Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, Disember 27, 2018

Hot!! Pas-Umno perlu bekerjasama, kata DPPM

Prinsip Islam: Pas-Umno perlu bekerjasama, kata DPPM
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Pas menegaskan sebagai sebuah parti yang mendukung dan memperjuangkan prinsip Islam, parti itu bersedia bekerjsama dengan sesiapa sahaja demi mempertahankan Islam.
Demikian itu, hubungan antara Pas dan Umno ketika ini adalah kerjasama antara dua parti pembangkang yang sepentas memperjuangkan isu-isu semasa di peringkat nasional khususnya melibatkan kedudukan Islam dan hak orang Melayu dan Bumiputera.
Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Muhammad Khalil Abdul Hadi, walaupun Pas dan Umno berbeza tetapi atas dasar prinsip untuk menyelamatkan kedudukan Islam dan bangsa Melayu, kedua-dua parti ini perlu bekerjasama.
“Kita sebut Pas adalah Pas, Umno adalah Umno, tapi kita boleh bersama dalam soal-soal yang berkait dengan dasar dan prinsip.
“Kita orang Pasorang Islam, orang Umno orang Islam, maka kita mestilah bersama-sama dalam perkara berkait dengan prinsip untuk mempertahankan Islam dan hak-hak Melayu dan Bumiputera di negara kita,” katanya dalam satu forum Chit-Chat Ubi Kayu Cicoh Nyor yang berlangsung di hadapan pasar Batu Enam, Kuala Nerus, pad Selasa, yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau seperti dipetik portal parti itu Harakahdaily.net semalam.
Beliau yang dijemput sebagai panel forum tersebut menerangkan timbul kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini mengenai masa depan negara yang samar-samar dan kedudukan Islam setelah Pakatan Harapan mengambil alih tampuk memerintah negara.
Ujarnya, bibit kesatuan umat Islam tanpa mengira perbezaan parti amat perlu selepas timbul suasana politik pada hari ini yang masih tidak menentu dan berkecamuk tambahan pula kebimbangan rakyat negara ini mengenai kestabilan ekonomi, pendidikan dan paling penting kedudukan agama Islam.
“Pas dan Umno boleh berbeza tetapi dari sudut prinsip Islam kita mesti bersama melalui platform ICERD dan insya-Allah kita akan bergerak dengan platform yang lain melalui isu-isu yang sedang berlaku dan bakal berlaku,” ujarnya lagi.
Picture

Sabtu, Disember 22, 2018

Parti komponen PH perlu hormati 3 prinsip utama yang disepakati

Parti komponen PH perlu hormati 3 prinsip utama yang disepakati

Tidak boleh ada penyimpangan daripada tiga prinsip utama yang disepakati parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) kerana ia merupakan asas kepada penyatuan kerjasama pakatan itu sekali gus berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga prinsip yang merupakan hala tuju pakatan itu merangkumi komitmen mempertahankan segala ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan, komitmen terhadap agenda reformasi dan kerjasama PH berasaskan saling menghormati serta mempercayai satu sama lain.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini.
“…institusi raja, kedudukan Islam, kebebasan beragama, kedudukan istimewa (orang Melayu dan Bumiputera) dan kedudukan istimewa Bahasa Melayu merupakan asas yg menyatukan kerjasama Pakatan Harapan.
“Keduanya komitmen terhadap agenda reformasi untuk institusi awam, institusi penguatkuasa, institusi Parlimen ini merupakan tunjang kepada hala tuju Pakatan Harapan. Kemudian perkara ketiga kerjasama Pakatan Harapan bertunjangkan satu pakatan yang saling menghormati dan mempercayai,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam catatan laman blognya semalam yang menyatakan pemimpin parti itu tidak teragak-agak keluar daripada gabungan kerajaan sekiranya objektif Malaysia baharu diketepikan.
Saifuddin Nasution yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata sehubungan itu konteks yang dimaksudkan Lim itu adalah sekiranya terdapat penyimpangan terhadap tiga prinsip berkenaan.
“Saya sebut tiga perkara itu adalah prinsip membentuk Pakatan Harapan baik sebelum menjadi kerajaan mahupun selepas jadi kerajaan…parti politik itu dinamik. Mana ada parti politik statik…perbezaan pendapat dan pandangan itu lumrah biasa. Tetapi asas prinsip ini tidak boleh berbeza sebab telah disepakati,” katanya.
Picture

