Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 18, 2019

Saya yakin Anwar akan jadi PM, kata Kadir Jasin

Saya yakin Anwar akan jadi PM, kata Kadir Jasin

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin percaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir.
Menurut Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri itu, Dr Mahathir juga telah berkata akan menepati janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
“Saya sangat yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri,” katanya disambut tepukan gemuruh peserta majlis Diskusi Buku bertajuk Anwar PM Ke-8, Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati di Vista Alam Seksyen 14, Shah Alam, semalam.
A Kadir berkata, walau bagaimanapun beliau mengakui takdir Tuhan juga yang akan menentukan hal tersebut tetapi kedua-dua tokoh itu telah dikenalinya sejak tahun 1982.
“Mungkin saya tidak berkuasa untuk menentukannya. Takdir di tangan Tuhan. Saya telah melihat dua watak ini dari tahun 1982 sampai hari ini terutama di saat-saat kritikal wujud atau tidak, Pakatan Harapan.
“Dan perjumpaan mereka yang membawa kepada kejayaan PH. Saya tidak menjangka atas apa sebab sekali pun akan membinasakan apa yang telah dibina selama ini,” ujarnya.
Beliau berpendapat apa yang mungkin menimbulkan kerisauan dan sensasi berkaitan peralihan kuasa itu ialah bila akan berlaku.
“Dua tahun atau dua tahun lebih sikit,” katanya dalam nada berseloroh kepada Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Datuk Dr Mahammad Redzuan Othman yang menjadi salah seorang panel pada program itu.
Hadir sama, bekas Presiden Transperancy International Malaysia (TI-M) Datuk Seri Akhbar Satar dan penulis buku, Shahbudin Husin manakala editor Astro Awani Nazri Kahar sebagai moderator.
A. Kadir yang mengaku pernah menyokong Anwar selama 16 tahun dan menggelarnya sebagai Putera Mahkota yakin pemimpin berkenaan tidak akan menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir memandangkan faktor pengalaman yang banyak ditempuhi.
Walau bagaimanapun, A Kadir dalam masa sama mengingatkan perkara paling penting sebenarnya adalah apa yang berlaku selepas penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
“Sepatutnya kita beralih kepada isu apa yang kita hendak selepas ini. Yang lebih penting adalah, apa berlaku selepas ini.
“Tak perlulah lagi kita sekarang nak menghebohkan hal peralihan kuasa ini. Yang lebih penting adalah masalah sekarang masalah ekonomi yang teruk bagaimana hendak bayar hutang 1MDB.
“Ahli ekonomi pun sudah meramalkan setahun dua tahun lagi ekonomi lebih sukar,” tegasnya lagi.
Picture

5 ulasan:

  1. Agen perubahan seperti dark vader.

    BalasPadam
  2. Ko yakin tapi madey tak yakin....hihihi

    BalasPadam
  3. Bayar hutang 1mdb?

    Madey dan nobita tu togong!!!
    Hutang rasmi 1mdb rm31.6b
    Aset 1mdb rm43b

    Ko jual semua aset 1mdb dan setel abis hutang tersebut....simple
    Dpd ko jual aset yg masih menguntung dan ada yg dibeli oleh kroni tamak mahdey. Dah kaya makin kaya. Itu impian mahdey. Peduli apa raykat dan janji2!!

    Nilai aset mgkin bertambah berdasarkan nilai semasa dan rasanya kroni2 madey yg kaya raya tu berebut2 membuat tawaran.Belum lagi projek2 yg dilaksanakan spt trx dan bandar msia dijangka bernilai rm200b.
    Betullah kata najib dlm tempoh 10tahun 1mdb dijangka mengaut keuntungan rm180b.

    Madey apa ada???!!!

    Berhutang dgn negara luar sedangkan nilai ringgit jatuh teruk.Mmg tongonglah!!!!!

    BalasPadam
  4. Bilakah agaknya "Politik Hanyir" yang diamalkan PH akan berakhir?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...