus video lucah itu jam adalah bukti utama dan pokok untuk menentukan siapa sebenarnya watak yang mirip atau dikatakan sepadan dengan Anwar itu. Kerana dari jam boleh diambil DNA yang ada kepada pemiliknya.

Apabila tiada sebarang bukti jelas menunjukkan watak dalam video itu Anwar maka pertuduhan tidak boleh dibuat ke atasnya. Sesiapa pun tidak boleh mengesahkan lelaki itu adalah Anwar kerana tidak ada bukti-bukti kukuh.

Masalahnya tape atau CD video itu tidak boleh dipadankan dengan DNA Anwar yang sudah ada ditangan kerajaan hari ini. Jadi apakah maksudnya bila polis mengatakan jam itu tidak menjadi fokus? Kalau ia dibawa atau dilakukan juga tentu Karpal Singh akan mempertikaikan macam mana jam itu diperolehi nanti? Ini samalah dengan isu DNA Anwar yang diawal semasa dalam tahanan lokap dipertikaikan oleh Karpal Singh. Kerana cara pengambilannya tidak sah ia ditolak sebelum dibenarkan semula oleh mahkamah.

Perkara pokok yang akan dipastikan dulu apakah jam Omega itu jam Anwar? Tanpa ada pendaftaran pemiliknya ia sukar untuk dibuktikan. Apa lagi Anwar dan isterinya mengakui jam itu masih ada kepadanya. Kenapa Azizah tidak menunjukkan jam itu kerana mungkin beliau memilih mahkamah untuk dikemukakan bukti itu. Ini tentu atas nasihat peguam. Jadi wartawan dan mereka yang ingin melihat jam itu jangan emosi sangat dan perlu melihat strateginya.

Mudah saja kalau tidak ada bukti pihak pendakwaan tidak akan membuat pertuduhan. Anwar tidak akan dibawa ke mahkamah. Pendakwaan biasanya mempunyai bukti jelas dan konkrit kalau ingin membawa seseorang ke muka peengadilan. Tetapi dalam kes Anwar ini pendakwa boleh juga bawa Anwar atas tujuan hendak menyusahkannya.

Timbul seribu keanihan kepada saya dalam kes-kes membabitkan Anwar ini. Banyak perkara yang misteri, tidak lengkap, mengelirukan dan berlaku 'cocoh tarik' yang jelas. Bukti-bukti yang dibawa bagi mensabitkanya dalam sesuatu kes selalu longgar, bercanggah di antara satu sama lain dan tidak kemas dan boleh diubah-ubah.

Bukan isu liwat dengan pembacuh kopi, tetapi dalam isu liwat pertama dengan Azizan Abu Bakar dan gengnya dulu juga tidak kemas dan mengelirukan. Disebabkan kelemahan bukti-bukti dan alibi itulah maka kes liwat ke atasnya di buang begitu saja. Bila berlaku begini wang rakyat rugi dan maruah Anwar pula tercemar dan yang merugikan pihak berkepentingan rakyat akan marah.

Begitu juga dalam kes liwat dengan pembacuh kopi timbul beberbagai keraguan dan kekeliruan mengenai fakta kes dan bukti-bukti serta saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Percanggahan laporan perubatan, tarikh kejadian dan banyak lagi menjadikan kes itu seperti mahkamah dalam wayang kulit saja.

Mulanya digembar gemburkan pihak pendakwa dibekalkan dengan video atau gambar yang menunjukkan Anwar sedang 'merukah ponggek' pembacuh kopi. Semua orang terngangga dan terkejut untuk melihatnya. Walhasil sampai di mahkamah tidak ada pun gambar yang dimaksudkan itu melainkan gambar 'mangsa liwat' itu dilihat keluar dari sebuah gate kondominum saja. Hai... Kalaulah gambar sebegitu sejuta kali pun ia boleh dibuat dan diadakan.

Ini dalam kes video lucah keadaan sama nampaknya berlaku. Bukti-bukti sahih mengatakan lelaki itu Anwar nampaknya gagal dikemukakan. Apakah tanggapan atau persepsi umum hanya melihat wajah itu sebagai Anwar akan diterima sebagai saksi? Kalau begitu adalah sangat 'tamada', sangat 'kodi', dan sangat naif mahkamah negara ini.

Kalaulah pendakwa turut juga mengheretkan Anwar ke mahkamah, maka jelas ianya satu usaha berterusan untuk menyusah dan memasungkan langkah Anwar agar tidak gugat kerajaan BN. Tindakan berterusan mencerminkan betapa bahayanya seorang Anwar kepada sebuah kerajaan seperti BN. Apakah ini juga boleh difahamkam bahawa kerajaan hari ini begitu takut sekali ianya runtuh kerana dengan keruntuhannya akan bercemperian segala macam noda, kebusukan dan hanyur lendir yang dilakukan ke atas rakyat?

Lakukan apa juga kezaliman dan kekerasan ke atas Anwar, beliau tidak akan mundur dan mengaku kalah. Segala tindakan tidak akan menghentikan Anwar dari terus menyerang dan mengaum. Beliau akan nekad melawan kerana dia adalah binatang jalang yang terbuang dari kumpulannya seperti mana diucapkan Chairil Anwar lebih 60 tahun lalu. Sebagai mana Chairil Anwar hidup sesudah kematiannya, maka begitulah Anwar akan tetap disebut hingga ke hujung zaman. Sesungguhnya api jihad Anwar boleh terpadam bila jasadnya ditinggalkan roh.

kalau sampai waktuku
ku mau tak seorang kan merayu
tidak juga kau
tak perlu sedu sedan itu
aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
biar peluru menembus kulitku
aku tetap meradang menerajang
luka dan bisa kubawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku lebih tidak perduli
aku mahu hidup seribu tahun lagi.
- Chairil Anwar.
http://msomelayu.blogspot.com/