Khamis, Disember 20, 2018

Rabu, Disember 19, 2018

Ceroboh Darul Anuar: Polis dipohon bertindak sebelum pergaduhan berlaku

Ceroboh Darul Anuar:  Polis dipohon bertindak sebelum pergaduhan berlaku
Hazmi Hassan
Hazmi Hassan
Pemuda AMANAH Kelantan menggesa pihak polis mengambil tindakan wajar dalam menangani pencerobohan Maahad Darul Anuar (Mada) di Pulau Melaka semalam.
Menurut ketuanya,  Hazmi Hassan, pihaknya memohon pihak polis memberi penjelasan yang munasabah, mengapakah mereka tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, iaitu membuat siasatan yang mendalam berkenaan isu ini.
“Adakah pihak polis hanya menunggu satu pergaduhan berlaku terlebih dahulu baru hendak mengambil tindakan?
“Adakah perlu kejadian sehingga berlaku rusuhan sebagaimana kes kuil di seafield berulang, baru pihak polis hendak bertindak?” soalnya dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.
Menuritnya pada 16 Disember 2018, satu laporan polis telah dibuat oleh pekerja Mada berkenaan satu pencerobohan yg telah dan sedang berlaku di Mada dan memohon bantuan pihak polis.
“Berdasarkan dari rakaman cctv, terdapat ramai orang telah berkumpul di ruangan luar pejabat Mada, dan kemudiannya telah menceroboh ruangan Pejabat Mada.
“Pejabat Mada sentiasa berkunci, dan disyaki pihak tersebut telah memecah masuk pejabat Mada.
“Tidak cukup dengan tindakan pencerobohan tersebut, pekerja Mada juga dihalau keluar malah menyebabkan timbul perasaan takut kepada beberapa orang pekerja Mada sehinggakan tidak dapat bertugas,” katanya.
Sebahagian barang bukti menunjukkan tombol pintu yang telah dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memasuki Maahad Darul Anuar.
Setelah laporan tersebut dibuat katanya. pihak polis memaklumkan kepada pengadu, bahawa polis pihak tidak boleh mengambil tindakan kerana alasan perkara ini hanyalah melibatkan perbalahan keluarga sahaja kecuali berlakunya pergaduhan.
“Polis juga memaklumkan pihak penceroboh telah membuat laporan polis, yang mana di dalam laporan tersebut telah menyatakan pihak penceroboh telah mempunyai surat kebenaran dan mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan Mada walaupun laporan polis tersebut tidak ditunjukkan oleh pihak polis,” katanya.
Beliau terkejut dengan alasan perkara ini melibatkan perbalahan keluarga dan pihak polis hanya akan bertindak sekiranya berlaku pergaduhan.
“Adakah kejadian jenayah dilakukan terhadap ahli keluarga sendiri kecuali pergaduhan, tidak dikira atau dianggap kes jenayah?,” soalnya.
“Dalam kes Madakatanya, ia bukan hanya sekadar perbalahan ahli keluarga, yang mana hari ini berbalah, esok boleh  berbaik semula.
“Ianya juga melibatkan pekerja Mada dan punca perbalahan ini adalah kerana perbezaan politik.
“Lebih-lebih lagi ianya melibatkan tokoh-tokoh di dalam parti,” katanya.
Isu kedua katanya, pihak penceroboh telah membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum menceroboh Mada.
“Penceroboh mendakwa pihak mereka mempunyai surat kebenaran dan telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada.
“Adalah suatu yang pelik, bila pihak yang menceroboh membuat laporan polis sedangkan pihak menceroboh menyatakan telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada.
“Kalau benar pihak menceroboh telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada, apakah keperluan pihak menceroboh membuat laporan polis?
“Jelas sekali pihak penceroboh telah membuat satu laporan polis yang palsu,” katanya.

Picture

Selasa, Disember 18, 2018

13 Ketua Cabang PKR P.Pinang rayu Nurul Izzah tarik balik keputusan

13 Ketua Cabang PKR P.Pinang rayu Nurul Izzah tarik balik keputusan

Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Demikian dinyatakan oleh ketua cabang Kepala Batas, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman ketika sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Permatang Pauh sebentar tadi.
Beliau yang mewakili kesemua ketua cabang turut berkata kesemua ketua cabang seluruh Pulau Pinang menzahirkan sokongan penuh supaya Nurul Izzah terus memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden serta Pengerusi MPN.
“Kami berharap agar beliau menerima amanah yang telah diberikan kepadanya dan berjanji akan memberi kerjasama bagi mengangkat martabat PKR khususnya di Pulau Pinang serta juga parti amnya.
“Sehubungan itu kami menyeru agar beliau terus mengekalkan semangat perjuangan yang telah beliau dukung demi keadilan untuk semua.
“Kemampuan beliau sebagai pemimpin tidak dapat disangkal serta mampu untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan, ” ujar beliau yang juga merupkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Sementara itu, ketua cabang Tasek Gelugor, Mustafa Kamal Ahmad yang ditemui turut berkata, kemampuan Nurul Izzah untuk memimpin tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak setelah ia terserlah sejak menjadi Puteri Reformasi sejak 20 tahun yang lalu.
Picture

Rabu, Disember 12, 2018

Bekas Adun Sekong dan AJK Batu Sapi umum keluar dari Umno

Bekas Adun Sekong dan AJK Batu Sapi umum  keluar dari Umno

Bekas Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya hari ini mengumumkan keluar dari Umno.
Keputusan beliau itu turut disertai beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Batu Sapi iaitu Timbalan Ketua bahagian itu Zantapha Jainil Abidin, Naib Ketua Wanita, Suhana Ag Tahir dan Ketua Puteri, Hazulizah Md Dani.
Samsudin pada sidang media di sini berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Bahagian Umno Batu Sapi (Khairul Firdaus Akhbar Khan) kerana gagal memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat serta ahli parti.
Bagaimanapun, katanya mereka masih meletakkan kepercayaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Hajiji Noor.
“Kami akan menyokong penuh apa juga langkah yang diambil Hajiji untuk membawa hala tuju wadah perjuangan kami seterusnya.
“Kami juga menzahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Samsudin yang menyertai Umno sejak 27 tahun lepas, pernah menjadi Adun Sekong serta Ketua Bahagian Umno Batu Sapi selama 15 tahun selepas memenangi tiga pilihan raya sebelum gagal mempertahankan kerusi Dun Sekong pada PRU14 lepas.
Kerusi Dun Sekong dimenangi calon Parti Warisan Sabah Arifin Asgali yang mendapat 6,470 undi, manakala Samsudin memperolehi 4,705 undi.
Samsudin berkata, perlunya ada satu parti yang boleh dijadikan sandaran membela kepentingan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah agar selari dengan pucuk kepimpinan politik di peringkat nasional hari ini. – Bernama

Picture

Jumaat, Disember 07, 2018

TH perlu tubuh pasukan audit bebas ke atas operasi pengendalian Haji, kata Rafizi

TH perlu tubuh pasukan audit bebas ke atas operasi pengendalian Haji, kata Rafizi

Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menubuhkan satu pasukan bebas untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas operasi pengendalian haji untuk memastikan tidak ada unsur rasuah, penyelewengan, komisen dan sebagainya.
Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga berkata, Kerajaan harus memberikan fokus berkaitan isu memperbaiki kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) tanpa memberi kesan yang mendalam kepada pendeposit terutamanya kepada golongan miskin.
“Ini bagi memastikan kos haji yang dikenakan ke atas setiap jemaah haji adalah kos yang benar; bukan termasuk unsur-unsur keuntungan yang tidak patut dan diwarisi dari pengurusan dahulu.
“Audit operasi yang bebas ini bolehlah dijalankan sebagai sebahagian dari proses penstrukturan semula Tabung Haji, seperti yang hendak diumumkan dalam masa terdekat.
“Jika proses penstrukturan itu hanya melibatkan penstrukturan korporat (melalui satu SPV, seperti yang dilaporkan) tetapi tidak mengaudit keseluruhan struktur kos pengendalian haji, saya bimbang kepentingan jemaah haji dan pendeposit akan terabai,” ujarnya dalam kenyataan di laman rasminya hari ini.
Beliau turut berkata, terdapat beberapa kesan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pendeposit
“Secara undang-undang, Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan dividen. Kesannya besar – yang kurang kaya dan menabung, mereka menunggu lebih lama untuk mencukupkan simpanan untuk ke Mekah, kerana tiada lagi keuntungan atas simpanan mereka. Kesan yang lebih besar ialah apabila penabung yang kaya mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka tidak mendapat keuntungan dari menabung di Tabung Haji. Ini akan menyebabkan kedudukan kewangan Tabung Haji makin parah, tidak ubah seperti “ibarat sudah jatuh ditimpa tangga”.
“Tabung Haji terpaksa mencatatkan keuntungan dari operasi yang lebih tinggi untuk menutup penyelewengan di masa lalu. Ada dua cara meningkatkan keuntungan – sama ada memotong kos operasi atau menaikkan harga pakej haji,” ujarnya dalam kenyataan di laman rasminya hari ini.
Menurut Rafizi lagi, beliau bimbang jika pengurusan Tabung Haji mengambil langkah menaikkan harga pakej haji (sama ada dengan memotong subsidi yang diberikan selama ini, atau betul-betul menaikkan harga pakej).
“Saya faham keadaan kewangan Tabung Haji sekarang dan perkara yang paling mudah ialah menaikkan harga pakej (atau memotong subsidi haji) kerana kerosakan di Tabung Haji adalah disebabkan pentadbiran yang dulu.
“Namun, saya suka mengingatkan pengurusan Tabung Haji dan kerajaan Pakatan Harapan bahawa tindakan yang bertanggungjawab mestilah melibatkan penelitian ke atas setiap kos yang terbabit di dalam pengendalian operasi haji.
“Apakah tiket penerbangan benar-benar harga yang terbaik? Apakah kos penginapan di Mekah telah dirunding dengan terbaik? dan Apakah semua kos lain yang ditanggung dan dikenakan ke atas jemaah haji memberi nilai terbaik?,” soalnya.
Rafizi juga berkata bagi setiap RM1 hutang yang ditanggung Tabung Haji, nilai aset yang ada (dan boleh dilupuskan, jika perlu) untuk membayar hutang-hutang itu hanyalah 80 sen. Maksudnya, Tabung Haji tidak berkemampuan untuk membayar hutang-hutangnya sekarang.
“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Saya telah turun naik mahkamah, masuk lokap menyatakan perkara ini. Ramalan dan unjuran kewangan yang saya pernah terbitkan, ternyata tepat,” ujarnya yang bertanggungjawab mendedahkan penyelewengan berlaku dalam dana pendeposit TH.
Beliau merujuk kepada laporan sebuah portal The Edge Market yang melaporkan Kedudukan kewangan Tabung Haji yang semakin parah.

Picture

Isnin, Disember 03, 2018

Skandal 1MDB akan dijadikan silibus pembelajaran sejarah di sekolah

Skandal 1MDB akan dijadikan silibus pembelajaran sejarah di sekolah, kata Maszlee
Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi kesilapan sama.
“Saya boleh memberikan jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam buku Sejarah Malaysia supaya generasi ke depan tidak akan mengulangi.
“Begitu juga jenayah besar yang dilakukan oleh ahli politik dalam menyamun,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN – Pontian) di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini, lapor Utusanonline.
Sebelum itu, Ahmad bertanya apakah 60 buah sekolah persendirian Cina mempelajari mata pelajaran Sejarah dan berapa tahun diambil sesuatu perkara dianggap sebagai sebahagian daripada Sejarah.
Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah dalam masa terdekat.
Katanya, jawantankuasa itu akan berkerjasama dengan jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.
Beliau berkata, kementerian itu juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.
“Kementerian prihatian dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah. Kurikulum standard Sejarah digubal dengan tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara,” katanya.
Maszlee berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan terhadap soalan Hasanuddin Moh Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan menggubal semula subjek Sejarah kerana terdapat fakta yang ditokok tambah.

Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive